Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pusat bandar raya Kuala Lumpur akan melalui KL Lockdown sepenuhnya bermula 23 hingga 28 Oktober 2025, bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang menghimpunkan pemimpin tertinggi dunia.

Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025, dan langkah keselamatan besar-besaran dilaksanakan bagi memastikan kelancaran acara antarabangsa ini.

KL Lockdown

Sidang Kemuncak ASEAN (ASEAN Summit) 2025

Polis Kuala Lumpur meminta masyarakat mematuhi arahan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di ibu negara pada 26 hingga 28 Oktober ini, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sekiranya ada pihak yang cuba mengganggu-gugat Sidang Kemuncak ASEAN dan ketenteraman awam.

Seramai 16,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan dari seluruh negara untuk mengawal keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang tempoh KL Lockdown.

Tahap berjaga-jaga akan berada pada tahap tertinggi dari 23 hingga 28 Oktober 2025, dan tiada kompromi terhadap sebarang isu keselamatan.

PDRM turut memfokuskan kawalan di negeri bersempadan dengan Kuala Lumpur bagi memastikan pergerakan kenderaan rasmi antarabangsa berjalan lancar.

KL Lockdown – Senarai Jalan Ditutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Lencongan laluan bagi pergerakan motoked sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan bermula pada 17 Oktober 2025 (Jumaat) hingga 22 Oktober 2025 (Rabu).

Selepas itu, penutupan sementara (Dry-Run) akan dilaksanakan bermula 23 Oktober 2025 (Khamis) hingga 25 Oktober 2025 (Sabtu) bagi tujuan ujian dan persediaan konvoi rasmi.

Seterusnya, penutupan sementara sempena ASEAN Summit akan berlangsung dari 25 Oktober 2025 (Ahad) hingga 28 Oktober 2025 (Selasa) bagi memberi laluan kepada pergerakan rasmi para delegasi peringkat tertinggi.

kl lockdown asean summit 2025

17-22 Oktober 2025 (Lencongan Laluan)

Sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (ASEAN Summit 2025), beberapa laluan utama di sekitar ibu negara akan mengalami lencongan sementara seperti berikut:

  • Tarikh: 17 hingga 22 Oktober 2025 (Jumaat-Rabu)
  • Masa: 8.00 pagi – 7.00 malam (mengikut keperluan)

Laluan terlibat: Dari Lapangan Terbang ke hotel penginapan sekitar Kuala Lumpur, Seri Negara Kuala Lumpur serta Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Orang ramai digalakkan merancang perjalanan lebih awal dan memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan trafik demi kelancaran serta keselamatan bersama.

kl lockdown asean summit 2025

23-25 Oktober 2025 (Penutupan Sementara / Dry Run)

Sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (ASEAN Summit 2025), beberapa laluan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara seperti berikut:

  • Tarikh: 23 hingga 25 Oktober 2025 (Khamis-Sabtu)
  • Masa: 8.00 pagi – 7.00 malam (mengikut keperluan)

Laluan terlibat: Dari Lapangan Terbang ke hotel penginapan sekitar Kuala Lumpur, Seri Negara Kuala Lumpur serta Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan penggunaan laluan terlibat sepanjang tempoh raptai dan menggunakan jalan alternatif yang disyorkan.

kl lockdown asean summit 2025

Berikut ialah senarai jalan dan lebuh raya utama yang akan ditutup secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober 2025 di Kuala Lumpur:

26 Oktober 2025 (Ahad)

  • Bermula 8.00 pagi hingga selesai ketibaan secara berperingkat
  • Bermula 5.30 petang hingga selesai secara berperingkat

Laluan Terlibat:

  1. Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
  2. Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
  3. Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
  4. Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
  5. Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
  6. Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC

27 Oktober 2025 (Isnin)

  • Bermula 8.00 pagi hingga selesai ketibaan secara berperingkat
  • Bermula 7.00 malam hingga selesai secara berperingkat

Laluan Terlibat:

  1. Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
  2. Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
  3. Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
  4. Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
  5. Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
  6. Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC

28 Oktober 2025 (Selasa)

  • Bermula 8.00 pagi hingga selesai

Laluan Terlibat:

  1. Lebuh KLIA
  2. Lebuhraya ELITE (KLIA – Putrajaya)
  3. Lebuhraya NKVE (Subang – Jalan Duta)
  4. Lebuhraya GUTHRIE
  5. Lebuhraya Utara–Selatan (Sg Buloh – Jalan Duta)
  6. Lebuhraya MEX
  7. Lebuhraya KL–Seremban (Sg Besi – Pusat Bandar)
  8. Lingkaran Putrajaya
  9. Jalan Istana
  10. Jalan Damansara
  11. Jalan Tun Abdul Razak
  12. Jalan Ampang
  13. Jalan Sultan Ismail
  14. Jalan Bukit Bintang
  15. Jalan Imbi
  16. Jalan Parlimen
  17. Jalan Kuching

NOTA:

  • Penutupan dilakukan secara berkala, biasanya 30 hingga 45 minit untuk memberi laluan konvoi delegasi bertaraf tinggi.
  • Kawasan “Segitiga Emas” sekitar KLCC dijangka paling terjejas.
  • PDRM menasihati orang ramai untuk mengelakkan laluan ini dan menggunakan pengangkutan awam (MRT, LRT, Monorel, bas) sepanjang tempoh sidang berlangsung.
  • Kenderaan berat dilarang memasuki pusat bandar pada waktu puncak sidang.

kl lockdown asean summit 2025
kl lockdown asean summit 2025
Kredit: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Penutupan Lebuh Raya dan Laluan KLIA–Subang

KL Lockdown turut melibatkan sekatan sementara di beberapa lebuh raya utama dan laluan lapangan terbang, antaranya:

  • MEX (Sg Besi – Jalan Duta)
  • PLUS (Sg Buloh – Jalan Duta)
  • ELITE (KLIA – Putrajaya)
  • NKVE (Subang – Jalan Duta)
  • Guthrie Corridor Expressway
  • KL–Seremban (Sg Besi – Pusat Bandar)

Bagi laluan udara, laluan dari KLIA dan Subang ke pusat bandar turut terjejas dengan sekatan di Lebuhraya Lingkaran Putrajaya dan Lebuhraya KLIA.

kl lockdown asean summit 2025
Kredit: Berita RTM

Nasihat Kepada Orang Ramai

Bagi mengurangkan kesesakan semasa KL Lockdown, kerajaan telah menetapkan beberapa langkah tambahan:

  • 70 sekolah di Kuala Lumpur akan beralih kepada kelas dalam talian.
  • Penjawat awam dalam radius 25 kilometer dari pusat bandar diarahkan untuk bekerja dari rumah (BDR) sepanjang sidang kemuncak berlangsung.

Langkah ini dijangka membantu mengurangkan beban trafik serta memudahkan urusan keselamatan di sekitar ibu negara.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bakal menyaksikan kehadiran pemimpin dari pelbagai negara termasuk Brazil, Afrika Selatan, Cyprus, dan Finland. Turut dijangka hadir ialah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan menjadi tumpuan diplomatik dunia dengan perbincangan penting melibatkan isu ekonomi, keselamatan serantau, dan hubungan antarabangsa.

Sepanjang tempoh KL Lockdown, orang ramai dinasihatkan:

  • Mengelakkan perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur.
  • Menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, monorel, dan bas.
  • Mengikut arahan trafik semasa daripada pihak berkuasa bagi mengelak kesesakan.

Pihak berkuasa turut meminta pengguna jalan raya memantau pengumuman rasmi PDRM dan RTM bagi kemas kini terkini mengenai sekatan dan laluan alternatif.

Maklumat Lanjut KL Lockdown Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Pelaksanaan KL Lockdown sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 adalah langkah strategik demi keselamatan dan imej negara sebagai tuan rumah diplomatik utama rantau Asia Tenggara.

Kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan acara berprestij ini berjalan dengan lancar dan selamat.

Untuk info lanjut, sila rujuk Soalan Lazim berikut:

Apakah yang dimaksudkan dengan “lockdown” di KL?

Ada laporan mengatakan KL akan berada dalam keadaan “total lockdown” sempena Sidang Kemuncak ASEAN, dengan kawalan keselamatan tinggi, jalan utama ditutup sementara, dan pergerakan awam terhad.
Walau bagaimanapun, kerajaan menyatakan ia bukan “lockdown penuh” atau penutupan selama 24 jam, tetapi kawalan jalan serta tutup sementara kawasan ketika perarakan delegasi atau ketibaan pemimpin dunia.

Bila tempoh kawalan ‘KL lockdown’ ini berlaku?

Penguatkuasaan kawalan dan lencongan jalan alternatif akan bermula sekitar sejak 17 Oktober 2025, berlanjutan sehingga sekitar 28 Oktober, dengan puncak acara Sidang Kemuncak ASEAN dari 26–28 Oktober.

Apakah jalan atau kawasan yang dijangka terjejas?

Kawasan yang terlibat antaranya sekitar kawasan pusat bandar KL seperti jalan Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan P. Ramlee, Persiaran KLCC, Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Parlimen, Jalan Kuching dan segmen ekspresway dari KLIA/Subang ke pusat bandar.kl lockdown

Baca juga:

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku