Lesen Memandu Hilang : Cara Buat Baru & Kadar Denda

Lesen memandu anda hilang?

Selain kad pengenalan, lesen memandu adalah satu lagi dokumen pengenalan diri yang wajib di bawa ke mana-mana sahaja lebih-lebih lagi sekiranya anda memandu kenderaan.

Memandu tanpa lesen memandu kenderaan yang sahaja (sama ada hilang, lesen tamat tempohoh atau lesen terlupa bawa) merupakan kesalahan undang-undang jalan raya di Malaysia yang menyebabkan anda boleh dikompaun.

Kadar denda lesen memandu hilang

Apabila lesen memandu anda hilang sama ada tercicir, dicuri atau akibat bencana alam seperti banjir mahu atau tidak anda perlu mendapatkan lesen memandu yang baru.

Berapakah denda bagi mendapatkan lesen memandu yang hilang?

Hanya RM20.

Walau bagaimanapun, sekiranya dokumen anda hilang akibat bencana alam, kemungkinan besar jumlah denda ini tidak akan dikenakan kepada anda.

Bagi mangsa banjir penghujung tahun 2021, kerajaan telah mengecualikan bayaran denda sekiranya lesen mereka hilang dan mereka ingin mendapatkan salinan lesen memandu yang baru.

Cara mendapatkan lesen memandu baru

lesen memandu hilang

Bagi lesen yang hilang, anda tidak boleh terus memohon lesen baru secara online sebaliknya anda perlu menghadirkan diri ke kaunter cawangan JPJ yang berdekatan.

Seterusnya, anda perlu membawa beberapa dokumen pengenalan diri seperti yang dinyatakan dalam senarai di bawah.

Setibanya anda di sana, selain mengambil nombor giliran dan menunggu nombor giliran anda dipanggil, anda dikehendaki mengisi maklumat anda dalam borang permohonan lesen memandu yang dikenali sebagai borang JPL L1.

Walau bagaimanapun, mungkin terdapat perubahan daripada jenis borang yang perlu diisi. Sila bertanya pada pegawai yang bertugas untuk sebarang pertanyaan.

Dokumen yang diperlukan

Bagi pengesahan pengenalan diri, anda dikehendaki untuk membawa bersama dokumen-dokumen berikut:

  1. Kad pengenal asal
  2. Salinan kad pengenalan

Walau bagaimanapun, sekiranya anda juga kehilangan kad pengenalan (biasanya dalam kes kecurian atau bencana seperti banjir), maka hendaklah membuat laporan kehilangan kad pengenalan anda di balai polis yang berhampiran terlebih dahulu.

Kemudian, bawa salinan laporan polis tersebut ke cawangan JPJ yang berhampiran untuk meneruskan proses permohonan lesen memandu anda yang baru.

Sekiranya lesen anda belum tamat tempoh, anda hanya perlu membayar denda sahaja.

Namun, sekiranya lesen anda sudah pun tamat tempoh anda perlu membayar denda dan jumlah nilai untuk memperbaharui lesen tersebut berdasarkan jumlah berapa tahun anda ingin renew dan kelas lesen memandu anda.

Untuk senarai harga memperbaharui lesen, sila semak di halaman rasmi JPJ.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!