Program Bantuan Lesen Memandu Percuma 2022 MAIPk

Ada orang Perak dan ingin mendapatkan lesen memandu percuma?

Kita sedia maklum bahawa harga untuk mendapatkan lesen memandu bukanlah murah.

Selain lesen untuk memandu kenderaan sendiri, sebahagian daripada kita mungkin berminat untuk mendapatkan lesen GDL kelas lain seperti Kelas D (Lori BTM 3500<), Kelas E (Lori Kejur), Kelas E (Lori Trailer – Bersendi) untuk menceburri kerjaya sebagai pemandu kenderaan perdagangan.

Namun, kebiasaanya faktor kos menjadi halangan.

Program Lesen Memandu MAIPk

Berita baik buat mereka yang berkemampuan kerana anda boleh membuat permohonan mendapatkan latihan bagi mendapatkan lesen memandu secara percuma tajaan MAIPk.

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka peluang kepadasemua Asnaf Fakir Miskin yang memerlukan kelas lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

Asnaf yang terpilih akan mengikuti program ini di salah satu daripada 3 institut memandu yang ditetapkan.

Syarat-syarat Permohonan

Lesen Memandu Percuma

Sebelum memohon, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Beragama Islam
  • Bermastautin di negeri Perak
  • Berpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin)
  • Berumur 21 tahun keatas
  • Memiliki lesen memandu Kelas D Penuh
  • Memiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja)
  • Bebas saman / tidak disenarai hitam oleh JPJ & PDRM
  • Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M)

Institusi Memandu Yang Terlibat

Pemohon yang mendapat tajaan untuk mendapatkan lesen memandu percuma in akan menjalan latihan memandu di salah satu pusat latihan memandu yang terlibat, seperti yang berikut:

  • Institut Memandu Anggerik Muhibbah Sdn Bhd
  • Sri Perak E-Driving Centre Sdn Bhd
  • Institut Memandu Gabongan Sekolah Memandu (Hilir Perak) Sdn Bhd.

Lesen Memandu Percuma Yang Ditawarkan Oleh MAIPk

Hanya lesen-lesen berikut sahaja yang terlibat bagi tajaan lesen memandu percuma oleh MAIPk ini:

  • Lesen Memandu CDL: (Pemandu Komersial) untuk:
  • Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas E (Motolori), Kelas H (Jentera Beroda)
  • Lesen Vokasional GDL (Kenderaan Barangan) untuk Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas D (Lori BTM 3500<), Kelas E (Lori Kejur), Kelas E (Lori Trailer – Bersendi)
  • Lesen Vokasional PSV: (Kenderaan Perkhidmatan Awam)
  • Kelas D (Van / Bas Mini), Kelas E (Bas)

Cara Memohon Lesen Memandu Percuma MAIPk

Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan Skim Latihan Kemahiran Asnaf di Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah yang berhampiran atau dimuat turun daripada portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Klik https://www.maiamp.gov.my/…/borang-bantuan-zakat.html

Hantarkan borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:

Unit Pemerkasaan Asnaf,
Bahagian Agihan Zakat
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Tarikh Tutup Permohonan

31 Julai 2022 (Ahad), 11.59 malam.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pemerkasaan Asnaf: 019-5711384

Baca juga: Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!