Advertisements

Senarai Ranking MRSM Terbaik 2022 (Keputusan SPM 2021)

Advertisements

SENARAI MRSM TERBAIK 2022 SELURUH MALAYSIA BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM 2021

Seramai 5,827 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian tinggi dalam semua subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, pencapaian pelajar MRSM adalah kejayaan yang memberangsangkan susulan mereka adalah kohort yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Katanya, calon SPM 2021 ini berhadapan dengan cabaran pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan hanya berpeluang mengikuti pembelajaran secara bersemuka selama tiga bulan sahaja.

“Mengambil kira cabaran yang dihadapi, 904 orang calon MRSM memperoleh semua A merangkumi A+, A dan A-,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Katanya, keputusan bagi subjek Bahasa Melayu menunjukkan pencapaian Gred Purata Subjek (GPS) 1.097 dengan 6,682 calon memperoleh gred A, manakala subjek Bahasa Inggeris mencapai GPS 1.577 melibatkan 5,749 calon.

Secara keseluruhan keputusan SPM 2021 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.536 dengan empat maktab merekodkan prestasi cemerlang dengan GPM kurang daripada 2.0 iaitu MRSM Taiping, Perak; MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka; MRSM Langkawi, Kedah dan MRSM Tun Abdul Razak, Pahang.

Berikut dikongsikan senarai ranking MRSM terbaik mengikut keputusan SPM 2021:

Senarai Ranking MRSM Terbaik 2022 Di Seluruh Malaysia (SPM 2021)

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2021 Maktab Rendah Sains MARA Berdasarkan Pencapaian Gred Purata Maktab (GPM)

  1. MRSM Taiping
  2. MRSM Tun Ghafar Baba
  3. MRSM Langkawi
  4. MRSM Tun Abdul Razak
  5. MRSM Alor Gajah
  6. MRSM Johor Bahru
  7. MRSM Kuala Kubu Bharu
  8. MRSM Pengkalan Chepa
  9. MRSM Kota Putra
  10. MRSM Kuantan
  11. MRSM Kuching
  12. MRSM Sungai Besar
  13. MRSM Parit
  14. MRSM Pengkalan Hulu
  15. MRSM Kuala Klawang
  16. MRSM Tumpat
  17. MRSM Bentong
  18. MRSM Pasir Salak
  19. MRSM Serting
  20. MRSM Tun Dr Ismail

*Sila rujuk senarai penuh dalam lampiran di bawah

Senarai mrsm terbaik

2 MRSM Terbaik Mengikut Program

Terdapat beberapa program yang ditawarkan di MRSM iaitu:

  1. Premier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  2. Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
  3. IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
  4. IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
  5. Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
  6. Bitara (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM
Mrsm terbaik

Berikut adalah 2 MRSM terbaik mengikut program:

  • Program BITARA
    1. Taiping
    2. Tun Ghafar Baba
  • IGCSE
    1. Langkawi
    2. Tun Abdul Razak
  • IB MYP
    1. Tun Dr Ismail
    2. Balik Pulau
  • Ulul Albab
    1. Kota Putra
    2. Sungai Besar
  • Premier
    1. Pengkalan Hulu
    2. Pasir Salak
  • Teknikal
    1. Bentong

Info Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat penuh dan info lanjut tentang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sila layari https://www.mara.gov.my/en/index/education/mjsc/mrsm-education-system-program/

Baca juga: Ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik Malaysia SPM 2021

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 4.6 / 5. Vote count: 18

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment