Kursus Asas Haji 1447h (2025/2026) – Jadual & Download Nota

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kursus Asas Haji (KAH) untuk sesi 2026/1447h akan bermula dari 3 Oktober hingga 28 Disember 2025. Semak jadual lengkap di https://shorturl.at/p2q9L dan muat turun nota rasmi KAH TH 2025/2026 di sini: https://shorturl.at/VFQCw

Untuk menunaikan ibadah haji yang sempurna, ia memerlukan persediaan rapi, termasuk pemahaman mendalam tentang rukun, wajib dan sunnah haji. 

Bagi membantu jemaah haji membuat persediaan yang terbaik, Lembaga Tabung Haji (TH) ada menyediakan Kursus Asas Haji (KAH) yang wajib dihadiri oleh semua bakal jemaah haji Malaysia. 

Kursus ini bukan sahaja membantu bakal haji memahami prosedur ibadah, malah memberikan panduan kesihatan dan pengurusan untuk memastikan kelancaran perjalanan sepanjang berada di tanah suci.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

Apa itu Kursus Asas Haji?

Kursus Asas Haji, atau ringkasnya KAH adalah program pengenalan kepada ibadah haji yang wajib dihadiri oleh bakal jemaah yang telah menerima surat tawaran daripada Tabung Haji.

KAH dirangka khas oleh Lembaga Tabung Haji untuk memastikan setiap bakal jemaah haji bersedia dari segi ilmu dan praktikal. 

Kursus ini merangkumi pelbagai aspek penting ibadah haji. Dari asas-asas rukun haji, hingga ke tips-tips praktikal mengenai kesihatan dan pengurusan diri di Tanah Suci. 

Kursus ini akan diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman yang bukan sahaja akan berkongsi ilmu, tetapi juga pengalaman peribadi mereka di Mekah dan Madinah. 

Yang menariknya, KAH bukan sekadar satu sesi sahaja. Ia merupakan satu siri kursus yang dijalankan secara berperingkat, memastikan setiap bakal jemaah haji mempunyai masa yang mencukupi untuk memahami dan menghayati setiap aspek ibadah haji. 

BACA JUGA: Doa Haji Mabrur & Tanda-tanda Haji Mabrur

Bila Kursus Asas Haji 2025 Diadakan?

Menurut jadual rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji, KAH 2025/2026 akan bermula pada 3 Oktober 2025 dan berakhir pada 28 Disember 2025. 

Kursus Asas Haji (KAH) 2026
Kursus Haji (KAH) 2026

Ini bermakna, bakal jemaah haji akan mempunyai masa lebih kurang tiga bulan untuk mendalami ilmu haji.

Tempoh ini dipilih dengan teliti untuk memastikan para jemaah mempunyai masa yang mencukupi untuk menyerap ilmu dan membuat persediaan mental serta fizikal sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Kursus Asas Haji (KAH) merupakan kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal-bakal jemaah haji.

KAH diadakan pada setiap hujung minggu selama 2 jam 30 minit bagi setiap siri (diadakan sebanyak 13 siri) bermula dari bulan Rabi’ul Akhir sehingga Jamadil Akhir setiap tahun.

Jadual Kursus Asas Haji 2025 Mengikut Negeri

Rujuk jadual Kursus Asas Haji 1447H mengikut negeri di bawah:

Jadual Kursus Asas Haji
Jadual Kursus Asas Haji
Jadual Kursus Asas Haji
Jadual KAH 1447H
Jadual Kursus Asas Haji
Jadual KAH 1447H
Jadual Kursus Asas Haji
Jadual KAH 1447H
Jadual Kursus Asas Haji
Jadual KAH 1447H
Jadual Kursus Asas Haji
Jadual KAH 1447H

Siapakah yang Terpilih untuk Mengikuti KAH?

KAH 2025 terbuka kepada dua kumpulan utama:

  1. Pendeposit Tabung Haji yang mempunyai Giliran Tunai Haji pada tahun 1447H (2026)
  2. Pendeposit Tabung Haji yang mempunyai Giliran Tunai Haji pada tahun 1448H (2027)

Jika anda termasuk dalam salah satu kategori ini, tahniah!

Anda selangkah lebih dekat untuk merealisasikan impian menunaikan ibadah haji.

NOTA: Peserta kursus tidak dihadkan kepada bakal haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.

Bagaimana anda boleh mengetahui sama ada anda terpilih? 

Lembaga Tabung Haji akan menghantar jemputan melalui SMS atau surat kepada mereka yang layak.  Jika anda tidak pasti, anda boleh juga membuat semakan di Pejabat Tabung Haji berdekatan.

Dimana KAH Diadakan?

KAH akan dilaksanakan secara fizikal di masjid-masjid terpilih di seluruh negara. Untuk mengetahui lokasi tepat kursus anda, anda boleh menyemak melalui aplikasi THiJARI atau laman web rasmi Tabung Haji. 

Jadual lengkap KAH 2025/2026 boleh dirujuk di bawah atau, anda juga boleh dimuat turun dari laman web rasmi Tabung Haji. 

Jadual Lengkap Kursus Asas Haji 2025/2026

Muat turun jadual lengkap Kursus Asas Haji 2025 /2026 (PDF) di bawah:

Pastikan anda menyemak jadual dengan teliti dan memilih siri kursus yang paling sesuai dengan kesesuaian masa anda. 

Nota Kursus Asas Haji 2025

Nota kursus haji boleh diakses melalui pautan berikut: https://e-bimbingan.tabunghaji.gov.my/.

Kemudian, klik “LOG MASUK SEBAGAI PELAWAT” untuk akses dan klik Kursus Asas Haji untuk nota rujukan dan muat turun nota KAH 1447H.

Muat turun Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH) seperti di bawah:

NOTA:

Untuk makluman Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH) di dalam laman sesawang hanya dibekalkan dari Siri 1 sehingga Siri 10. Setiap siri mempunyai subtopik-subtopik tertentu.

Anda juga boleh akses video setiap siri di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/bimbingan

Kursus Asas Haji Bersiri (Video)

Siri 1

Siri 1 – Sejarah Tanah Suci Makkah Dan Madinah

Siri 2

Siri 2 – Falsafah dan Penyucian Jiwa : Penerangan Ringkas Ibadat Haji & Umrah

Siri 3

Siri 3 – Rukun Haji: Niat Ihram, Wukuf dan Tawaf

Siri 4

Siri 4 – Rukun Haji : Saie, Bercukur/Bergunting dan Tertib Pada Kebanyakan Rukun

Siri 5

Siri 5 – Wajib-Wajib Haji : Niat di Miqat, Larangan Dalam Ihram & Mabit di Mudzdalifah

Siri 6

Siri 6 – Wajib-Wajib Haji : Melontar di Jamrah Kubra, Mabit di Mina dan Melontar pada Hari-Hari Tasyrik

Siri 7

Siri 7 – Jenis-Jenis & Cara-cara Mengerjakan Haji

Siri 8

Siri 8 – Aurat, Taharah & Solat

Siri 9

Siri 9 – Fiqh Wanita Dalam Ibadat Haji

Siri 10

Siri 10 – Ibadat Umrah, Niat Bersyarat, Tawaf Wada’ dan Ziarah Madinah

Siri 11

Siri 11 – Kesihatan & Haji

Siri 12

Siri 12 – Pengurusan Haji

Siri 13

Siri 13 – Amali Ibadat Haji

e-Bimbingan Haji

e-Bimbingan Haji ialah aplikasi pembelajaran digital yang disediakan oleh Tabung Haji untuk memudahkan bakal haji, petugas haji, pengkursus (PEKTA) dan pengguna umum mempelajari ilmu haji secara dalam talian dengan mudah dan interaktif.

Semua pengguna boleh mengakses Kursus Asas Haji, bahan rujukan, serta kursus intensif melalui portal dan aplikasi e-Bimbingan Haji dengan sokongan video, infografik, slaid, audio, kuiz serta penilaian interaktif.

Bakal haji yang menerima surat tawaran Tabung Haji boleh mengikuti semua modul penuh e-Bimbingan Haji, manakala pengguna umum boleh mengakses sebahagian modul dan bahan rujukan.

Pendaftaran akaun diperlukan untuk bakal haji, petugas, dan pengkursus, namun pengguna umum bebas akses tanpa pendaftaran.

Pengalaman pembelajaran ini tersedia dalam Bahasa Melayu dan boleh digunakan di mana-mana, termasuk semasa berada di Tanah Suci.

