Cara Daftar Sebagai Pemandu inDriver Malaysia

Adakah anda ingin menjadi pemandu inDriver?

Walaupun mungkin tidak sepopular Grab, inDriver merupakan antara penyedia e-hailing yang sudah beberapa tahun bertapak di Malaysia.

Walaupun syarikat ini bukanlah berasal dari Malaysia, terdapat individu yang kerap menggunakan perkhidmatan pandu seru yang lebih gemar menggunakan perkhidmatan inDriver disebabkan keunikan yang ada padanya.

Kenali inDriver

in_Driver berpangkalan di Mountain View, California, dan mempunyai pekerjai lebih 1,900 orang di seluruh dunia.

Pada awal 2021, inDriver mencapai status unicorn selepas menutup pusingan pelaburan $150 juta dengan Insight Partners, General Catalyst dan Bond Capital, yang menilai syarikat itu pada $1.23 bilion.

Hari ini, in_Driver ialah perkhidmatan pengangkutan dalam talian yang paling pesat berkembang di dunia.

Aplikasinya telah dimuat turun lebih 145 juta kali, menjadikannya aplikasi mobiliti kedua paling banyak dimuat turun di dunia.

Perkhidmatan ini tersedia di 646+ bandar di 45 negara, termasuklah Malaysia.

Keunikan inDriver

Perkhidmatan in_Driver lebih unik berbanding pesaingnya di mana penumpang boleh berunding dengan pemandu berapakah caj yang bersesuaian dengan destinasi yang dituju.

Melalui platform pandu seru In_Driver, penumpang dan pemandu bebas untuk merundingkan syarat interaksi mereka, yang mungkin berdasarkan harga, laluan atau faktor lain.

inDriver mencabar banyak ketidakadilan yang mencirikan keperluan mobiliti, termasuk algoritms, keadaan yang membebankan pemandu (seperti banjir, kesesaka lalu lintas dan lain-lain) dan manipulasi harga.

Cara daftar sebagai pemandu

pemandu inDriver

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pemandu in_Driver, anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:

  1. Pemohon hendaklah memuat turun aplikasi inDriver https://play.google.com/store/apps/details…
  2. Buka aplikasi dan letakkan nombor telefon anda, tunggu kod pengesahan dan hantar.
  3. Apabila ditanya ingin mendaftar sebagai penumpang atau pemandu, pilih “PENUMPANG”
  4. Kemudian, anda dikehendaki menghantar Email atau Whasapp dokumen berikut:
    • Foto
    • Foto anda memegang lesen PSV
    • Foto kereta anda dari hadapan
    • Gambar sijil pendaftaran kereta anda
    • Gambar insurans kereta anda
    • Gambar kad pengenalan malaysia anda
    • Kereta berumur tidak melebihi 10 tahun

Email Address: [email protected]

Whasapp http://www.wasap.my/601113361313/indriveractivation

Jadi, apa tunggu lagi? Daftar sekarang sebagai pemandu inDriver dan mula menjana pndapatan lumayan sebagai pemandu e-hailing.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!