Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA) – Kira Kenaikan Gaji 2024

Pengumuman khas dan perincian mekanisme pengiraannya yang berkaitan dengan kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam telah dibuat oleh kerajaan pada 16 Ogos 2024 semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2 – PM Datuk Seri Anwar Ibrahim

gaji penjawat awam pelarasan

Julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh penjawat awam adalah di antara 16.8 peratus hingga 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda.

Berikut dikongsikan info terkini berkaitan kenaikan gaji yang diumumkan oleh pihak Kerajaan bagi tahun 2024.

Pengenalan

Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.

Datuk Seri Anwar turut memberi jaminan akan menawarkan apa jua perkara yang munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.

Berikut adalah pengumuman terkini yang disampaikan oleh Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

  • Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember 2024
  • Ganjaran hanya diberikan pada kakitangan awam yang berkhidmat dengan setia, amanah dan cemerlang
  • Jangan pandang ringan dan remeh soal nilai dan integriti yang menjadi tonggak perkhidmatan awam
  • Kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam dipertingkat kepada SPM atau setara
  • PM Anwar mahu suatu ikhtiar, iltizam serta pentadbiran baharu dilaksanakan tanpa tolak ansur oleh penjawat awam
  • Kerajaan rakam penghargaan kepada Tan Sri Mohd Zuki Ali atas perkhidmatan cemerlang sepanjang dilantik sebagai KSN
  • Pelaksanaan SSPA adalah satu keputusan adil kepada penjawat awam, bukan tarik minat dan sokongan
  • Kerajaan akan melaksanakan Rasionalisasi Pejabat-Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri berkuatkuasa pada 1 Januari 2025
  • Kerajaan akan laksana sistem penilaian prestasi tahunan baharu bagi menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan kepada MyPERFORMANCE
  • Ketua Jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib, jejaskan peluang kenaikan pangkat
  • Kerajaan bersetuju untuk menambah baik aspek pengurusan prestasi, tatakelakuan dan pengurusan tatatertib
  • Kenaikan pangkat, penempatan pegawai berpadanan dengan kompetensi sesuatu perjawatan (right person for the right post)

TARIKH PELAKSANAAN & FASA PELARASAN GAJI SSPA 2024-2026

  • Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
  • Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2
  • Pelarasan gaji Pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2
gaji penjawat awam

Pelarasan gaji akan dilaksanakan secara 2 fasa untuk mengelakkan inflasi.

Kumpulan Pelaksana dan pengurusan profesional :
Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 8%
Fasa 2 (1 Jan 2026) : 7%

Kumpulan Pengurusan Tertinggi :
Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 4 %
Fasa 2 ( 1 Jan 2026) : 3 %

Simulasi jumlah pendapatan bulanan selepas kenaikan gaji :

Simulasi jumlah pendapatan bulanan selepas kenaikan gaji :

Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA)

Jom kira gaji baharu anda!

Untuk makluman, Kalkulator Gaji SSPA boleh diakses di pautan : https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

Baca juga : Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar, Gaji Pokok, Gaji Hakiki & Perbezaannya

Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA)
https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

Untuk menonton LIVE Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Madani 2024 (MAPPA XIX), sila ikuti :

BACA JUGA:

Bantu kami share artikel ini: