Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Indonesia Masters 2026 merupakan salah satu kejohanan BWF World Tour Super 500 yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia — salah satu pentas utama badminton dunia. Lihat keputusan terkini / LIVE dan markah real-time bagi perlawanan yang sedang berlangsung melalui laman web rasmi BWF : https://match-centre.bwfbadminton.com/5529

Perlawanan Final Hari Ini (25 Januari 2026)

Malaysia memberi impak besar di kejohanan ini kerana 3 pasangan negara layak ke pusingan akhir pada 25 Januari 2026, satu pencapaian besar buat pasukan negara.

Berikut adalah waktu & info perlawanan 3 pasangan tersebut dalam Indonesia Masters 2026:

1. Chen Tang Jie & Toh Ee Wei — Beregu Campuran

Setelah menang dengan straight sets menewaskan pasangan China bertaraf dunia di separuh akhir, kini mereka akan bertanding di final beregu campuran menentang pasangan dari Denmark, Mathias Christiansen & Alexandra Bøje

INFO PERLAWANAN FINAL – MIXED DOUBLES Malaysia :
Chen Tang Jie / Toh Ee Wei (Malaysia) lwn Mathias Christiansen / Alexandra Bøje (Denmark)
Waktu: 2.50 petang (Waktu Malaysia)
Perlawanan: Final (Perlawanan ke-2, Court 1)
Keputusan: #MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 3️⃣ def. #DEN🇩🇰 Mathias Christiansen-Alexandra Boje 15-21 21-17 21-11

2. Pearly Tan & M. Thinaah — Beregu Wanita

Duo nombor satu Malaysia itu turut melangkah ke final selepas mengatasi wakil Indonesia.

INFO PERLAWANAN FINAL – WOMEN’S DOUBLES Malaysia
Pearly Tan / M. Thinaah (Malaysia) lwn Arisa Igarashi / Miyu Takahashi (Jepun)
Waktu: 3.40 petang (Waktu Malaysia)
Perlawanan: Final (Perlawanan ke-3, Court 1)
Keputusan : #MAS🇲🇾 Pearly Tan-M. Thinaah 1️⃣ def. #JPN🇯🇵 Arisa Igarashi-Miyu Takahashi (WO)

3. Goh Sze Fei & Nur Izzuddin Rumsani — Beregu Lelaki

Goh Sze Fei–Nur Izzuddin juga mara ke final selepas kemenangan mudah di separuh akhir.

Mereka akan menentang pasangan tuan rumah Indonesia, Raymond Indra & Nikolaus Joaquin.

INFO PERLAWANAN FINAL – MEN’S DOUBLES Malaysia
Goh Sze Fei / Nur Izzuddin Rumsani (Malaysia) lwn Raymond Indra / Nikolaus Joaquin (Indonesia)
Waktu: 5.20 petang (Waktu Malaysia)
Perlawanan: Final (Perlawanan ke-5, Court 1)
Keputusan : #MAS🇲🇾 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 4️⃣ def. #INA🇮🇩 Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-19 21-13

Tahniah kepada 3 finalis Malaysia bertanding di puncak acara hari ini — satu pencapaian besar bagi kontinjen negara!

LIVE STREAMING Badminton Indonesia Masters 2026

Perlawanan siaran langsung boleh ditonton melalui :

Apakah Indonesia Masters 2026?

Indonesia Masters 2026 ialah kejohanan badminton antarabangsa yang menjadi sebahagian daripada HSBC BWF World Tour Super 500. Ia diadakan di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia dari 20 hingga 25 Januari 2026. Kejohanan ini menawarkan mata ranking dunia serta hadiah wang yang menarik kepada pemain dan pasangan yang bertanding.

Bila dan di mana kejohanan ini berlangsung?

Kejohanan ini berlangsung dari 20 hingga 25 Januari 2026 di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia.

Apa tahap kejohanan ini dalam kalendar BWF?

Ia merupakan kejohanan level Super 500 dalam BWF World Tour 2026, yang menyumbang mata ranking dunia kepada pemain.

Berapa jumlah wang hadiah untuk kejohanan ini?

Jumlah wang hadiah keseluruhan adalah sebanyak USD 500,000 bagi edisi 2026.

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Biografi User