Harris Alif, Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Dulunya dikenali dengan suara merdunya di pentas nyanyian kanak-kanak, dan kini Harris Alif menjadi seorang seleberiti serba boleh di kaca televisyen.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai dalam industri muzik dan pengacaraan, Harris Alif.

Baca juga:

Latar Belakang

Harris Alif
Kredit Instagram @harrisalif
NamaNor Harris Alif bin Nor Rashidi
Nama PanggilanHarris Alif
Tarikh Lahir2 September 1999
Tempat LahirPulau Pinang
PekerjaanPenyanyi, pengacara, pelakon dan model
Genre MuzikPop, R&B
Akaun Media SosialInstagram @harrisalif
TikTok @harrisalif
X @_harrisalif_

Kehidupan Peribadi

Kredit Instagram @harrisalif

Biarpun berbeza 17 tahun, Harris Alif sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pelakon terkenal, Intan Ladyana pada Februari 2021 yang lalu.

Pada majlis pernikahan itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian berserta tujuh dulang hantaran, manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Walaupun majlis tersebut berlangsung dengan sangat sederhana kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kedua-dua mempelai tetap meluangkan waktu bersama pihak media menerusi temu bual secara dalam talian.

Tiga tahun melayari bahtera rumah tangga, Haris dan Intan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja, 3 tahun dan Harris Umayr yang lahir pada April lalu.

Kerjaya & Profesional

Harris Alif mula menceburi bidang seni melalui program Idola Kecil 3 pada 2010 ketika usianya ketika itu hanya 11 tahun.

Program itu telah membawa bakat nyanyiannya dikenali ramai apabila dinobatkan sebagai juara.

Antara lain, beliau turut meraih tempat ketiga dalam Idola Kecil Ultra 2015. Kerjaya lakonannya bermula menerusi siri Kelab Idola yang disiarkan di TV9 pada tahun 2010.

Drama yang pernah dibintanginya seperti Geng Bas Sekolah (Musim 5), Ema Emyliana, Istikharah Cinta, Bila Chacha Masuk Asrama, Maryam Eliana dan banyak lagi.

Telefilem pula seperti Si Kijang Merah, Dodol-Dodol Cinta, Anak Bomoh, dan banyak lagi.

Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Aku, Kau dan Dia pada 2012 adalah cubaan pertamanya untuk masuk dalam dunia perfileman.

Haris turut terlibat membawa peranan sebagai pengalih suara watak Kapten Kaizo untuk siri BoBoiBoy (Musim 3) dan watak Azizul dalam filem Bola Kampung The Movie 3D.

Gandingannya bersama tiga lagi bintang kelahiran Idola Kecil yang juga rakan seperjuangannya iaitu Afieq Shazwan, Azzam Sham dan Danial Chuer dalam drama bersiri Destinasi G4 pada tahun 2015 mendapat tempat dalam hati penonton remaja ketika itu.

Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah mengelolakan beberapa program seperti Whazzup Ceria, Chichi dan Chacha, 4 Teman, Bananana Squad, Pop Ekpress, dan Generasi Z,

Pencapaian Harris Alif

Sebagai seorang penghibur dan selebriti yang berkecimpung dalam dunia muzik dan lakonan, Haris berjaya menempah sebilangan pencapaian di Malaysia.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Harris Alif sepanjang menjadi penyanyi dan pelakon:

Pencapaian:

  • Juara Bintang Kecil RTM (2009)
  • Juara Idola Kecil 3 TV9 (2010)
  • Tempat ketiga Idola Kecil Ultra TV9 (2015)
  • Pelakon utama di dalam promosi stesen ID Disney XD Channel (Disney Asia)

Lagu Single:

  • Kisah Yang Terindah
  • Akulah Pelindungmu
  • Pencinta
  • Anugerah
  • Terindah

Fakta Menarik Mengenai Harris Alif

  • Pernah mengusahakan perniagaan baju sebagai rakan kongsi menerusi kolaborasi bersama Chemboja, menghasilkan jenama ‘Harris Alif by Chemboja.
  • Pernah mengeluarkan jenama wangian sendiri dan pomade (minyak rambut) di bawah namanya.
  • Memegang prinsip untuk tidak bermodalkan gimik murahan semata-mata untuk melariskan single.
  •  Pernah mengikuti pembelajaran di rumah atau ‘home schooling’ menerusi program pembelajaran sekolah antarabangsa terkenal Alice Smith School.
  • Menyimpan impian untuk berentap dalam program realiti, Big Stage dan Anugerah Juara Lagu.
  • Mempunyai bisnes taska sendiri.

Tahniah Harris Alif! Semoga anda terus maju jaya dalam bidang nyanyian dan lakonan yang diceburi untuk mengharumkan nama Malaysia.

Sumber:

  1. Instagram @harrisalif
  2. Matang Bukan Satu Perkara Yang Boleh Dibuat-Buat. Utusan Malaysia
  3. Hidup Berkeluarga Ubah Keutamaan Harris Alif, Kurang Berlakon Fokus Perniagaan Taska. mStar
Bantu kami share artikel ini: