Inisiatif Sukan Rahmah: Diskaun Peralatan Sukan Sehingga 30%

Inisiatif Sukan Rahmah telah dilancarkan sebagai program kesinambungan daripada inisiatif Payung Rahmah.

Program Payung Rahmah adalah insiatif jangka pendek untuk mengurangkan beban sara hidup golongan B40 yang telah diperkenalkah oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Inisiatif seperti ini seharusnya disambut baik oleh semua rakyat memandangkan ramai daripada kita terkesan dengan kenaikan harga barangan.

Artikel berkaitan: Program Payung Rahmah – Senarai Inisiatif Kos Sara Hidup B40

Objektif Inisiatif Sukan Rahmah

Program Inisiatif Sukan Rahmah ini dilakukan bagi membantu rakyat kurang berkemampuan untuk membeli peralatan sukan dengan harga diskaun.

Inisiatif yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ini juga bertujuan untuk menyokong aktiviti sukan dalam negara.

Inisiatif ini mampu memberikan peluang kepada kanak-kanak dan golongan B40 yang mahu bersukan, tetapi mungkin ada kekangan kewangan untuk mendapatkan peralatan sukan.

Tempoh promosi

Inisiatif ini dilaksanakan di Pasar Raya AEON Big Seluruh negara.

AEON CO. (M) Bhd. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia.

Promosi Inisiatif Sukan Rahmah akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 14 Oktober 2023.

Sepanjang tempoh promosi ini, pihak AEON Big akan menawarkan pelbagai peralatan sukan untuk tempoh tertentu dan untuk promosi terkini, sila rujuk laman web AEON Big atau kunjungan cawangan AEON Big berdekatan dengan anda.

Jenis peralatan sukan

diskaun inisiatif sukan rahmah

Sempena inisiatif ini, lebih 100 jenis peralatan sukan dan pakaian sukan akan diberikan diskaun antara 10% sehingga 30%.

Antara jenis peralatan sukan yang akan menerima diskaun sehingga 30% menerusi inisiatif ini adalah seperti berikut:

  1. Baju dan seluar sukan
  2. Perlatan kecergasan
  3. Peralatan yoga
  4. Rangkaian bola sepak dan bola keranjang
  5. Raket badminton
  6. Kolam
  7. Basikal 12 inci – 16 inci
  8. Papan renang
  9. Topi keledar sukan dengan set pelindung

Poster promosi Inisiatif Sukan Rahmah

Berikut merupakan poster Inisiatif Sukan Rahmah bagi promosi antara 1 hingga 13 Ogos 2023.

Untuk promosi terkini mengenai program ini, sila layari laman web AEON Big.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!