Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Jabatan Pertanian telah membuka permohonan Insentif Pengeluaran Tanaman Makanan yang boleh dipohon menerusi https://t.me/mydoa_hq/2491.
Permohonan terbuka kepada pengusaha berdaftar GeoTanaman yang memiliki sijil myGAP atau myOrganic serta akaun Agrobank aktif bagi menyokong keterjaminan makanan negara.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai insentif ini.

Mengenai Insentif Pengeluaran Tanaman Makanan
Insentif Pengeluaran Tanaman Makanan diperkenalkan bagi menggalakkan peningkatan hasil tempatan dalam situasi krisis tenaga global.
Selain itu, insentif ini sebagai galakan kepada pengusaha untuk meningkatkan hasil tanaman dan menyokong keterjaminan makanan negara.
Melalui insentif ini, jumlah bantuan akan dikira berdasarkan hasil pengeluaran semasa dengan had maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap penerima.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kos pengeluaran, malah menggalakkan pengeluaran makanan tempatan secara lebih mampan.
Jumlah Insentif
Kadar bantuan adalah RM200 Per Tan Metrik dan jumlah bantuan dikira berdasarkan hasil pengeluaran semasa dengan had maksimum RM1,000 bagi setiap penerima.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang berdaftar di GeoTanaman.
- GAP Memiliki sijil myGAP atau myOrganic yang sah untuk tanaman makanan sahaja.
- Pembayaran hanya dibuat melalui pindahan EFT ke akaun Agrobank atas nama pemohon yang sah.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Penghantaran Borang: Muat turun borang permohonan di pautan https://www.doa.gov.my/doa/resources/aktiviti_sumber/sumber_awam/muat_turun/borang_permohonan_pembiayaan_bersasar_myGAP_myOrganic_subsektor_tanaman.pdf. Sertakan borang permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan ke Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran.
- Penilaian Dokumen: Pejabat Pertanian Daerah akan mengesahkan permohonan dan memajukannya ke Jabatan Pertanian Negeri untuk pengesyoran.
- Kelulusan & Pembayaran: Kelulusan akhir dibuat oleh Ketua Pengarah Pertanian dan bayaran akan dikreditkan terus oleh Agrobank.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Dokumen Identiti & Pensijilan: Salinan Kad Pengenalan (IC) atau SSM, serta salinan sijil myGAP/myOrganic yang masih dalam tempoh sah laku.
- Rekod Hasil Pengeluaran: Ringkasan pengeluaran, rekod jualan, dan invois yang disahkan (Borang A, B, dan C)
- Maklumat Perbankan: Salinan maklumat akaun Agrobank yang masih aktif untuk tujuan penyaluran dana.
Proses Penilaian
Permohonan seterusnya akan dinilai dan disahkan sebelum dimajukan ke Jabatan Pertanian Negeri untuk kelulusan.
Setelah diluluskan oleh Ketua Pengarah Pertanian, bayaran insentif akan dikreditkan terus ke akaun pemohon melalui akaun Agrobank.
Soalan Lazim
Insentif Pengeluaran Tanaman Makanan ialah galakan kepada pengusaha untuk meningkatkan hasil tanaman dan menyokong keterjaminan makanan negara.
Kadar bantuan adalah RM200 Per Tan Metrik dengan had maksimum RM1,000 bagi setiap penerima yang dikira berdasarkan hasil pengeluaran semasa.
Permohon mestilah warganegara Malaysia yang berdaftar dalam sistem GeoTanaman, serta memiliki sijil myGAP atau myOrganic yang masih sah khusus bagi tanaman makanan.
Ya. Pemohon mestilah mempunyai akaun bank Agrobank kerana pemindahan hanya dibuat melalui pindahan EFT ke akaun Agrobank atas nama pemohon yang sah.
Permohonan mestilah dibuat mengenai borang permohonan iaitu https://www.doa.gov.my/doa/resources/aktiviti_sumber/sumber_awam/muat_turun/borang_permohonan_pembiayaan_bersasar_myGAP_myOrganic_subsektor_tanaman.pdf.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Insentif Pengeluaran Tanaman Makanan, sila layari https://www.facebook.com/share/p/18dKzeAmML/?mibextid=wwXIfr.
Baca juga: TVET Pertanian: Permohonan Kemasukan Sesi Julai 2026 Kini Dibuka




