Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam

Bagi pelanggan Bank Islam, anda boleh memohon kad debit Bank Islam VISA yang mempunyai pelbagai kemudahan termasuklah pengeluaran wang tunai di mesin ATM seluruh negara.

Selain itu, ianya juga boleh berfungsi untuk pengeluaran wang tunai di mesin ATM, kad ini dapa berrfungsi seperti kad kredit VISA dan anda boleh menggunakannya apbila pergi ke luar negara.

Kelebihan kad debit Bank Islam VISA

  1. Kemudahan Pembayaran Terus dari akaun simpanan/semasa/Al-Awfar anda.
  2. Pembayaran Tanpa Sentuh untuk pembelian runcit dengan menggunakan aplikasi payWave.
  3. Kemudahan Pembayaran Terus dari akaun simpanan/semasa/Al-Awfar anda.
  4. Penerimaan yang luas di lebih 30 juta rangkaian perniagaan dan pembekal servis Visa di seluruh dunia.
  5. Kemudahan Melaksanakan Transaksi Akaun Tabung Haji.
  6. Melakukan pembayaran bil dan pembelian melalui internet dan Perbankan Mudah Alih-i TAP
  7. Kemudahan Pengeluaran Tunai di stesen minyak Petronas terpilih.
  8. … dan banyak lagi

Cara mengaktifkan

kad debit Bank Islam

Secara umumnya, terdapat 2 cara untuk mengaktifkan kad anda iaitu:

  1. Secara dalam talian atau online
  2. Melalui panggilan khidmat pelanggan

Pengaktifan secara online

Kaedah pertama ini sangat mudah anda hanya perlu memastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil. Kemudian ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Layari alamat https://cif.bankislam.com.my/CNP/
  2. Isikan segala maklumat dan butiran dalam halaman tersebut antaranya:
    • CUSTOMER NAME
    • NRIC NO.(NEW)
    • DEBIT CARD NO
    • VALID THRU (CARD EXPIRY DATE)
    • LAST TRANSACTION
    • MOTHER MAIDEN NAME
    • MOBILE NO.
  3. Kemudian, pada bahagian pilihan pengaktifan anda boleh memilih untuk menngaktifkan fungsi transaksi online, transaksi luar negara atau kedua-duanya.
  4. Masukkan tarikh mula pengaktifan dan tarikh tamat pengaktifan
  5. Masukkan Word Verification seperti yang tertera pada imej CAPTCHA untuk pengesahan
  6. Tandakan pada kota terma dan syarat sebagai tanda persetujuan
  7. Klik pada butang SUBMIT

Pengaktifan melalui talian khidmat pelanggan

Sebagai alternatifnya, anda boleh menghubungi terus bahagian Khidmat Pelanggan Bank Islam untuk proses pengaktifan ini. Caranya:

  1. Hubungi talian 03-26 900 900.
  2. Maklumkan kepada pegawai bertugas anda ingin mengaktifkan kad anda
  3. Pegawai tersebut akan meminta beberapa butiran daripada anda untuk tujuan pengesahaan
  4. Selesai

Adakah anda pelanggan Maybank? Cara Aktifkan Kad Debit Visa Maybank Untuk Kegunaan Online

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!