Keluarga Malaysia: Konsep, 3 Teras Utama, Lirik Lagu Tema & Logo

Konsep ‘Keluarga Malaysia’ telah menjadi sebutan apabila ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia dianggap sebagai satu simbol kebersamaan yang inklusif dalam menghadapi krisis akibat pandemik COVID-19.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang konsep secara lebih terperinci.

Pengenalan Konsep Keluarga Malaysia

Konsep Keluarga Malaysia dicetuskan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pada 22 Ogos 2021 dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Pendekatan ini diperkenalkan dengan mengajak rakyat pelbagai agama, bangsa dan kaum bersama-sama untuk memulihkan semula keadaan negara ini.

‘Keluarga Malaysia’ jelas menunjukkan kepentingan institusi keluarga dalam menghadapi situasi yang mencabar.

keluarga malaysia

3 Teras Utama

Konsep ‘Keluarga Malaysia’ telah menggariskan tiga teras utama dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bekerja secara bersama-sama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik Covid-19.

3 teras utama yang digariskan adalah:

  1. Keterangkuman (inclusivity)
  2. Kebersamaan (common ground)
  3. Kesyukuran (contentment)

KETERANGKUMAN

Dalam konteks negara, kita adalah #KeluargaMalaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia. Meskipun berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya, kita meraikan ‘keterangkuman’ (atau inclusivity) dalam perbezaan, menjunjung semangat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

KEBERSAMAAN

Pelbagai gerak kerja dan usaha merentas kementerian dan agensi diatur bagi memudah cara pelaksanaan program dan inisiatif, untuk rakyat dengan pantas dan berkesan. Ini merupakan usaha mencari ‘kebersamaan’ (atau common ground) agar pemegang taruh utama iaitu #KeluargaMalaysia merasai nikmatnya.

KESYUKURAN

Toleransi masyarakat yang berbeza agama, bangsa dan kaum dalam kalangan #KeluargaMalaysia sudah berlangsung puluhan tahun. Namun, tidak mudah mempertahankan payung toleransi andainya #KeluargaMalaysia meminggirkan nilai-nilai yang boleh mewujudkan konflik dan perbezaan. Rasa ‘kesyukuran’ (atau contentment) terhadap toleransi ini telah diterjemahkan sebagai salah satu ciri-ciri #KeluargaMalaysia.

Manakala antara pengkayaan nilai di bawah tiga teras ini adalah seperti berikut :

  • Menyemai budaya integriti dalam keluarga
  • Menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga
  • Menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga
  • Menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga
  • Menerapkan budaya ilmu dalam keluarga dan masyarakat
  • Menyuburkan budaya komunikasi berhemah dalam keluarga dan masyarakat
  • Membina akhlak mulia seluruh anggota keluarga

Bersandarkan konsep ini, negara akan dipacu untuk keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi, seterusnya menjamin kesejahteraan setiap penduduk di negara bertuah ini.

Kepentingan / Visi

Kepentingan konsep Keluarga Malaysia ini adalah untuk memulihkan negara dan mencapai status Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi.

keluarga malaysia

Bidang tumpuan utama merangkumi:

  1. Memulih semula dan merapatkan jurang ekonomi
  2. Menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia di bawah naungan Keluarga Malaysia
  3. Mengetepikan perbezaan politik untuk mencapai kestabilan
keluarga malaysia

Lagu Keluarga Malaysia

Berikut dikongsikan lagu tema #KeluargaMalaysia yang diterbitkan oleh Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI) dan Rocketuel Entertainment.

LIRIK : Tan Sri Datuk Seri Pangila TPr. Annuar Haji Musa

KOMPOSER : Jerry

keluarga malaysia

Nun dilangit
Cahaya bersinar
Menyinari bumi merdeka

Ini masa
Buang permusuhan
Padamkan sengketa dijiwa
Ayuh buka
Pintu pintu dihati
Rapatkan jurang satukan tekad azam untuk Malaysia

Ayuh kita
Bersama bangunkan semula
Rapatkan
Hatimu hapuskanlah kebencian

Ayuh kita
Zahirkan impian bersama
Menjunjung
Semangat yang bernama keluarga
Malaysia

MUSIC BRIDGE

Dari timur barat dan selatan
Ini lah masanya bersama

Ayuh kita
Henti menuding menyalah
Tegaskan
Niatmu sempurnakan keazaman

Hanya kita
Rakyat berbagai bangsa
Mampu membangunkan membentukkan arah untuk Malaysia

Ayuh kita
Bersama bangunkan semula
Rapatkan
Hatimu hapuskanlah kebencian

Ayuh kita
Zahirkan impian bersama
Menjunjung
Semangat yang bernama

Keluarga
Malaysia

Logo Keluarga Malaysia

Muat turun :

Lawati Laman Web Rasmi Keluarga Malaysia

Maklumat Lanjut

Muat turun eBook #KeluargaMalaysia:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!