Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Graduan Bumiputera yang masih mencari peluang pekerjaan kini berpeluang membina kerjaya impian menerusi Program Pembangunan Profesional ILTIZAM (ILTIZAM PDP) oleh Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas). 

Program penempatan kerja selama 12 bulan ini menawarkan pengalaman industri yang berharga sekali gus menangani isu pengangguran dalam kalangan graduan muda.

Bagi ambilan kali ini, permohonan rasmi telah dibuka bermula 1 September sehingga 30 September 2026. 

Rujuk maklumat terperinci mengenai Iltizam PDP Ekuinas di bawah.

Apakah Itu Program ILTIZAM PDP Ekuinas?

ILTIZAM Professional Development Programme (ILTIZAM PDP) ialah sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas).

Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang kemahiran dalam kalangan graduan Bumiputera yang masih belum mendapat pekerjaan tetap.

Berbanding skim latihan industri biasa, ILTIZAM PDP menempatkan peserta secara terus di dalam ekosistem perniagaan dan syarikat portfolio Ekuinas untuk pendedahan korporat berskala besar.

Secara ringkasnya, ILTIZAM PDP tialah Professional Development Programme, iaitu sebuah inisiatif oleh Ekuinas yang memberi peluang kepada graduan Bumiputera yang layak untuk memperoleh pengalaman kerja sebenar dan mengambil langkah pertama ke dunia pekerjaan.

Syarat Kelayakan

Untuk memastikan bantuan dan latihan ini disasarkan kepada golongan yang tepat, pemohon mestilah memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  • Warganegara: Terbuka kepada graduan Bumiputera sahaja.
  • Pendidikan: Lulusan Ijazah Sarjana Muda dari Kolej atau Universiti tempatan (awam mahupun swasta) dengan PNGK (CGPA) minimum 3.00.
  • Umur: Berumur 30 tahun dan ke bawah semasa membuat permohonan
  • Status Pekerjaan: Masih tidak bekerja (menganggur) atau belum mendapat pekerjaan tetap.
  • Pendapatan Keluarga: Mengutamakan graduan daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, dengan pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.

Cara Mohon Menyertai Program ILTIZAM PDP Ekuinas

Permohonan boleh dilakukan sepenuhnya secara atas talian dengan mengikuti langkah mudah ini:

  1. Layari portal rasmi permohonan di Portal Permohonan ILTIZAM PDP.
  2. Tekan butang “Apply Now”
  3. Daftar akaun baharu dan log masuk ke sistem.
  4. Pada dashboard, klik “My Application” > “Create New Application”
  5. Lengkapkan borang profil maklumat peribadi, latar belakang keluarga, dan rekod akademik anda.
  6. Muat naik dokumen sokongan yang wajib (jika diperlukan)
  7. Semak semula semua maklumat sebelum menekan butang hantar.
 Program ILTIZAM PDP Ekuinas?
 Program ILTIZAM PDP Ekuinas?
 Program ILTIZAM PDP Ekuinas?

Tarikh Permohonan Dibuka & Ditutup

Permohonan atas talian (Online Application) bagi program ILTIZAM PDP Ekuinas Sesi Ambilan Januari 2027 telah mula dibuka secara rasmi pada 1 September 2026 dan akan ditutup sepenuhnya pada 30 September 2026.

Sepanjang tempoh sebulan ini, para pemohon perlu melengkapkan borang permohonan digital, memuat naik semua dokumen sokongan yang diwajibkan ke dalam sistem.