Antara kursus utama yang ditawarkan ialah:

  • Kursus Asas Haji (KAH)
  • Kursus Intensif Haji (KIH)
  • Kursus Perdana Haji (KPH)
  • Kursus Tauliah Haji & Umrah (KUTAHU)
  • Kelas Intensif Tafaqquh Haji dan Umrah (KITHU)
  • Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK)

Platform ini menjimatkan masa kerana pembelajaran boleh diakses menerusi komputer atau peranti mudah alih tanpa perlu menghadiri kelas fizikal, sekaligus membantu persediaan ibadah haji dengan lebih efisien dan berstruktur.

Muat turun aplikasi eBimbingan Haji:

Rujuk cara daftar dan login pertama kali di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari Laman Web Rasmi Tabung Haji. Atau, hubungi:

Untuk muat turun jadual lengkap Kursus Asas Haji 1447H (PDF), boleh klik pautan berikut >> Muat turun Jadual Kursus Asas Haji (KAH) 1447H, sila klik disini untuk maklumat lanjut.

 Untuk soalan lazim boleh klik pautan berikut >> Soalan Lazim Kursus Asas Haji, sila klik disini untuk maklumat lanjut> 

Soalan Lazim Kursus Asas Haji 1447H (2026)

Bilakah Kursus Asas Haji (KAH) akan bermula?

Kursus Asas Haji 1447H bermula dari 3 Oktober 2025 sehingga 28 Disember 2025.

Siapakah yang terpilih untuk mengikuti KAH?

Jemputan penyertaan KAH hanya untuk pendeposit yang giliran tunai haji pada 1446H dan 1447H sahaja.

Bagaimana saya boleh tahu sama ada saya terpilih untuk mengikuti KAH?

Panggilan KAH dihantar melalui SMS dan surat bagi mereka yang tiada Maklumat nombor telefon di sistem TH. Bakal Haji juga boleh membuat semakan dengan Pejabat TH berdekatan. Pihak TH akan menghubungi mereka yang dijemput untuk hadir KAH dan memberi maklumat lanjut.

Dimanakah KAH akan dilaksanakan?

KAH akan dilaksanakan secara fizikal di masjid-masjid terpilih seluruh negara.

Bagaimana saya boleh mengetahui tarikh dan tempat kursus?

Jadual KAH boleh disemak melalui aplikasi THiJARI :Menu > Perkhidmatan Haji > Kursus Hajiatau di Laman Web Rasmi TH di www.tabunghaji.gov.myatau di Pejabat TH berdekatan

Berapa jumlah siri KAH yang akan diadakan?

13 siri.

Berapa siri akan diadakan dalam seminggu?

1 siri.

Adakah TH menyediakan modul/buku untuk rujukan?

Bakal haji 1446H dan 1447H yang menerima surat panggilan kursus boleh mendapatkan Buku Nota Asas KAH di Pejabat TH Cawangan.
Modul KAH juga boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi TH www.tabunghaji.gov.my atau di Portal e-Bimbingan Haji (https://e-bimbingan.tabunghaji.gov.my/auth/login).

Adakah rakaman KAH disedikan sekiranya saya terlepas sesi kursus?

Rakaman sesi kursus tidak disediakan. Walaubagaimanapun, bakal jemaah yang terpilih boleh mengulangkaji topik dan modul KAH di Portal e-Bimbingan Haji (https://e-bimbingan.tabunghaji.gov.my/auth/login).

Adakah KAH pada kali ini dibuka untuk umum yang ingin belajar tentang ibadat haji?

KAH pada kali ini dibuka untuk umum. Namun, keutamaan diberikan kepada peserta yang mendapat jemputan kursus.

Bilakah kebenaran tunai haji bagi rakyat Malaysia akan diumumkan? dan berapakah kuota untuk Malaysia?

TH masih berbincang dan menunggu keputusan Kerajaan Arab Saudi.

Berapakah bayaran haji pada tahun ini?

TH akan memaklumkan Bayaran Haji untuk 1447H/2026M setelah perbincangan mendalam mengenai kos keseluruhan menunaikan haji tahun ini.

Adakah SOP dan syarat-syarat pada tahun 1447H/2026M masih diguna pakai pada tahun ini?

Akan dimaklumkan setelah menerima keputusan Kerajaan Arab Saudi berkaitan pelaksanaan haji bagi musim 1447H/2026M.

Adakah TH menawarkan perkhidmatan badal haji pada tahun ini?

Tidak. Bermula Musim Haji 1440H/2019M, TH sudah tidak menawarkan perkhidmatan badal haji disebabkan arahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut