Khairat Kematian STR 2026 (SKK): Syarat & Permohonan

khairat kematian STR 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Khairat Kematian STR 2026 (Skim Khairat Kematian -SKK) boleh dimohon oleh waris pemohon/pasangan yang lulus STR yang telah meninggal dunia. nisiatif ini merupakan salah satu bentuk keprihatinan Kerajaan Malaysia bagi meringankan beban kewangan keluarga penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekiranya berlaku kematian. Layari portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk semakan dan permohonan.

Bagi tahun 2026, jumlah bantuan Khairat Kematian yang diberikan adalah sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

Apa Itu Skim Khairat Kematian 2026 (SKK)?

Skim Khairat Kematian 2026 (SKK) adalah satu inisiatif bantuan kewangan daripada Kerajaan Malaysia yang diberikan kepada waris penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang telah meninggal dunia.

Tujuan utama skim ini adalah untuk mengurangkan beban kos pengurusan jenazah dan memberikan sokongan kewangan segera kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga tersayang.

SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2025 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.

Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

Syarat

Berikut ialah syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon bantuan khairat kematian STR 2026:

1. Permohonan berstatus Lulus STR 2026 bagi kategori:

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; atau
  • Warga Emas Tiada Pasangan
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2026.

2. Individu meninggal dunia yang layak SKK…

  • Pemohon.
  • Pasangan yang wujud pada borang Permohonan Lulus STR 2026 dan berstatus Warganegara.

Hubungan Waris yang Layak Tuntut SKK STR 2026

1. Permohonan Kategori Kahwin:

  • Pasangan (wujud pada permohonan STR 2026); atau
  • Pemohon diberi keutamaan untuk tuntutan SKK sekiranya Pasangan (wujud pada permohonan STR 2026) meninggal dunia; atau
  • Waris berdaftar pada Permohonan STR 2026 sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN. Bawa bersama dokumen sokongan tambahan.

2. Permohonan Kategori Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai Anak yang menepati syarat atau Warga Emas Tiada Pasangan.

  • Waris berdaftarpada Permohonan STR 2026.

3. Hubungan Waris yang layak adalah:

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
  • Anak Kandung
  • Anak Tiri
  • Anak Angkat
  • Adik-Beradik

Jumlah & Jenis Bantuan

Bantuan yang diberikan adalah berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM1,000 tunai.

Tempoh Permohonan

Berikut merupakan tempoh permohonan bagi bantuan Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) str 2026:

Tarikh Kematian 
Pemohon/Pasangan
 yang LULUS STR 
Tarikh Tempoh Tuntutan SKK 
Jumlah Tuntutan SKK 

01 Januari 2026 – 31 Disember 2026Akan dikemaskiniRM1,000.00 

Cara Memohon Skim Khairat Kematian STR 2026 (SKK)

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

Sebelum ke bank, pastikan anda adalah waris yang sah dan berdaftar dalam sistem STR 2026. Semak kelayakan waris di portal MySTR.

  1. Layari portal rasmi MySTR.
  2. Log masuk menggunakan No. MyKad dan kata laluan anda.
  3. Semak bahagian Maklumat Waris. Hanya waris yang namanya tertera di situ sahaja yang layak melakukan tuntutan di bank.
  4. Pastikan status permohonan STR si mati adalah LULUS.

Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK di BSN ialah:  

  • Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
  • Dokumen Pengenalan Diri asal Waris; atau
  • Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Contonhya seperti:
    • Sijil kematian Pemohon / Pasangan jika Pemohon / Pasangan berdaftar meninggal dunia; atau
    • Surat pengesahan hospital jika Pemohon / Pasangan menerima rawatan di hospital; atau
    • Surat pengesahan yang menunjukkan Pemohon / Pasangan uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
    • Kad Orang Kurang Upaya (OKU) ; atau
    • Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas Pemohon / Pasangan yang menunjukkan bukti Pemohon / Pasangan berada di luar negara; atau
    • Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (salinan atau asal) jika Pemohon/ Pasangan berada di penjara atau Pusat Serenti; atau

Tempoh masa Surat Pengesahan

  • ➢ Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara; atau
  • ➢ Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan
  • ➢ Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2026).

Kaedah Tuntutan

Tuntutan tunai sebanyak RM1,000 hanya boleh dibuat di:

  • Mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.
  • Hadir ke kaunter dan maklumkan anda ingin membuat Tuntutan SKK STR 2026.

NOTA: Sekiranya si mati adalah pasangan yang bukan warganegara Malaysia, mereka tidak layak untuk menerima SKK walaupun pemohon utama lulus STR.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Khairat Kematian STR 2026, sila layari laman web STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Anda juga boleh muat turun dan semak informasi terkini mengenai bantuan ini yang dikongsikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah.

Soalan Lazim Skim Khairat Kematian 2026

Adakah semua penerima STR layak mendapat SKK?

Tidak semua. SKK hanya diberikan kepada waris bagi simati yang berstatus Lulus STR 2026 bagi kategori berikut:
Kategori Isi Rumah.
Kategori Warga Emas (Tiada Pasangan).
Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak.

Berapakah jumlah bantuan yang akan diterima?

Jumlah bantuan Khairat Kematian STR 2026 adalah sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak (sama ada pemohon atau pasangan yang meninggal dunia).

Bilakah tarikh kematian yang melayakkan tuntutan dibuat?

Kematian mestilah berlaku dalam tempoh 1 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2026.

Di manakah tuntutan SKK boleh dibuat?

Tuntutan boleh dibuat secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia.

Bolehkah waris yang tidak didaftarkan dalam borang STR membuat tuntutan?

Secara teknikal, BSN hanya akan membayar kepada waris yang didaftarkan dalam sistem MySTR. Sekiranya waris tidak didaftarkan, waris terdekat perlu merujuk ke pejabat LHDNM berdekatan untuk mendapatkan nasihat atau surat pengesahan pertalian.

Apakah dokumen yang perlu dibawa ke bank?

Waris wajib membawa:
Sijil Kematian Asal daripada JPN.
Kad Pengenalan Asal Waris.
Dokumen Pembuktian Pertalian (Contoh: Sijil Lahir atau Sijil Kahwin).

Adakah terdapat had tempoh untuk menuntut?

Ya. Tuntutan biasanya perlu dibuat selewat-lewatnya pada 31 Januari 2027 (tertakluk kepada pindaan rasmi Kementerian Kewangan). Adalah dinasihatkan untuk menuntut secepat mungkin selepas urusan kematian selesai.

Bagaimana jika pasangan si mati bukan warganegara?

SKK hanya layak dituntut sekiranya si mati (pemohon atau pasangan) adalah Warganegara Malaysia sahaja. Jika pasangan bukan warganegara meninggal dunia, tiada bayaran SKK akan diberikan.

Jika pemohon dan pasangan meninggal dunia serentak, adakah waris dapat RM2,000?

Ya, sekiranya kedua-duanya memenuhi syarat kelayakan dan merupakan warganegara, waris boleh menuntut RM1,000 bagi setiap kematian (Total RM2,000).

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut