Tembikai : Khasiat Buah & Simbol Solidariti Palestin

Tembikai (Watermelon) : Khasiat Buah & Simbol Solidariti Palestin

Buah tembikai sering dijadikan pencuci mulut. Ia bukan sekadar sedap dimakan, tetapi buah ini kaya dengan nutrien seperti kalium, vitamin A, vitamin C serta antioksidan.

Selain itu, kandungan air yang tinggi dalam buah tersebut membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tembikai untuk memperoleh manfaat nutrien yang terkandung di dalamnya.

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang buah ini dan juga beberapa fakta bagaimana ia menjadi simbol solidari bagi Palestin.

Nama Saintifik & Khasiat Tembikai

Nama Saintifik = Citrullus lanatus

Kandungan tinggi lycopene dalam tembikai berkesan dalam melindungi sel daripada kerosakan dan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Selain itu, kandungan utama dalam buah ini adalah:

  • Vitamin C : Baik untuk Ketahanan tubuh
  • Vitamin A : Baik untuk mata dan kulit
  • Potasium : Baik untuk tekanan darah
  • Citrulline : Untuk melancarkan peredaran darah
  • Kalori Rendah : Snek baik tanpa perlu rasa bersalah!
  • Mengandungi 92% Air : Memberi kesegaran dan hidrasi

Menurut satu kajian di Purdue University :

  • jus tembikai sebelum senaman membantu mengurangkan kesakitan otot pada hari berikutnya
  • mungkin sangat penting untuk wanita yang lebih tua. Satu kajian mendapati bahawa wanita menopaus yang mengambil ekstrak tembikai selama enam minggu mendapati penurunan tekanan darah dan arterial stiffness berbanding dengan mereka yang tidak mengambil ekstrak tembikai

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara khasiat tembikai termasuklah:

  1. Menyokong sistem imuniti badan
  2. Mengawal tekanan darah
  3. Baik untuk kesihatan kulit dan mata
  4. Membantu fungsi otot
  5. Membantu mengurangkan risiko kanser
  6. Membantu kesihatan jantung
  7. Membantu mengekalkan hidrasi badan.

Kenapa Ia Menjadi Simbol Solidariti Palestin?

Ada apa dengan Tembikai Palestin?

Tembikai merupakan sebuah simbol kempen bagi bersolidariti menentang kekejaman terhadap anak-anak di Gaza.

@farhatulfairuzah

SALAM JUMAAT! Letss comment ” 🍉❤️” Tembikai digunakan sebagai simbol 🍉perlawanan bagi Palestine, kerana sejak tahun 1967 bendera Palestin di larang oleh isra*I. maka digunakanlah tembikai sebagai simbol, Kerana perpaduan dari warna yang ada di buah tembikai seperti Bendera Palestina, Merah, Hijau, Putih, Hitam. dan emoji diqunakan untuk menghindari shadow ban sosmed (mungkin ini hanya Al but…It is truly visible how happy they are, and cry remembering the suffering they feel every day) #freepal

♬ sunet original – speed songs 😛

Buah ini muncul sebagai satu tanda protes rakyat Palestin dimana bendera Palestine dilarang untuk dikibarkan secara umum semenjak perang 1967.

Penggunaan simbol buah ini adalah lambang protes selama perang enam hari yang terjadi pada tahun 1967 di antara Israel dengan negara-negara Mesir, Syria, dan Jordan.

Untuk menghindari larangan itu, orang-orang Palestin menggunakan buah Tembikai untuk dijadikan bentuk bendera.

Warna Tembikai yang mempunyai warna yang sama dengan bendera Palestin menjadi pengganti sebagai simbol penentangan.

tembikai palestin
Sumber: IKIMfm

Selain itu, emoji buah ini juga diqunakan untuk menghindari ‘shadow ban’ di sosial media yang menyebabkan kurangnya ‘reach’ dan mungkin menyebabkan sesuatu hantaran dihadkan, ditanda sebagai ‘hate speech’, atau dipadam kerana seperti kita tahu, algorithm media sosial boleh dikawal oleh pembangun aplikasi Facebook, X, Instagram, Tiktok, dan sebagainya.

Jadi, anda dah fahamkan kenapa media sosial dibanjiri dengan emoji tembikai akhir-akhir ini?

Berikut dikongsikan antara imej buah ini yang semakin banyak digunakan di media sosial:

tembikai palestin
tembikai palestin
khasiat tembikai palestin
NOTA: Gambar-gambar diatas bukan milik laman web ini, ia diambil daripada pelbagai sumber yang dikongsikan oleh pengguna media sosial di Facebook dan X.

Ayuh, jom sama-sama kita bersolidariti terhadap penentangan ini.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!