iPhone 15 Malaysia : Harga, Spesifikasi, Tempahan, Perbandingan

Akhirnya iPhone 15 yang ditunggu-tunggu dah release secara rasminya di Malaysia. Paling best, kali ini ada USB-C!

Jom kita tengok spesifikasi dan harga bagi model-model iPhone15 Pro dan iPhone15 Pro Max yang dilancarkan. Sumber ini kami rujuk daripada laman web rasmi Apple Malaysia sendiri.

Jadi, bagi yang berminat tu, bolehlah tengok lebih lanjut. Senang nak save duit siap-siap nanti kan?

Yang berminat boleh beli dari mana-mana Authorised Reseller Apple.

Pelancaran iPhone 15 Di Malaysia

Pengenalan iPhone15 telah dibuat dalam satu majlis khusus yang menggunakan tema ‘Wonderlust’, yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia pada 12 September 2023 (13 September waktu Malaysia).

Rekabentuk model ini didapati dalam dua saiz, iaitu 6.1 inci untuk iPhone 15 dan 6.7 inci untuk iPhone 15 Plus.

Tahun ini juga, model ini keluar dengan varian warna popular yang ditunggu-tunggu seperti merah jambu, kuning, hijau, biru, and hitam.

Kamera utama 48MP dan 100% focus pixels untuk autofocus.

Bateri iPhone 15 tahan sehari dan menariknya, model iPhone 15 ini boleh menggunakan USB-C untuk cas dan transfer data.

Jom tengok pengenalan iPhone15 melalui video di bawah:

Sumber video : Youtube rasmi Apple

Spesifikasi & Perbezaan Model

Variasi iPhone 15 Pro dan Pro Max dilengkapi dengan keupayaan cip grafik termaju sehingga mampu mengoperasikan genre permainan bertaraf AAA.

Perbezaan paling ketara antara kedua-dua model iPhone15 Pro dan iPhone 15 Pro Max adalah pada skrin bersaiz 6.1-inci dan juga 6.7-inci.

Berbeza dengan iPhone15 dan iPhone15 Plus, kedua-dua model ini menawarkan empat warna iaitu ‘Natural Titanium’, ‘Blue Titanium’, ‘White Titanium’ dan ‘Black Titanium’.

Kedua-dua model ini juga direka menerusi titanium gred aeroangkasa sekali gus menjadikan generasi iPhone paling ringan pernah diperkenalkan.

Sementara itu, i Phone 15 direka dengan skrin 6.1 inci, manakala iPhone15 Plus pula mempunyai skrin 6.7 inci.

Kedua-dua model ini menawarkan warna-warna yang menarik iaitu ‘Black’, ‘Blue’, ‘Green’, ‘Yellow’ dan ‘Pink’ seperti dalam gambar di bawah.

harga iphone 15 malaysia

*Untuk melihat perbandingan spesifikasi antara 4 model iPhone15 ini, sila rujuk pautan berikut: https://www.apple.com/my/iphone/compare/

P/S: Orang kata sekarang ni iPhone 14 dan iPhone 13 pula akan turun harga! Jom tengok juga senarai iPhone generasi terdahulu :

Senarai Harga iPhone 15, iPhone15 Pro, iPhone15 Plus & iPhone 15 Pro Max

Berikut dikongsikan senarai harga rasmi bagi iPhone 15 menurut laman web Apple :

iPhone15 (6.1 inci)

  • 128GB – RM4,399
  • 256GB – RM4,899
  • 512GB – RM5,899
iphone 15 malaysia

iPhone15 Plus (6.7 inci)

  • 128GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,399
  • 512GB – RM6,399
iphone 15 malaysia harga

iPhone15 Pro (6.1 inci)

  • 128GB – RM5,499
  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,999
  • 1TB – RM7,999

iPhone15 Pro Max (6.7 inci)

  • 256GB – RM6,499
  • 512GB – RM7,499
  • 1TB – RM8,499

Tarikh Tempahan, Pembelian Fizikal & Senarai Outlet Apple Seluruh Malaysia

Untuk makluman, tempahan (pre-order) dibuka bermula 22 September melalui laman web rasmi Apple, iaitu di pautan https://www.apple.com/my/shop/buy-iphone

Anda juga boleh mendapatkannya secara fizikal di outlet-outlet Apple / Switch mulai 29 September 2023.

Sila rujuk senarai outlet jualan produk Apple terdekat di SINI.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Apple : https://www.apple.com/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!