iOS 17: Cara Update & Apa Fungsi Terbaru iPhone Anda

Seiring pelancaran iPhone 15 baru-baru ini, Apple turut melancarkan iOS terbaru mereka iaitu iOS 17.

Bagi pengguna iPhone, anda kini boleh membuat kemaskini iOS masing-masing bermula hari ini.

Berikut cara-cara update iPhone anda ke iOS 17.

Pergi ke Seting > Umum > Kemaskini Perisian.

Sebelum install kemaskini pastikan bateri iPhone anda melebihi 50% atau anda boleh terus install sambil mengecas telefon anda.

Kebanyakkan reseller Apple telah menurunkan harga iPhone pada harga jauh lebih murah. Yang berminat boleh dapatkan daripada kedai-kedai terpilih Appple di sini.

Fungsi Terbaru iOS 17

iOS 17 membawakan beberapa ciri-ciri terbaru termasuklah fungsi customize skrin pemanggil untuk panggilan telefon.

Selain itu, iOS terbaru kini memudahkan pengguna iPhone untuk bertukar nombor telefon melalui fungsi NameDrop dengan hanya mendekatkan iPhone anda.

Untuk info lanjut tentang iOS 17, anda boleh rujuk portal rasmi Apple.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!