Koleksi Kata-Kata Hikmah Tentang Kehidupan & Kejayaan

Segala perkara yang berlaku di sekeliling kita anda sebabnya dan kata-kata hikmah di bawah mengingatkan kita setiap perkara buruk atau baik yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Kata-kata hikmah ini mampu menjadikan kita sentiasa reda dan ketentuan takdir dan mengubah persepsi kita bahawa sentiasa ada sinar cahaya di hujung terowong.

Koleksi kata hikmah tentang kehidupan

kata-kata hikmah kehidupan

Berikut merupakan koleksi kata-kata hikmah tentang kehidupan:

  • Kebijaksanaan menjanjikan kebahagiaan dan kekayaan. Tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
  • Jangan sesekali pernah membenci seseorang yang telah melukakan hati kita kerana mungkin orang yang telah melukakan hati kita itu juga pernah buat kita tersenyum pada suatu ketika dahulu.
  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  • Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
  • Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  • Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
  • Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.
  • Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.
  • Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.
  • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Artikel menarik: 30 Mutiara Kata Inspirasi, Hikmah & Panduan Hidup (Islamik)

Kata-kata hikmah tentang kejayaan

Berikut merupakan koleksi kata-kata hikmah tentang kejayaan:

  • Kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta, namum kekayaan adalah hati yang selalu merasa cukup.
  • Ketika kamu lahir kamu menangis dan orang lain tersenyum. Maka jalanilah hidup kami sehingga ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang lain menangis.
  • Ada ketikanya hidup kita ini terlalu jauh daripada apa yang kita harapkan. Tapi, jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk kita mencari bahagia.
  • Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.
  • Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.
  • Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
  • Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
  •  Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.
  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  • Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.

Artikel berkaitan: 100+ Quote Tentang Kejayaan, Kata-Kata Bijak Kehidupan

Kata-kata hikmah tentang kegagalan

Berikut merupakan koleksi kata-kata hikmah tentang kegagalan:

  • Disaat kita hilang semangat untuk berusaha, fikirkan semula kenapa kita memulakannya dulu.
  • Jangan takut mencuba perkara baru dalam kehidupan. Kalau kita berjaya, Alhamdulillah. Kalau gagal, kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan.
  •  Jangan terlalu menangis dengan apa yang hilang sehingga terlupa untuk tersenyum dengan apa yang masih ada.
  • Sakit dalam perjuangan itu hanya sementara, namun jika menyerah, rasa sakit itu akan terasa selamanya.
  • Jalanilah hari-hari kita dengan senyuman. Meskipun pahit tetaplah tersenyum kerana ia pengubat hati yang sakit.
  • Kesedihan dan dugaan yang kita rasakan hari ini akan membuatkan kita lebih kuat untuk menghadapi hari esok. Jangan putus asa, tentu ada hikmah yang manis dibalik semua kejadian yang menimpa kita yang kita tidak mengetahuinya.
  • Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
  • Berhenti sia-siakan hidup menunggu dia yang tak akan pernah jadi milikmu. Hidupmu terlalu berharga untuk itu.
  • Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.
  • Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!