Ikea Malaysia : Katalog Terkini, Cara Beli Online & Kos Pemasangan

IKEA Malaysia merupakan antara pusat barangan perabut popular di Malaysia kerana menawarkan pelbagai seleksi perabot dengan rekaan yang menarik untuk hiasan dalaman.

Di Malaysia, IKEA sudah mempunyai beberapa cawangan antaranya IKEA Cheras, IKEA Damansara, IKEA Tebrau dan IKEA Batu Kawan.

Dengan tawaran pelbagai makanan menarik di cafe yang terdapat di IKEA, ramai juga rakyat Malaysia sebenarnya yang datang ke IKEA semata-mata untuk menikmati pelbagai juadah menarik yang dijual antaranya meatball, karipap dan sebagainya.

Katalog terkini

Pihak IKEA Malaysia sentiasa mengemaskini dari semasa ke semasa pilihan perabut yang dijual dengan rekaan terbaru dan lebih moden.

Oleh itu, jangan pelik perabut yang anda beli dari IKEA beberapa tahun lalu tidak lagi dijual kerana IKEA telah membawa masuk perabut dengan rekaan yang lebih baru.

Bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan terlebih dahulu, pihak IKEA biasanya akan menyediakan katalog sama ada buku katalog atau katalog dalam talian sahaja.

Untuk katalog dalam talian, anda boleh lawati laman Brochure di web IKEA Malaysia melalui alamat https://www.ikea.com/my/en/customer-service/brochures/

Pasti rambang mata dibuatnya!

Sekiranya anda gemarkan mana-mana perabut dalam katalog IKEA, anda hanya perlu mengambil kod produk yang dipaparkan dan datang ke kedai IKEA untuk membuat pembelian.

Selain itu, IKEA turut menawarkan pembelian secara atas talian yang semestinya lebih memudahkan para pembeli.

Cara belian dalam talian

Seiring dengan kamajuan teknologi dan permintaan dari para pelanggan, pihak IKEA juga telah memperkenalkan kemudahan pembelian atas talian.

Pelanggan hanya perlu pilih barang dari website IKEA, lakukan bayaran secara atas talian dan tunggu sehingga pihak servis kurier hantar barangan terus kepada anda.

3 langkah mudah membeli secara dalam talian dengan IKEA:

  1. Pilih produk anda
  2. Pilih servis yang diinginkan – penghantaran dan/atau pemasangan
  3. Tunggu sehingga produk IKEA anda dihantar ke rumah anda

Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian secara online produk IKEA, rujuk halaman rasmi IKEA Malaysia di https://www.ikea.com/my/en/customer-service/shopping-at-ikea/how-to-shop-online-pub4fa3b600

Sekiranya terdapat sebarang masalah untuk pembelian secara dalam talian, anda boleh menghubungi pihak Khidmat Pelanggan IKEA di nombor 03 7952 7575 atau menghantaremel ke alamat [email protected].

Kos pemasangan

IKEA terkenal dengan produk perabutnya yang perlu dipasang sendiri oleh pembeli.

Namun, untuk kemudahan pelanggan pihak IKEA Malaysia turut menyediakan perkhidmatan pemasangan produk yang dibeli dari IKEA pada harga yang berpatutan.

Perkhidmatan ini sesuai bagi anda yang tidak mempunyai kemahiran memasang perabut atau tidak mempunyai masa melakukannya sendiri.

Berikut merupakan senarai harga yang diberikan:

  1. Pemasangan perabut – 10% dari harga perabut. Tidak termasuk kerja-kerja tambahan seperti kerja elektrikal, paip dan sebagainya.
  2. Baiki kaki atau alas sofa – RM9/modul sofa
  3. Barangan yang memerlukan kerja-kerja drilling – RM4 bagi setiap lubang yang ditebuk

Bayaran untuk perkhidmatan ini hendaklah dibayar secara terus kepada kontraktor yang dilantik.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!