Kelebihan & Manfaat Sertai ILTIZAM PDP Ekuinas

Berikut ialah kelebihan dan manfaat menyertai program ILTIZAM PDP Ekuinas:

  • Gaji Bulanan yang Kompetitif: Peserta akan dibayar elaun/gaji bulanan sebanyak RM2,800 sebulan, lengkap dengan caruman KWSP (EPF) dan PERKESO (SOCSO).
  • Pengalaman Kerja Eksklusif: Anda bakal ditempatkan di syarikat terkemuka di bawah portfolio Ekuinas.
  • Latihan Berstruktur & Kemahiran Insaniah: Anda akan dilatih dalam aspek komunikasi profesional, penjenamaan diri, kecekapan teknikal, serta pendedahan kepada teknologi digital terkini termasuk Kecerdasan Buatan (AI).
  • Bimbingan Mentor Korporat: Sokongan individu daripada pemimpin industri untuk membina keyakinan diri dan jaringan profesional (networking).

Antara syarikat yang terlibat ialah Cradle, Tresgo, UNITAR, TDA, DNex, PHB dan macam-macam lagi. Rujuk gambar di bawah:

    Tarikh-tarikh Penting

    Pastikan anda tidak terlepas mana-mana tarikh penting di bawah:

      1 September – 30 September 2026: Permohonan Atas Talian (Online Application)

      • Tempoh rasmi untuk mengisi dan melengkapkan borang permohonan secara digital.
      • Pemohon wajib memuat naik semua dokumen sokongan yang diperlukan ke dalam sistem.
      • Selepas berjaya menghantar permohonan, calon dikehendaki meneruskan proses ke peringkat Penilaian Esei (Essay Assessment).

      Pertengahan Oktober – Pertengahan November 2026:

      • Calon-calon yang telah disenarai pendek (shortlisted) akan dipanggil untuk menghadiri sesi ujian atau penilaian.
      • Sesi ini akan dijalankan di Pusat Penilaian (Assessment Centre) mengikut wilayah atau kawasan masing-masing (respective regions).


      Disember 2026: Keputusan Pemilihan (Selection Results)

      • Pengumuman rasmi mengenai senarai nama pemohon yang berjaya dipilih untuk menyertai program PDP 2027.

      Januari 2027: Pelancaran Program (Programme Launch)

      • Calon yang berjaya (kini berstatus Graduate Associates) akan memulakan program PDP 2027 secara rasmi.
      • Fasa permulaan ini merangkumi program induksi selama satu minggu, diikuti dengan permulaan tugas/kerja secara rasmi di syarikat penempatan masing-masing.
       Program ILTIZAM PDP Ekuinas?
      Sumber: Iltizam by Ekuinas

        Maklumat Lanjut

        Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk:

        1. Portal rasmi Iltizam PDP by Ekuinas
        2. Facebook Iltizam by Ekuinas
        3. Instagram iltizambyekuinas

        Soalan Lazim ILTIZAM PDP Ekuinas

        Apakah status peserta sepanjang program 12 bulan ini?

        Anda akan berstatus sebagai Graduate Associate (Rakan Graduan) dan diberikan elaun/gaji bulanan yang kompetitif sebanyak RM2,800 sebulan lengkap dengan caruman KWSP (EPF) dan PERKESO (SOCSO).

        Adakah peserta dijamin mendapat kerja tetap selepas tamat program?

        Program ini tidak memberikan jaminan automatik, namun ia menyediakan latihan industri intensif untuk meningkatkan kebolehpasaran anda.

        Saya bekerja sambilan (part-time) sekarang, adakah saya layak?

        Syarat utama program menetapkan pemohon mestilah tidak bekerja (menganggur) atau belum mendapat pekerjaan tetap semasa tarikh tutup permohonan.

        Berapa lama tempoh program ini?

        Program latihan dan penempatan kerja ini berlangsung selama 12 bulan (1 tahun) secara berstruktur.

        Adakah program ini percuma atau kena bayar?

        Program ini adalah 100% percuma di bawah inisiatif CSR Ekuinas. Tiada sebarang yuran dikenakan kepada peserta dari awal permohonan sehinggalah tamat program.

        Bila tarikh permohonan dibuka dan ditutup?

        Permohonan atas talian dibuka bermula 1 September 2026 dan akan ditutup pada 30 September 2026

        Penulis