Kelas Aliran Agama : Mata Pelajaran & Syarat Permohonan

kelas aliran agama
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kelas Aliran Agama merupakan salah satu alternatif bagi murid yang ingin meneruskan pembelajaran agama di peringkat sekolah menengah.

Menerusi kelas ini, murid boleh mengambil beberapa subjek aliran agama walaupun mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Mengenai Kelas Aliran Agama

Secara umumnya, KAA merupakan kelas aliran agama di SMK dan tidak semua sekolah mempunyai kelas ini.

Jika dilihat kepada sekolah agama, terdapat beberapa pilihan sekolah agama bagi peringkat menengah iaitu:

  • SMKA yang merupakan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • SAM/SAMT/SMA/SMAT di bawah Jabatan Agama Islam Negeri.
  • Sekolah Berasrama Penuh Agama (SBPA) seperti SMAP, KISAS, SBPI.
  • MRSM Ulul Albab
  • SMK aliran KAA
  • Sekolah agama swasta

Untuk KAA, ianya diwujudkan bagi menampung permohonan murid ke SMKA yang terhad dan dilaksanakan secara rintis di SMK pada tahun 1987.

SMKA yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan ibu bapa berikutan pencapaian prestasi murid-murid yang meningkat.

Ini disebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula tidak lagi bercadang untuk menambah bilangan SMKA maka keperluan kepada aliran seperti yang dilaksanakan di SMKA amat diperlukan dan diperluaskan di Sekolah Menengah Harian Biasa iaitu melalui kelas KAA.

Pada Februari 1990, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, telah meminta Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri menubuhkan KAA di Sekolah Menengah Kebangsaan yang terpilih.

Hasilnya, pada tahun 1992, KAA telah mula ditawarkan di 130 buah sekolah di Malaysia.

Objektif KAA

Objektif kelas ini diwujudkan adalah untuk:

  • Dapat memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke SMK Agama tetapi dapat bersekolah dengan aliran yang sama di sekolah biasa.
  • Dapat membantu para pelajar yang berminat mempelajari mata pelajaran Bahasa Arab.
  • Belajar subjek agama dengan lebih sempurna dan berjaya dengan lebih cemerlang.
  • Dapat membentuk para pelajar mengikut Pendidikan Islam yang sempurna agar menarik lagi minat para pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab yang merupakan bahasa al-Quran.

Kelebihan KAA

Kelebihan kelas ini bagi murid yang mengambilnya adalah seperti berikut:

  • Dapat mempelajari Bahasa Arab
  • Dapat mempelajari ilmu berkait Quran seperti Tarannum, Qiraat, Hafazan, Tajwid dan Ulum Al-Quran
  • Dapat mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam melalui subjek Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah (peringkat menengah atas).
  • Dapat memupuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik.
  • Dapat melahirkan insan professional yang islamik.

Mata Pelajaran KAA

Mata pelajaran untuk kelas ini adalah seperti berikut:

i- Tingkatan 1 hingga 3

Subjek Teras:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Agama Islam
  • Geografi
  • Sejarah
  • ASK (Asas Sains Komputer) / RBT (Reka Bentuk Teknologi)
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Seni Visual (PSV)
  • Bahasa Arab & Kelas KKQ (Kelas Kemahiran Quran)

ii- Tingkatan 4 dan 5

Subjek Teras:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah

Subjek Sains Tulen (Elektif):

  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

Subjek Agama:

  • Syariah Islamiah
  • Al-Quran dan Sunnah
  • Bahasa Arab

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan untuk memasuki kelas ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lepasan murid Tahun 6.
  3. Mempunyai pelaporan PBD Tahun 6.
  4. Mempunyai penilaian j-QAF,UPKK.
  5. Mempunyai pentaksiran Psikometrik, PAJSK.

Senarai KAA

Seranai KAA di Selangor boleh dirujuk melalui di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai KAA, sila layari pautan https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2023/02/1070179/kelas-aliran-agama-alternatif-smka.

Baca juga: Program Pelajar Cemerlang (PPC) Matrikulasi 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut