Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bakal menjadi tumpuan utama rantau Asia Tenggara apabila Malaysia bertindak selaku tuan rumah kepada perhimpunan pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota ASEAN. Semak info terkini di portal rasmi ASEAN Malaysia 2025 di pautan berikut: www.myasean2025.my/. Penutupan jalan dan lencongan sementara akan dilaksanakan bermula 17 Oktober hingga 28 Oktober 2025 di sekitar Kuala Lumpur. Sila rujuk senarai penuh laluan lencongan dan jalan ditutup melalui artikel ini.
Dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia, sidang kemuncak berprofil tinggi ini akan menghimpunkan ketua-ketua negara bagi membincangkan isu-isu serantau seperti kerjasama ekonomi, keselamatan, perubahan iklim, digitalisasi dan hubungan luar.
Sebagai hos rasmi, Malaysia dijangka memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju strategik ASEAN untuk tahun mendatang.
Dalam masa yang sama, rakyat terutama di ibu negara dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan kesesakan lalu lintas dan sekatan jalan tertentu.
Artikel ini menghuraikan secara lengkap info penting seperti tarikh rasmi, lokasi penganjuran dan persediaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang perlu anda tahu.
BACA JUGA: ASEAN – Sejarah Penubuhan, Matlamat & Negara Anggota
Apa Itu Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (2025)?
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 adalah acara perhimpunan tertinggi yang menghimpunkan ketua negara dan kerajaan dari 10 negara anggota ASEAN iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.
Sidang ini diadakan secara berkala untuk membincangkan isu-isu utama serantau dan antarabangsa serta merangka dasar kerjasama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, keselamatan, kesihatan, pendidikan, perubahan iklim, dan hubungan luar negeri.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, dari 26 hingga 28 Oktober 2025.
Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967.
Acara ini akan menjadi platform utama bagi memperkukuh kerjasama ekonomi, keselamatan, dan sosial budaya dalam kalangan negara anggota dan negara rakan dialog, termasuk negara besar seperti Amerika Syarikat yang juga mengesahkan kehadiran Presiden Donald Trump ke sidang kemuncak tersebut.
Selain pertemuan pemimpin, sidang ini turut memberi kesan kepada aktiviti harian di Kuala Lumpur dan Selangor; sebagai contoh, 72 sekolah di kawasan tersebut diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada tarikh 27 dan 28 Oktober bagi memudahkan perjalanan delegasi serta memastikan kelancaran acara.
Sidang ini berfungsi sebagai platform strategik untuk memperkukuh kerjasama dan menetapkan hala tuju serantau demi kestabilan dan kemakmuran bersama.
Melalui perjanjian dan deklarasi yang dipersetujui, ASEAN memperkukuh perpaduan dan identitinya sebagai sebuah komuniti serantau yang progresif dan berpengaruh di peringkat global.
Tema utama Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025 ialah inklusiviti dan pembangunan lestari, sekali gus menonjolkan kepentingan kesejahteraan bersama dan keutuhan komuniti ASEAN.
Dengan persiapan rapi dan kawalan keselamatan yang ketat, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bakal menjadi medan diplomasi serta kerjasama utama di Asia Tenggara pada tahun ini, mempertemukan pemimpin dari pelbagai negara bagi membincangkan isu kritikal dan mencari penyelesaian terbaik demi masa depan rantau ini.






