Sukacita dimaklumkan bahawa pengambilan pelajar baharu untuk kemasukan ke Kolej Yayasan Felda 2026 dibuka menerusi pautan https://kyf.yayasanfelda.org.
Peluang ini terbuka kepada warga Felda dan bukan Felda yang berkelayakan untuk ikuti pengajian peringkat sijil dan seterusnya ke peringkat Diploma.
Kursus dalam pelbagai bidang dan kemahiran ditawarkan di Kolej Yayasan Felda bagi pelajar yang berminat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kolej ini dan cara membuat permohonan.

Apakah Yayasan Felda?
Yayasan Felda ditubuhkan untuk memberi peluang kepada warga felda dan juga bukan warga felda yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat sijil dan seterusnya ke peringkat diploma.
Peluang keemasan ini dibuka kepada pelajar yang berminat dalam mempelajari kemahiran dan akan diajar dalam bidang seperti Masakan, Pastry, Catering, Pengurusan Pengacaraan, Jahitan, Pengursan Pejabat dan Kursus Kesihatan.
Yayasan felda juga mempunyai 3 buah kolej yang terletak di Kolej Yayasan Felda Pahang, Felda Wilayah Mempaga, Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan, Felda Wilayah Raja Alias .
Kolej Yayasan Felda Perak, Felda Wilayah Trolak adalah bagi pelajar yang mengikuti Kursus intensif Bahasa inggeris bertujuan meningkatkan tahap Bahasa inggeris para pelajar lepasan sekolah untuk persediaan di peringkat lebih tinggi.
Lokasi Kolej Yayasan Felda
Untuk makluman, Yayasan Felda mempunyai institut pengajian yang terletak di lokasi berikut :
- Yayasan Felda Pahang, Felda Wilayah Mempaga
- Yayasan Felda Negeri Sembilan, Felda Wilayah Raja Alias
- Yayasan Felda Perak, Felda Wilayah Trolak
Kemudahan Pelajar
Kemudahan pelajar yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Penginapan, makan & minum percuma
- Kawalan keselamatan
- Pensyarah yang bertauliah
Program Yang Ditawarkan
Antara program pengajian yang ditawarkan di Kolej Yayasan Felda berdasarkan lokasi adalah seperti berikut :
DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (TVET)
- Perkhidmatan Penyediaan & Pembuatan Makanan (Kulinari)
- Pengurusan Bahagian Makanan & Minuman (F&B)
- Pengurusan Pentadbiran (Dialisis)
- Operasi Pengeluaran Pakaian
- Pengurusan Pentadbiran
- Pengurusan Pastri & Roti
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (TVET)
- Kreatif Media (Penggambaran)
- Pembantu Kecemasan
- Pengendalian Dron
LAIN-LAIN PROGRAM
- Akademi Dalam Industri (ADi)
- Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
- Modular TVET
- Intensif Bahasa Inggeris
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 hingga 30 tahun
- Minima Tamat Tingkatan 3 / Lepasan Tahfiz
- Belum Berkahwin (Bujang)
Cara Permohonan
Calon yang berminat untuk memohon untuk mengikuti program Sijil atau Diploma serta lainlain yang ditawarkan boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan https://kyf.yayasanfelda.org.
Soalan Lazim
Sebanyak 3 buah Kolej Yayasan Felda Pahang iaitu di Yayasan Felda Pahang, Felda Wilayah Mempaga, Yayasan Felda Negeri Sembilan, Felda Wilayah Raja Alias dan Yayasan Felda Perak, Felda Wilayah Trolak.
– Penginapan, makan & minum percuma
– Kawalan keselamatan
– Pensyarah yang bertauliah
1- Warganegara Malaysia
2- Berumur 16 hingga 30 tahun
3- Minima Tamat Tingkatan 3 / Lepasan Tahfiz
4- Belum Berkahwin (Bujang)
Peringkat pengajian yang ditawarkan adalah Sijil dan Diploma.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://kyf.yayasanfelda.org.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai kemasukan pelajar ke Kolej Yayasan Felda, sila layari laman web www.yayasanfelda.org.
Anda juga boleh menghubungi
- Ibu Pejabat: 03-2693 4224 (Ext. 402/403/405/411)
- Pn. Norhana: 016-491 0711
- En. Izzuddin: 012- 493 4309
- Cik Nur Aida: 012-735 4514




