Kuota Subsidi Diesel Dinaikkan, Harga Diturunkan RM2.10/L

Kuota Subsidi Diesel Dinaikkan, Harga Diturunkan RM2.10L - Mulai 1 Julai
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kuota Subsidi Diesel ditambah 100 liter sebulan khas untuk pemilik jip dan pikap yang layak di bawah BUDI MADANI menjadikan jumlah keseluruhan 300 liter sebulan. Permohonan kuota tambahan 100 liter tersebut boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal BUDI MADANI.

Selain itu, kerajaan turun mengumumkan penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter yang akan diseragamkan di seluruh negara bermula 1 Julai 2026.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Kuota Subsidi Diesel dan Budi MADANI, jom baca perkongsian di bawah.

Kuota Subsidi Diesel Dinaikkan

Bagi pemilik kenderaan persendirian berkapasiti besar seperti jip dan trak pikap (4×4), pihak kerajaan menyediakan kuota tambahan sebanyak 100 liter sebulan bermula 1 Julai ini.

Ini bermakna, golongan ini boleh menikmati peruntukan subsidi sehingga 300 liter sebulan bagi membantu kelancaran aktiviti harian dan urusan logistik mereka.

Kerajaan meluluskan kuota tambahan ini khusus untuk dua golongan:

  • Pemilik Trak Pikap (Pick-up)
  • Pemilik Jip
kuoata subsidi diesel
Cara Dapatkan Tambahan 100 Liter
  • Permohonan Baharu: Bagi pemilik jip atau pikap lain, anda perlu memohon kelulusan tambahan 100 liter ini secara dalam talian melalui Portal BUDI MADANI atau hadir ke kaunter LHDNM/UTC.
  • Penerima BUDI Diesel Lama: Jika anda adalah bekas penerima bantuan tunai RM400 yang memiliki trak pikap atau jip, kenaikan 100 liter ini akan dimasukkan ke dalam sistem MyKad anda secara automatik.

Kuota Asas 200 L Sebulan

Setiap pemandu yang memenuhi syarat kelayakan diberikan kuota asas sebanyak 200 liter setiap bulan. Pembahagian peruntukan liter ini adalah berbeza mengikut kategori kenderaan seperti berikut:

  • Kategori 1 (RON95 Sahaja): Warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu sah akan menerima kuota 200 liter sebulan khusus untuk pembelian petrol RON95 bersubsidi sahaja.
  • Kategori 2 (RON95 & Diesel): Pemilik kenderaan diesel persendirian individu (mempunyai lesen dan cukai jalan sah) layak menggunakan kuota 200 liter sebulan secara fleksibel untuk petrol RON95 DAN diesel bersubsidi.
  • Kategori 3 (Trak Pikap & Jip): Pemilik trak pikap atau jip layak memohon kelayakan tambahan sebanyak 100 liter, menjadikan jumlah keseluruhan 300 liter sebulan (200 + 100) bagi penggunaan RON95 dan diesel.
kuota subsidi diesel

NOTA: 200L ini dikongsi dalam satu tabung kuota yang sama untuk petrol dan diesel bukan berasingan.

Cara Mohon Kuota Tambahan 100 Liter

Permohonan kelayakan kuota tambahan 100 L boleh dibuat di portal rasmi BUDI MADANI di laman sesawang www.budimadani.gov.my dengan langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan “BUDI MADANI”
  2. Log masuk melalui MyDigital ID
  3. Klik pada drop down menu BUDI Rakyat
  4. Lengkapkan maklumat peribadi
  5. Lengkapkan maklumat kenderaan diesel
  6. Pilih justifikasi permohonan yang berkaitan dan klik “Seterusnya”
  7. Semak dan sahkan maklumat yang telah diisi
  8. Klik “Hantar”.
  9. Pemohon akan menerima e-mel pengesahan bahawa permohonan telah berjaya diterima.

    Bantuan Tunai RM400 Ditukarkan Automatik

    Sistem baharu menggunakan MyKad ini juga menggantikan program bantuan tunai bulanan RM400 (BUDI Individu) yang telah dimansuhkan.

    Semua data penerima bantuan sebelum ini akan dipindahkan secara automatik ke dalam sistem, jadi anda tidak perlu membuat permohonan baharu untuk menikmati harga subsidi di pam minyak.

    Harga Diesel Turun ke RM2.10 Seliter

    Selain itu, di bawah mekanisme BUDI MADANI, tiada lagi perbezaan harga diesl antara lokasi bermula 1 Julai 2026.

    Semua rakyat Malaysia yang layak akan menikmati harga flat RM2.10 seliter di stesen minyak termasuk Sabah dan Sarawak.

