Jadual Bayaran STR 2024: Tarikh Bantuan Fasa 1,2,3,4

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda perlulah tahu jadual bayaran STR bagi memudahkan anda melakukan perancangan perbelanjaan anda menggunakan wang bantuan yang dimasukkan ke dalam akaun anda.

Kerajaan melalui portal Malaysia Madani telah membuat makluman bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada bulan Ogos 2024.

Pemberian STR ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

sumbangan tunai rahmah

TERKINI – STR Fasa 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 2024 akan dibayar secara berperingkat pada bulan Ogos ini.

Sumber: Facebook rasmi Malaysia MADANI

Semakan STR Fasa 3 boleh dilakukan atas talian di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Tarikh & Jumlah Bantuan STR Fasa 1, 2, 3 dan 4

Bagi bayaran STR Fasa 1 yang lalu, Kerajaan telah menaikkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun lalu.

Dengan peningkatan ini, peruntukan bagi Fasa 1 telah bertambah sebanyak 26% kepada RM2.1 bilion daripada RM1.67 bilion pada tahun lepas dalam usaha untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024
Sumber: Risalah STR 2024 via Portal Manfaat

Sumber: Soalan Lazim STR 2024

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

 Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:

  • Mulai 29 Januari 2024

Kaedah Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:

  • Secara Dalam Talian
  • Secara Pengemukaan Borang Kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.

Bantu kami share artikel ini: