‘Kami Guru Malaysia’ : Ikrar, Lirik Lagu & Video Rasmi KPM

KAMI GURU MALAYSIA (LAGU HARI GURU 16 MEI)

Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang banyak berjasa.

Panggilan keramat “cikgu” akan kekal terpahat di sanubari.

Puisi ini didedikasikan khas buatmu “GURU”.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

-Usman Awang, 1979-

Berikut dikongsikan lagu ‘ Kami Guru Malaysia ‘ bersama lirik dan video rasmi oleh KPM.

Lagu Kami Guru Malaysia

Siapakah pencipta asal lagu penuh semangat rentak Cha Cha ‘Kami Guru Malaysia’?
Lagu tersebut dicipta oleh arwah Cikgu Hashim Ahmad.

Beliau juga merupakan bekas guru di Kedah dan lagu itu dipertandingkan dalam Pertandingan Menulis Lagu & Lirik Guru Malaysia tahun 1988.

Agaknya, kalau Cikgu berkecimpung dalam bidang seni secara aktif, mungkin banyak lagu popularnya sekarang.

Kami guru malaysia

LAGU KAMI GURU MALAYSIA

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Selamat Hari Guru (16 Mei)

Adaptasi & Kredit: Mahadzir Mad Said & Fali Azman

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami

Guru-guru negara Malaysua

Dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami

Dan menyatakan keyakinan kami

Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti

Kepada masyarakat dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan negara

Kami mengamalkan Prinsip Rukun Negara

Pada setiap masa.

Kredit: Wardah Ibrahim, BBM Hawada Galeri Ilmu

Perutusan Hari Guru 2022

Baca juga:

Tema Hari Guru 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!