Menurut Astro Awani, sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober tahun ini dijangka yang terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak 1976.
Ia disebabkan oleh penyertaan pelbagai negara bukan Rakan Dialog ASEAN yang mengesahkan kehadiran pada sidang kemuncak itu.
Objektif Sidang Kemuncak ASEAN ke 47
Antara objektif utama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (2025) adalah:
- Memperkukuh kerjasama serantau dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, keselamatan, kesihatan, pendidikan, perubahan iklim, dan hubungan luar negeri demi kestabilan dan kemakmuran bersama di Asia Tenggara.
- Menjalankan diplomasi strategik untuk memperkukuh hubungan ASEAN dengan rakan dialog antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, China, India, Kesatuan Eropah, dan lain-lain negara utama.
- Membangun tenaga kerja yang inklusif, berdaya tahan, dan fleksibel dengan fokus kepada tema “Keterangkuman dan Kemampanan,” yang menekankan kemampuan tenaga kerja menyesuaikan diri dengan perubahan global dan teknologi.
- Memupuk perpaduan dan memperkuat identiti ASEAN sebagai komuniti serantau yang dinamik dan berpengaruh di peringkat global.
- Menggalakkan dasar dan inisiatif inovatif dalam menangani cabaran serantau, termasuk pembangunan lestari, keselamatan makanan, digitalisasi, dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
Sidang kemuncak ini turut memberi impak positif terhadap dasar pekerjaan fleksibel seperti galakan bekerja dari rumah (BDR), yang dijangka membawa perubahan jangka panjang dalam pengurusan tenaga kerja di negara-negara anggota ASEAN.
Fokus Sidang Kempuncak ASEAN 2025
Sidang kali ini bukan hanya memberi tumpuan kepada isu geopolitik, tetapi lebih menekankan agenda besar ASEAN sebagai kuasa ekonomi dunia. Fokus utama adalah untuk:
- Mempercepatkan integrasi rantau ASEAN agar lebih efisien dan berdaya saing.
- Memperkukuh kerjasama ekonomi antara negara anggota ASEAN.
- Menarik pelaburan strategik ke rantau Asia Tenggara.
- Meluaskan perdagangan serantau dan antarabangsa.
Negara yang Terlibat
Berikut ialah senarai 10 negara yang terlibat dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47:
- Malaysia (tuan rumah)
- Brunei Darussalam
- Kemboja (Cambodia)
- Indonesia
- Laos
- Myanmar
- Filipina (Philippines)
- Singapura
- Thailand
- Vietnam
Selain 10 negara anggota ASEAN, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (2025) turut dihadiri oleh pelbagai negara rakan dialog. Negara-negara rakan dialog ini termasuk:
- Amerika Syarikat
- Kanada
- Australia
- New Zealand
- Jepun
- Korea Selatan
- China
- Rusia
- India
- Kesatuan Eropah (European Union)
Turkiye (Turki) juga sedang dalam proses untuk menjadi rakan dialog rasmi ASEAN dan menunjukkan minat yang tinggi untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang seperti tenaga, teknologi, serta pengurusan air.
Negara-negara rakan dialog ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama strategik, termasuk dalam bidang pertahanan, alam sekitar, perdagangan, dan pembangunan lestari yang menjadi fokus utama dalam sidang kemuncak tahun ini.
Tarikh, Lokasi & Jadual Program Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan diadakan pada tetapan seperti berikut:
- Tarikh : 26 hingga 28 Oktober 2025
- Lokasi : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur, Malaysia
- Tema : ‘Keterangkuman dan Kemampanan’

Kehadiran Presiden Donald Trump
Kehadiran Presiden Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 tahun 2025 di Kuala Lumpur merupakan antara tumpuan utama dunia ketika ini.
Jemputan Trump bukan sekadar hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat, tetapi adalah mandat diplomatik ASEAN yang diberikan kepada Malaysia sebagai pengerusi dan tuan rumah sidang kemuncak tahun ini.
Tujuan Diplomatik ASEAN dan Pengiktirafan Malaysia:
- Kehadiran Presiden Trump dilihat sebagai pengiktirafan kepada ASEAN dan kepimpinan Malaysia, bukan pengiktirafan dasar atau peribadi Trump secara langsung.
- Mandat ini memberi peluang kepada Malaysia untuk membawa suara ASEAN mengenai isu besar seperti Palestin, ekonomi dunia, dan kepentingan serantau di pentas global.
Malaysia menegaskan, sidang kemuncak kali ini tidak hanya membincangkan isu geopolitik, tetapi memberi tumpuan kepada agenda pakatan ekonomi, pelaburan strategik dan integrasi rantau Asia Tenggara dengan dunia luar.
Kehadiran Trump adalah sebahagian daripada diplomasi terbuka, bukan pendekatan pengasingan.
Kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di sidang ini membawa mandat diplomasi ASEAN:
- Malaysia memegang mandat diplomasi ASEAN, bukan sebagai pengiktirafan peribadi kepada mana-mana pemimpin tertentu, tetapi kepada ASEAN secara kolektif dan kepimpinan Malaysia.
- Mandat ini menunjukkan pengiktirafan dunia terhadap peranan ASEAN dan Malaysia sebagai pengerusinya.
- Malaysia menegaskan komitmennya mempertahankan sokongan kepada Palestin, mengekalkan prinsip keadilan dan keamanan sejagat.
Notis / Pelaksanaan BDR (Bekerja Dari Rumah) & Aturan Kerja Fleksibel (AKF) Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Bekerja Dari Rumah (BDR) digalakkan bagi pegawai yang tinggal dalam jarak 25 km dari pejabat dan berpotensi terkesan dengan kesesakan trafik semasa Sidang Kemuncak ASEAN.

Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN, pegawai masih boleh memohon untuk kemudahan BDR tertakluk kepada kelulusan daripada Ketua Jabatan.
Pelaksanaan BDR boleh dirujuk melalui Ceraian MyPPSM SR. 4.1.2: Bekerja Dari Rumah.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menggalakkan majikan mempertimbangkan pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) bagi pekerja yang mungkin terkesan dengan kesesakan trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur!
Inisiatif ini menyokong konsep FLEKSIBEL, LANCAR, PRODUKTIF — agar urusan kerja dan kehidupan kekal seimbang sepanjang acara berlangsung.
APA ITU AKF?
AKF ialah aturan di bawah Seksyen 60P & 60Q, Akta Kerja 1955 [Akta 265] yang membolehkan pekerja:
- Menyesuaikan waktu kerja
- Menukar hari bekerja
- Menentukan lokasi kerja (contohnya bekerja dari rumah)
KENAPA AKF RELEVAN UNTUK ASEAN 2025?
- Mengurangkan kesesakan di kawasan acara
- Mengekalkan produktiviti organisasi
- Menyokong keseimbangan kerja & kehidupan
BAGAIMANA MEMOHON?
Pekerja boleh membuat permohonan bertulis kepada majikan bagi menukar waktu, hari, atau lokasi kerja.
Majikan perlu memberi maklum balas bertulis dalam tempoh 60 hari.



SOKONGAN UNTUK MAJIKAN – INSENTIF KHAS TALENTCORP!
Majikan layak menikmati potongan cukai tambahan 50% bagi kos pelaksanaan AKF — termasuk latihan dan perisian — dengan had tuntutan sehingga RM500,000 (tempoh: 1 Jan 2025 – 31 Dis 2027).
TalentCorp turut menyediakan bengkel, panduan dan khidmat nasihat bagi membantu syarikat melaksanakan dasar kerja fleksibel dengan lebih berkesan.


Jadikan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 sebagai simbol kemajuan tempat kerja moden – lebih fleksibel, inklusif dan mampan!
Imbas QR Code di poster untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan AKF dan cara memohon insentif TalentCorp!
Senarai Sekolah Terlibat PdPR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Beberapa sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 27 hingga 28 Okt ini bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.
Kementerian Pendidikan memaklumkan cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu.
Senarai sekolah yang terlibat akan dikemas kini kelak.
Senarai Jalan Ditutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Lencongan laluan bagi pergerakan motoked sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan bermula pada 17 Oktober 2025 (Jumaat) hingga 22 Oktober 2025 (Rabu).
Selepas itu, penutupan sementara (Dry-Run) akan dilaksanakan bermula 23 Oktober 2025 (Khamis) hingga 25 Oktober 2025 (Sabtu) bagi tujuan ujian dan persediaan konvoi rasmi.
Seterusnya, penutupan sementara sempena ASEAN Summit akan berlangsung dari 25 Oktober 2025 (Ahad) hingga 28 Oktober 2025 (Selasa) bagi memberi laluan kepada pergerakan rasmi para delegasi peringkat tertinggi.

17-22 Oktober 2025 (Lencongan Laluan)
Sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (ASEAN Summit 2025), beberapa laluan utama di sekitar ibu negara akan mengalami lencongan sementara seperti berikut:
- Tarikh: 17 hingga 22 Oktober 2025 (Jumaat-Rabu)
- Masa: 8.00 pagi – 7.00 malam (mengikut keperluan)
Laluan terlibat: Dari Lapangan Terbang ke hotel penginapan sekitar Kuala Lumpur, Seri Negara Kuala Lumpur serta Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Orang ramai digalakkan merancang perjalanan lebih awal dan memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan trafik demi kelancaran serta keselamatan bersama.

23-25 Oktober 2025 (Penutupan Sementara / Dry Run)
Sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (ASEAN Summit 2025), beberapa laluan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara seperti berikut:
- Tarikh: 23 hingga 25 Oktober 2025 (Khamis-Sabtu)
- Masa: 8.00 pagi – 7.00 malam (mengikut keperluan)
Laluan terlibat: Dari Lapangan Terbang ke hotel penginapan sekitar Kuala Lumpur, Seri Negara Kuala Lumpur serta Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan penggunaan laluan terlibat sepanjang tempoh raptai dan menggunakan jalan alternatif yang disyorkan.

Berikut ialah senarai jalan dan lebuh raya utama yang akan ditutup secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober 2025 di Kuala Lumpur:
26 Oktober 2025 (Ahad)
- Bermula 8.00 pagi hingga selesai ketibaan secara berperingkat
- Bermula 5.30 petang hingga selesai secara berperingkat
Laluan Terlibat:
- Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC
27 Oktober 2025 (Isnin)
- Bermula 8.00 pagi hingga selesai ketibaan secara berperingkat
- Bermula 7.00 malam hingga selesai secara berperingkat
Laluan Terlibat:
- Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC
28 Oktober 2025 (Selasa)
- Bermula 8.00 pagi hingga selesai
Laluan Terlibat:
- Lebuh KLIA
- Lebuhraya ELITE (KLIA – Putrajaya)
- Lebuhraya NKVE (Subang – Jalan Duta)
- Lebuhraya GUTHRIE
- Lebuhraya Utara–Selatan (Sg Buloh – Jalan Duta)
- Lebuhraya MEX
- Lebuhraya KL–Seremban (Sg Besi – Pusat Bandar)
- Lingkaran Putrajaya
- Jalan Istana
- Jalan Damansara
- Jalan Tun Abdul Razak
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Imbi
- Jalan Parlimen
- Jalan Kuching
NOTA:
- Penutupan dilakukan secara berkala, biasanya 30 hingga 45 minit untuk memberi laluan konvoi delegasi bertaraf tinggi.
- Kawasan “Segitiga Emas” sekitar KLCC dijangka paling terjejas.
- PDRM menasihati orang ramai untuk mengelakkan laluan ini dan menggunakan pengangkutan awam (MRT, LRT, Monorel, bas) sepanjang tempoh sidang berlangsung.
- Kenderaan berat dilarang memasuki pusat bandar pada waktu puncak sidang.


Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai sidang kemuncak ASEAN yang ke-47 dan senarai jalan yang ditutup, sila rujuk:
- Portal rasmi ASEAN 2025: https://www.myasean2025.my/about/
- Facebook Aseanmy
- Facebook PDRM
Soalan Lazim Sidang Kemuncak ASEAN 2025 ke – 47
Sidang Kemuncak ASEAN ialah perhimpunan tahunan tertinggi pemimpin 10 negara anggota ASEAN yang bertujuan membincangkan isu serantau dan antarabangsa penting dalam bidang politik, keselamatan, ekonomi, dan sosial budaya. Sidang ke-47 dijadual diadakan di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober 2025 dengan Malaysia sebagai pengerusi.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung pada 26-28 Oktober 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur, Malaysia.
Tema utama ialah “Keterangkuman dan Kemampanan”, menumpukan kepada pembangunan serantau yang inklusif, lestari, dan mampu menghadapi cabaran global, dengan fokus pada pengukuhan komuniti ASEAN dan kerjasama strategik dengan rakan dialog antarabangsa.
– Memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan
– Menarik pelaburan strategik dalam kawasan ASEAN
– Memperluas jaringan strategik dengan negara Teluk (GCC) dan China
– Integrasi rantau ASEAN sebagai kuasa ekonomi dunia
– Isu keselamatan dan keamanan serantau
– Isu pemerkasaan wanita, perubahan iklim dan pembangunan mampan.
– Pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN
– Negara rakan dialog seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Australia, Kanada, New Zealand, dan Kesatuan Eropah
– Tetamu khas kawasan GCC, Brazil, Afrika Selatan serta negara kuasa besar lain
– Kehadiran Presiden Donald Trump dari Amerika Syarikat turut disahkan.
Ketua ASEAN untuk tahun 2025 adalah Malaysia. Malaysia secara resmi memegang jabatan Ketua ASEAN sejak 1 Januari 2025.
Ya, Donald Trump disahkan akan hadir, mewakili Amerika Syarikat, atas mandat diplomatik yang dipegang oleh Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini.
Ya, beberapa jalan dan lebuh raya utama di Kuala Lumpur akan ditutup mulai 26 hingga 28 Oktober 2025 bagi memastikan kelancaran pergerakan delegasi dan keselamatan acara.
Antara yang dijangka hadir ialah Presiden China, Xi Jinping, Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, dan beberapa pemimpin dari Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan negara Teluk.