    Anda cuma perlu buat pengesahan menggunakan MyKad terus di pam minyak untuk dapat harga subsidi ini. Warga asing dan kategori yang tak layak akan bayar harga pasaran.

    harga diesel diturunkan
    harga diesel diturunkan

    Apa Itu BUDI MADANI?

    BUDI MADANI ialah inisiatif Kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api petrol RON95 dan diesel secara lebih bersasar kepada rakyat Malaysia dan kumpulan penerima yang layak.

    BUDI MADANI merangkumi tiga program utama seperti berikut:

    • BUDI Rakyat
    • BUDI AgriKomoditi
    • BUDI MySubsidi

    BUDI MADANI vs BUDI95 vs BUDI Diesel Individu

    • BUDI MADANI (Sistem Tunggal Baharu): Mekanisme induk seragam di seluruh negara (termasuk Sabah, Sarawak, WP Labuan) yang menggabungkan subsidi petrol RON95 dan diesel. Pengesahan kelayakan dibuat menggunakan MyKad terus di pam minyak, sekali gus memansuhkan sistem bantuan tunai.
    • BUDI95 (Fasa 2025): Program penyasaran subsidi khusus untuk petrol RON95 bersubsidi (RM1.99 seliter) di seluruh negara yang menggunakan MyKad sebagai kaedah pengesahan sebelum ia disatukan di bawah sistem tunggal BUDI MADANI.
    • BUDI Diesel Individu (Fasa 2024): Skim terdahulu yang memberikan bantuan tunai bulanan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak di Semenanjung Malaysia, manakala Sabah, Sarawak, dan WP Labuan dikekalkan pada harga subsidi RM2.15 seliter. – DIMANSUHKAN.

    Kerajaan memutuskan untuk memperkukuh kaedah penyasaran subsidi bahan api supaya lebih seragam, bersasar, cekap dan menyeluruh di bawah satu mekanisme tunggal iaitu BUDI MADANI.

    Manfaat Budi MADANI

    • Harga Bahan Api Lebih Rendah: Rakyat Malaysia yang layak dapat menikmati petrol RON95 dan diesel pada harga bersubsidi di bawah harga pasaran.
    • Membendung Ketirisan & Penyeludupan: Menamatkan sistem subsidi pukal bagi memastikan bantuan tidak lagi dinikmati oleh warga asing atau dieksploitasi sindiket penyeludupan.
    • Agihan Semula Dana Kepada Rakyat: Penjimatan daripada pengurangan ketirisan digunakan semula untuk membiayai bantuan rakyat seperti peningkatan kadar STR dan SARA, serta mengukuhkan perkhidmatan awam.

    Maklumat Lanjut

    Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kuota subsidi diesel dan Budi Madani, sila rujuk:

    1. Portal rasmi Budi Madani
    2. Talian: 1300-88-9595
    3. Emel: [email protected]
    4. Whatsapp: +603-2631 4595

    Soalan Lazim PROGRAM PENYASARAN SUBSIDI RON95 & DIESEL BUDI MADANI

    Soalan Lazim Kuota Subsidi Diesel

    Berapakah harga diesel bersubsidi yang baharu?

    Harga diseragamkan kepada RM2.10 seliter di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak, dan WP Labuan

    Siapakah individu warganegara yang layak menerima kuota subsidi ini?

    Warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah, memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ, serta mempunyai cukai jalan (road tax) yang aktif.

    Adakah saya perlu mendaftar akaun baharu jika saya bekas penerima bantuan tunai RM400 (BUDI Diesel lama)?

    Tidak perlu. Profil data anda akan dipindahkan secara automatik ke dalam sistem MyKad baharu.

    Bagaimana pula dengan pemilik kenderaan diesel persendirian yang belum pernah mendaftar sebelum ini?

    Anda perlu membuat semakan atau pendaftaran kelayakan menerusi Portal BUDI MADANI.

    Bagaimana cara untuk membeli diesel pada harga RM2.10 seliter di stesen minyak?

    Sebelum membuat pembayaran (sama ada menggunakan tunai, kad debit/kredit, atau e-dompet), anda wajib memasukkan atau mengimbas MyKad anda terlebih dahulu pada mesin pembaca kad di pam minyak untuk pengesahan kuota.

    Adakah kuota 200 liter sebulan diberikan berasingan untuk petrol RON95 dan diesel?

    Tidak. Kuota asas 200 liter sebulan itu berada di bawah satu tabung kongsi terpadu (BUDI95). Pengguna yang layak boleh membahagikan liter tersebut untuk pengisian diesel atau petrol RON95 (RM1.99 seliter) mengikut keperluan.

    Apa akan terjadi jika kuota bulanan saya habis sebelum hujung bulan?

    Pembelian pada liter seterusnya akan bertukar kepada harga pasaran semasa tanpa subsidi secara automatik. Kuota baharu akan dikemas kini (reset) semula pada 1 haribulan setiap bulan berikutnya.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut