Maksud IBG Transfer & Berapa Hari Tempoh Pemindahan

Apabila menggunakan kemudahan perbankan internet dari mana-mana bank di Malaysia, anda pastinya akan jumpa perkataan “IBG Transfer”.

Apa yang yang dimaksudkan dengan IBG Transfer?

Perkataan IBG adalah singkatan “Interbank GIRO”. Oleh itu secara mudah difahami ianya adalah pemindahan wang antara bank yang berlainan seperti dari CIMB Bank kepada Maybank dan sebagainya.

Secara umumnya, terdapat 2 jenis pemindahan wang antara bank:

  1. Instant Transfer (Pindahan segera)
  2. IBG Transfer

Perbezaan Instant transfer dan IBG transfer

IBG Tranfer ialah Pindahan Dana yang ditangguhkan tanpa pengesahan pada nombor dan nama akaun benefisiari.

Ini bermakna wang yang dipindahkan melalui kaedah IBG tidak akan diterima terus, tidak seperti Instant Transfer.

Sementara itu, pemindahan melalui kaedah Instant Transfer membolehkan anda menyemak nama benefisiari (atau penerima) apabila menyerahkan butiran akaun untuk memastikan akaun yang anda pindahkan dana adalah betul.

Walau bagaimanapun, sesetengah bank di Malaysia sudah menjenamakan Instant Transfer kepada DuitNow.

Secara umumnya, pemindahan melalui kaedah ini adalah percuma sementara pemindahan melalui Instant Transfer dikenakan caj sebanyak RM1.

Nota: Sempena pandemik COVID-19, kerajaan telah mengarahkan bank-bank untuk melakukan pengecualian caj RM1 untuk perkhidmata Instant Transfer tetapi seperti yang diumumkan baru-baru ini caj RM1 ini akan dikenakan kembali bermula Februari 2 2022.

Tempoh pemindahan

Jumlah masa yang diperlukan untuk memproses pembayaran GIRO Antara Bank bergantung pada bila masanya anda melakukan pemindahan wang tersebut kepada penerima.

Terdapat beberapa siri had masa (cut-off time) sepanjang hari bekerja, yang telah dipersetujui oleh bank yang mengambil bahagian.

Jika anda melakukan pemindahan wang anda sebelum tamat tempoh tertentu, bayaran itu akan diproses dan akan tiba pada masa yang telah ditetapkan.

Namun, jika anda melakukan pemindahan wang selepas waktu kerja atau pada hujung minggu atau mana-mana cuti umum, pemindahan wang tersebut akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Secara umumnya, tempoh pemindahan wang ini adalah sama sahaja bagi kebanyakan bank di Malaysia.

Tempoh pemindahan bagi Maybank

Sumber: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/faq/accounts_and_banking/interbank_giro.page

Tempoh pemindahan bagi Bank Islam

Sumber: https://www.bankislam.com/personal-banking/services/interbank-giro-ibg/

Tempoh pemindahan bagi CIMB Bank

IBG Transfer
Sumber: https://www.cimb.com.my/en/personal/help-support/faq/cimb-clicks-online-banking/accounts-and-transactions/transfer-funds/how-long-is-the-processing-time-for-funds-transfer-to-other-bank.html

Tempoh pemindahan bagi Ambank

Sumber: https://www.ambank.com.my/ambank/SiteAssets/SitePages/online/online_amonline_new/IBGWindowsNew2015.pdf
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!