Senarai Kod Warna Cat Jotun & Katalog Terkini 2023

Ketahui kod warna cat Jotun popular untuk menceriakan mood rumah anda.

Jotun merupakan sebuah jenama cat untuk bangunan dan rumah yang bukan sahaja popular di Malaysia, tetapi banyak negara lain.

Apabila mengecat warna rumah anda sama ada di bahagian dalaman atau luaran, maka anda perlulah tahu kod warna yang digunakan.

Setiap jenama cat mempunyai kod warna yang tersendiri yang biasanya dipaparkan dalam katalog mereka.

Jadi, jom kita semak senarai warna popular dan kodnya agar anda dapat mendeko serta membuat pembelian dengan mudah dan tepat.

Latar belakang Cat Jotun

Jotun ialah syarikat kimia multinasional Norway yang berurusan terutamanya dalam cat hiasan dan salutan prestasi (salutan marin, pelindung dan serbuk).

Ia adalah salah satu pengeluar cat dan produk salutan terbesar di dunia.

Jotun mengeluarkan cat dan varnis untuk tujuan marin dan perindustrian, resin sintetik, penutup lantai, busa poliuretana, salutan tugas berat, pengikat, poliester tak tepu, paip poliester bertetulang gentian kaca, tangki dan banyak lagi.

Jotun bergabung dengan tiga pengeluar cat lain pada tahun 1971 dan menjadi bukan sahaja pengeluar cat terbesar Norway tetapi juga salah satu syarikat terbesar di Norway.

Sehingga Januari 2021, syarikat itu mempunyai kehadiran di lebih 100 negara di seluruh dunia, dengan lebih 10,000 pekerja, 67 syarikat di 45 negara dan 40 kemudahan pengeluaran di 21 negara.

Artikel menarik: PPAM : Sistem Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam

Keistimewaan Cat Jotun

Cat Jotun menawarkan banyak variasi yang boleh anda pilih malah pelanggan boleh memilih pelbagai jenis cat bergantung pada keperluan mereka.

Selain itu, Jotun juga menawarkan pelbagai kod warna cat yang cantik untuk segenap ruangan rumah anda.

Ia adalah cat yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan ini bermakna dengan cat Jotun, and diberi jaminan bahawa anda hanya mendapat kualiti terbaik, membolehkan anda menambah baik rupa keseluruhan rumah anda, tepat pada masa anda mahu atau memerlukannya.

Kod Warna Popular

Mungkin anda masih mencari cari inspirasi warna cat bagi rumah anda?

Untuk permulaan, anda boleh cuba warna-warna popular Jotun berpandukan kod warna cat di bawah:

  • 1779 Slenna Orange (Kuning Muda)
  • 1456 Blonde Ambition (Kuning Lemon)
  • 2456 Maple Salmon ( Pink Cerah)
  • 2602 Butterfly (Pink Soft)
  • 3328 Royale Belly (Ungu Gelap)
  • 3203 Tomato (Ungu Muda)
  • 10429 Discrete (Abu Abu Tua/ Dark Grey)
  • 1877 Pebblestone (Abu Abu Muda)
  • 2846 Winery (Cokelat Tua/ Dark Brown)
  • 1361 Cocoa Root (Cokelat Muda)
  • 4497 Amethyne ( Ungu Muda)
  • 1016 Antique White (Putih Gelap)
  • 2604 Coral Dune (Merah Soft)
  • 2185 Oriental Red (Merah Maroon)
  • 4202 Parrot Blue (Biru Langit)
  • 4164 Blue Lagoon (Biru Muda)
  • 5281 Exude Honey (Biru Navi)
  • 5279 Daze Bayou (Biru Tosca)
  • 6032 Imperial Jade (Hijau Tosca)
  • 7418 Mosley (Hijau Segar)
  • 8331 Alda (Hijau Army)
  • 1628 Tangerine Blast (Orange)
  • 1105 SOYA MILK
  • 0567 DAZZLE LIGHT
  • 0566 IVORY WHITE
  • 1038 SMOOTH IVORY
  • 1154 OLD CREAM
  • 1966 TEAL BEIGE
  • 1155 BUTTERY CREAM
  • 8054 SUNNY SPOT
  • 1574 OLD LACE
  • 1108 LOTUS ROOT
  • 1075 NAVAJO WHITE
  • 1998 SPRING CHAMPAGNE
  • 10394 PURE YELLOW
  • 1153 QUICK SAND
  • 1158 YELLOW RIVER
  • 10406 GOLDEN LILY
  • 1188 UNICORN
  • 1177 NOBILE
  • 1246 CHATEAU
  • 1132 SAHARA SAND
  • 1133 MITO
  • 10012 MARS DUST
  • 1187 TRIBAL
  • 2206 YELLOW STONE
kod warna cat jotun

Untuk membeli mana-mana cat di atas, pergi sahaja ke kedai hardware yang menjual cat Jotun dan nyatakan kod nombor warna yang tertera di atas untuk mmbmbeli cat pilihan anda.

Muat Turun Katalog

Setiap tahun, pihak Jotun juga mengeluarkan katalog senarai koleksi warna cat pilihan mereka beserta kod warna.

Sila klik pautan di bawah untuk lihat koleksi warna cat pilihan Jotun:

  1. Koleksi Tahun 2023
  2. Koleksi Tahun 2022
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!