MRSM Program IGCSE : Lokasi, Kurikulum & Silibus

Program MRSM IGCSE adalah sistem pendidikan MRSM yang mengintegrasikan International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE).

Ia adalah sistem Pendidikan MRSM yang baharu berfokuskan kepada keperluan local dan global dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa penghantara dan akan melahirkan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar rujuk dalam pelbagai bidang dan bahasa asing.

Pada tahun 2011, MRSM Tun Abdul Razak, Pekan telah menjadi pusat rintis dengan pengambilan pertama pelajar seramai 180 orang Tingkatan 1.

Matlamat MARA untuk lebih ke depan dengan menggunakan sistem Pendidikan MRSM baharu dan menjadikan MRSM sebagai pusat kecermerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia serta menyediakan pelajar Bumiputera yang berpontensi tinggi dalam semua bidang terutamanya sains dan teknologi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.

Apakah Program IGCSE MRSM?

MRSM IGCSE atau dikenali juga sebagai program pendidikan gabungan antara 3 kurikulum berikut:

  1. Kurikulum kebangsaan
  2. Kurikulum khas MRSM berteraskan STEM
  3. Kurikulum Cambridge IGCSE

Ketiga-tiga kurikulum ini turut merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Pelajar-prlajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Pembangunan Sahsiah.

Integrasi kurikulum ini akan memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran pelajar.

Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada tahun akhir tahun Tingkatan 4 dan SPM pada akhir tahun Tingkatan 5.

Apakah Cambridge IGCSE?

Cambridge IGCSE dikenali di peringkat global dan
diterima oleh universiti terkemuka serta majikan di seluruh
dunia.

SUBJEK DITAWARKAN

Cambridge IGCSE menawarkan 70 subjek, termasuk 30 bahasa dalam pelbagai kombinasi.

Kurikulum Core dan Extended juga disediakan dalam
pelbagai subjek untuk pelajar yang pelbagai keupayaan.

Sekolah-sekolah bebas untuk membangunkan kurikulum yang sesuai dengan keperluan pelajar.

KONSEP

Cambridge IGCSE direka bentuk dengan dua konsep: piawaian antarabangsa dan pembelajaran kontekstual. Kandungan silibusnya bersesuaian dengan pelbagai jenis sekolah dan terhindar daripada bias budaya.

PENDEKATAN SILIBUS

Silibusnya menggunakan pendekatan inkuiri dan berpusatkan pelajar dalam pembelajaran. Cambridge IGCSE membangunkan kemahiran pemikiran kreatif, enkuiri dan penyelesaian masalah.

PENTAKSIRAN / PENILAIAN PELAJAR

Pelajar akan ditaksir pada akhir kursus. Struktur linear ini memberi lebih masa tanpa mengganggu waktu pengajaran. Pelajar akan dianugerahkan gred A* hingga G bagi setiap subjek, dan A* ialah gred tertinggi.

Kelebihan IGCSE MRSM

MENGAPA IGCSE?

Berikut adalah antara kelebihan pelaksanaan IGCSE di MRSM :

  • Pelajar MRSM ialah pelajar yang ‘above average’, maka mereka memerlukan kurikulum yang mencabar dan terbeza.
  • Terdapat 80% hingga 85% persamaan bagi kurikulum subjek Sains dan Matematik untuk SPM dan IGCSE.
  • Pendekatan IGCSE fokus kepada membina kemahiran lisan dan praktikal.
  • Kurikulum IGCSE menyediakan pelajar menghadapi masa hadapan, membantu mereka membangunkan rasa ingin tahu dan semangat yang berkekalan untuk pembelajaran.
  • Program dan kelayakan IGCSE menjadi satu penanda aras global bagi pendidikan antarabangsa. Program ini disediakan oleh pakar subjek yang mempunyai latar belakang akademik tegar dan penyelidikan terkini.

Lihat contoh buku latihan dan buku rujukan IGCSE di SINI.

Senarai MRSM Yang Menawarkan IGCSE

Berikut adalah merupakan senarai MRSM yang menawarkan program IGCSE bagi kemasukan Tingkatan 1:

  1. MRSM Johor Bahru, Johor
  2. MRSM Kubang Pasu, Kedah
  3. MRSM Langkawi, Kedah
  4. MRSM Tumpat, Kelantan
  5. MRSM Alor Gajah, Melaka
  6. MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  7. MRSM Kuantan, Pahang
  8. MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
  9. MRSM Parit, Perak
  10. MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  11. MRSM Kuching, Sarawak
  12. MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor

Syarat Kemasukan

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu / bapa adalah warganegara Malaysia
  3. Calon boleh memohon online dan WAJIB menduduki Ujian Kecendurangan Kemasukan MRSM (UKKM)
  4. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  5. Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam oleh MARA
  6. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan

Peperiksaan & Yuran

  1. Cambridge IGCSE
    RM341.90 per subjek.
  2. Cambridge Checkpoint
    RM130.00 per subjek.

*Yuran peperiksaan adalah di bawah tanggungan ibu bapa.
*Yuran peperiksaan akan berubah tertakluk kepada CIE.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai MRSM IGCSE, sila layari laman web  https://www.mara.gov.my/en/index/education/mjsc/mrsm-education-system-program/

Dapatkan buku latihan dan buku rujukan IGCSE di SINI.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!