Lagu Negeri Sembilan: Lirik, Audio, Video & Sejarah

Setiap negeri mempunyai lagu rasmi, termasuklah Negeri Sembilan.

Lagu “Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan” adalah lagu kebesaran rasmi Negeri Sembilan yang biasanya dinyanyikan bagi majlis-majlis keraian rasmi kerajaan negeri.

Perkataan “Yang Dipertuan Besar” digunakan mmandangkan Negeri Sembilan tidak mempunyai Sultan sebaliknya hanya mempunyai “Yang Dipertuan Besar”.

Lirik Lagu Negeri Sembilan

Berikut merupakan lirik rasmi bagi lagu tersebut:

Berkatlah
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat, lanjutkan Umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan

Sejarah Lagu Negeri Sembilan

Lagu rasmi Negeri Sembilan ini asalnya telah digubah oleh digubah oleh Andrew Caldecott dan telah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah pada tahun 1911.

Lagu negeri ini mendapat gubahan semula yang lebih diperbaharui oleh Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz iaitu putera kedua Yamtuan Besar Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dengan kerjasama Orkestra Filharmonik Malaysia serta kumpulan koir dari beberapa sekolah serata negeri tersebut.

Gubahan baru ini diperkenalkan sewaktu pertabalan baginda Tuanku Muhriz serta permaisuri baginda Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud pada awal 2009, dan kemudiannya dirasmikan pada 27 Oktober 2010.

Artikel menarik: Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM

Video & Audio

Sekiranya anda belum pernah mendengar lagu rasmi Negeri Sembilan ini, sila tonton video di atas untuk mengetahui bagaimana irama lagu ini dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi.

Trivia menarik

Berikut merupakan 5 trivia ringkas mengenai Negeri Sembilan:

  1. Nama Negeri Sembilan dipercayai diperoleh daripada sembilan kawasan petempatan atau “nagari” yang didiami oleh perantau Minangkabau (kini dikenali sebagai luak).
  2. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke – 8 baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama dari tahun kita merdeka 1957 hingga baginda mangkat pada 1 April 1960.
  3. Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang menggunakan dan mengamalkan adat perpatih di Malaysia, negeri lain kebanyakan menggunakan adat temenggung.
  4. Tarian piring merupakan seni tarian tradisional orang Melayu berketurunan Minang dipersembahkan semasa majlis keraian.
  5. Negeri Sembilan terkenal dengan masakan tradisional pedas yang dikenali sebagai masak lemak cili api.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!