Jazakallah Khair (جَزاكَ اللهُ خَـيْراً) : Maksud & Cara Membalasnya

Jazakallah Khair (جَزاكَ اللهُ خَـيْراً) : Maksud & Cara Membalasnya

Dalam kehidupan seharian, sudah pasti kita pernah menerima kebaikan daripada seseorang. Tidak kiralah bantuan kecil ke, kata-kata semangat, atau apa-apa sahaja bentuk kebaikan.  

Kebaikan yang diterima layak dihargai dengan penuh syukur. Dalam Islam, ungkapan “Jazakallah Khair” menjadi salah satu cara untuk menyatakan rasa terima kasih atas kebaikan yang diberikan.

Jazakallah Khair (جَزاكَ اللهُ خَـيْراً) : Maksud & Cara Membalasnya

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai maksud Jazakallah Khair (جَزاكَ اللهُ خَـيْراً) dan bagaimana cara membalas ucapan ini. 

BACA JUGA: Doa Penerang Hati – Senarai Doa Untuk Penuntut Ilmu

Maksud Jazakallah Khair (جَزاكَ اللهُ خَـيْراً)

Jazakallah Khair adalah frasa dalam bahasa Arab yang membawa maksud “Semoga Allah membalas kebaikanmu”. 

Perkataan “جَزاكَ ” berasal daripada kata dasar “jaza,” yang bermaksud “membalas” atau “memberi ganjaran”.

Manakala “خَـيْراً ” bermaksud “kebaikan” atau “perbuatan baik.” 

Apabila digabungkan, frasa tersebut menunjukkan anda mengharapkan dalam erti kata yang lain mendoakan agar Allah memberikan balasan yang terbaik untuk orang lain. 

Ungkapan Jazakallah Khair adalah cara untuk mengucapkan terima kasih kepada seseorang atas kebaikan yang mereka lakukan.

Hadis Mengenai Ucapan Jazakallah Khair (جَزاكَ اللهُ خَـيْراً)

Islam adalah agama yang penuh dengan nilai kasih sayang serta harga-menghargai sesama manusia. Ia mengajar umatnya agar menjaga hubungan baik sesama manusia selain hubungan dengan Allah SWT, Maha Pencipta.

Menjaga hubungan baik sesama manusia termasuklah dengan melahirkan perasaan terima kasih dan penghargaan atas pertolongan yang diberikan.

Berterima kasih kepada manusia lain atas kebaikannya menjadi kayu ukur apakah seseorang itu dapat bersyukur kepada Allah atau tidak atas segala nikmat pemberian-Nya.

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

Maksudnya“Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.”

Manakala dalam hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ (جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا) فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Maksudnya“Sesiapa yang dilakukan padanya kebaikan, lalu dia berkata kepada orang tersebut: “Jazakallah khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sesungguhnya dia telah benar-benar meninggikan pujian.”

Riwayat al-Nasa’ie (9937) dan al-Tirmizi (2035)

Berdasarkan hadis di atas, umat Islam sangat digalakkan untuk saling membalas kebaikan. Apabila seseorang berbuat baik kepada kita, balaslah kebaikannya dengan kebaikan, iaitu dengan mengucapkan Jazakallah khairan. 

Cara Mengucapkannya

  • Apabila mengucapkan Jazakallah Khair kepada lelaki, katakan:

Jazaak-Allaahu Khairan/Khair: جَزاكَ اللهُ خَـيْراً

  • Apabila mengucapkan Jazakallah Khair kepada perempuan, katakan:

Jazaakillaahu Khairan/Khair : جَزاكِ اللهُ خَـيْراً

  • Apabila mengucapkan Jazakallah Khair kepada kumpulan, katakan:

Jazakum Allahu Khairan : : جَزاكم اللهُ خَـيْراً

Cara Membalas Ucapan Jazakallah Khair

Apabila hendak membalas ucapan Jazakallah Khair;

  • Kepada lelaki, katakan: wa iyyaka
  • Kepada wanita, katakan: wa iyyaki
  • Kepada kumpulan ramai, katakan: wa Iyyakum

Maksud balasan di atas ialah; Dan kepada kamu juga. 

Bila Perlu Ucapkan جَزاكَ اللهُ خَـيْراً?

Ungkapan “Jazakallah Khair” boleh diucapkan pada bila-bila termasuklah momen-momen kecil seharian. 

Contohnya seperti, ketika seseorang membantu anda menyelesaikan tugas, memberikan nasihat yang berharga, atau bahkan hanya tersenyum kepada anda. 

Dengan mengakui kebaikan dalam setiap tindakan, kita dapat mewujudkan persekitaran yang penuh dengan kasih sayang dan rasa saling menghargai.

Selain itu, kita juga hendaklah sentiasa membuat kebaikan agar kita tidak hanya menerima kebaikan, tetapi juga menjadi sumber kebaikan bagi orang lain.

Penutup

“Jazakallah Khair” adalah lebih dari sekadar kata-kata. Ia juga merupakan ungkapan yang menggambarkan rasa syukur yang mendalam atas kebaikan yang diterima. 

Jom kita amalkan ucapan ini dalam kehidupan kita!

RUJUKAN: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3053-al-kafi-1066-perlukah-berterima-kasih-pada-manusia-jika-semuanya-datang-dari-allah-swt

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!