Program Bantuan Kad Perak Sejahtera

Kad Perak Sejahtera (dahulunya dikenali sebagai kad Perak Prihatin) merupakan sebuah program bantuan di bawah Program Perak Prihatin.

Kerajaan Negeri meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kebajikan dan kesehahteraan rakyat sentiasa meningkat dn bertambah baik.

Program Perak Prihatin

Perak Prihatin adalah program kebajikan khusus untuk Kumpulan B40

Program itu bertujuan mengurangkan kos sara hidup melalui bantuan kewangan daripada Perak Prihatin, di mana mereka akan mendapat akses kepada penjagaan kesihatan dan pembelian barangan asas.

Penerima bantuan ini boleh mendapatkan penjagaan kesihatan asas di klinik panel & membeli barangan asas di kedai dan pasar raya berdaftar tanpa tunai.

Program ini telah dilaksanakan bermula tahun 2019 di mana seramai 17,000 penerima telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program ini.

Bagi terus membela dan memastikan kebbajikan rakyat di negeri Perak terus dipertingkatkan Kerajaan Negeri Perak telah meneruskan pelaksanaan program ini yang memanfaatkan 20,000 orang penerima pada tahun 2020 dan 2021.

Baca lagi: Maksud B40 & Senarai Bantuan B40

Kad Perak Sejahtera diperkenalkan dalam Program Perak Prihatin bagi memudahkan penerima manfaat ini menikmati segala kemudahan ini.

Manfaat program

Bagi pemegang Kad Perak Sejahtera, mereka akan memperoleh manfaat makanan sebanyak RM90.00, telah dinaikkan daripada RM80.00 sebulan daripada sebelum ini.

Jumlah ini telah berkuatkuasa Januari 2023.

Pada bulan Februari 2023 pemegang kad ini akan menerima wang yang akan dimasukkan kedalam kad sebanyak RM100.00 sahaja, ini kerana jumlah baki RM10.00 yang tidak dimasukkan kedalam kad pada Januari 2023.

Pada bulan Mac 2023 penerima bantuan Kad Perak Sejahtera akan menerima wang yang akan dimasukkan ke dalam kad seperti biasa iaitu RM90.00 sahaja.

Bagi penggunaan manfaat kesihatan masih kekal iaitu RM75.00 untuk setiap kali rawatan.

Manakala had pembiayaan kesihatan adalah RM150.00 setahun.

Semakan kelayakan

Anda boleh semak kelayakan anda untuk permohonan Kad Perak Sejahtera dengan memasukkan kad pengenalan anda di halaman https://member.perakprihatin.com/site/login

Pengaktifan kad

Kad Perak Sejahtera ini perlulah diaktifkan terlebih dahulu sebelum manfaatnya boleh dinikmati oleh setiap pemegang kad.

Anda boleh mengaktifkan kad secara online di pautan berikut https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp

Cara penggunaan

Berikut merupakan prosedur bagi penggunaan kad ini.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan Kad Perak Sejahtera boleh hubungi Pusat panggilan perkhidmatan di talian 1800 22 6600 atau Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak).

Talian: 05 526 9829
Emel: [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!