Hari TVET Negara 2026 ialah salah satu dari acara tahunan negara yang memberi fokus kepada individu yang terlibat dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Sambutan Hari TVET Negara 2026 akan berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya.
Sambutan ini bukan sahaja bertujuan untuk menghargai sumbangan dan pencapaian pelajar serta tenaga pengajar (bidang teknikal dan vokasional), tetapi juga memberi peluang kepada industri untuk berinteraksi dengan bakal tenaga kerja mahir.
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan, syarat kelayakan dan senarai kursus TVET, sila layari portal TVET di pautan berikut: https://www.tvet.gov.my/
Rujuk info penuh Hari TVET Negara 2026 di bawah.
Apa Itu Hari TVET Negara 2026?
Hari TVET Negara 2026 ialah merupakan sambutan tahunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional yang diisytiharkan pada 2 Jun setiap tahun sejak 2022.
Sambutan ini adalah untuk menghargai sumbangan TVET dalam memacu ekonomi negara.
Bagi tahun 2026, sambutan utama tahun ini akan diadakan dari 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya, mengikut keputusan Mesyuarat Majlis TVET Negara.
Acara ini dianjurkan oleh Majlis TVET Negara dan dijangka melibatkan pelbagai kementerian, agensi serta industri untuk mempamerkan program TVET.
Hari TVET Negara 2026
Dataran Putrajaya
5 – 7 Jun 2026
9.00 pagi – 10.00 malam

Inisiatif Baharu TVET Malaysia
Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 1/2026 menetapkan sasaran baharu 70% penyertaan lepasan SPM dalam bidang TVET menjelang akhir RMK13, dengan kadar semasa 53.9% pada Disember 2025.
Inisiatif Utama:
- Digital Freelancing TVET: Membuka peluang pendapatan melalui ekonomi digital global bagi peserta TVET.
- TVETPreneurs: Melahirkan usahawan muda berasaskan kemahiran TVET untuk memacu inovasi.
- PERHEBAT: Mengukuhkan latihan bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia bersara memasuki pekerjaan baru.
Selain itu, TVET diperluas ke agromakanan melalui TVET Pertanian, serta laluan SKM Tahap 4 setara diploma untuk pelajar tahfiz bagi memperluas peluang kerjaya profesional sambil mengekalkan pendidikan agama.
Sambutan Hari TVET Negara 2026 (5-7 Jun di Dataran Putrajaya) menghimpunkan institusi TVET, industri, dan komuniti untuk peluang pendidikan serta kerjaya kemahiran.
Objektif Hari TVET Negara 2026
Objektif utama Hari TVET Negara 2026 adalah mempromosikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama pendidikan dan kerjaya, selari dengan keputusan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil. 1/2026.
Berikut adalah antara objektif lain Hari TVET Negara 2026:
1. Mewujudkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai dasar, inisiatif dan bidang TVET yang ditawarkan di Malaysia.
2. Menarik lebih ramai belia yang berpotensi menceburi bidang kemahiran sebagai pilihan untuk pendidikan dan kerjaya dan memberi peluang kepada agensi awam dan swasta untuk mempromosikan produk dan kursus kemahiran yang ditawarkan kepada umum.
3. Menyalurkan maklumat kepada masyarakat berkaitan peluang pendidikan dan kerjaya serta insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan berkaitan TVET.
4. Menghubungkan antara pelajar/belia/pencari kerja dengan industri sama ada dalam mencari peluang pekerjaan mahupun mendapatkan penempatan bagi menjalani Latihan Industri.
5. Menjalinkan kerjasama strategik di antara kementerian, agensi dan pihak industri yang berkaitan dengan satu matlamat yang sama untuk memperkasakan TVET di Malaysia.
6. Memberi peluang kepada pelajar sekolah dan komuniti setempat untuk lebih dekat kepada TVET melalui aktiviti-aktiviti yang dirangka seperti pameran, demonstrasi, kuiz dan try a skill.
Tarikh & Masa Hari TVET Negara 2026
Sambutan Hari TVET Negara pada tahun ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
- Tarikh: 5 hingga 7 Jun 2026
- Tempat: Dataran Putrajaya
- Waktu: 9 pagi – 10 malam
- Tema: TVET Pilihan Utama Kerjaya
Pengisian Program & Aktiviti
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang 3 hari sambutan ini berlangsung di Dataran Putrajaya nanti, antaranya:
- Hab Penglibatan Institusi TVET & Industri
- Hab Seminar TVET
- Hab Karnival Kerjaya TVET
- Hab Usahawan TVET
- Hab Cabaran TVET
- Hab Hiburan Berinformasi TVET







Aturcara Program / Jadual Aktiviti
Bersedia untuk 3 hari penuh inspirasi, teknologi dan peluang masa depan di sambutan Hari TVET Negara 2026!
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda — daripada pameran teknologi terkini, seminar industri, pertandingan kemahiran, Drone Soccer hinggalah Karnival Kerjaya TVET yang membuka peluang terus kepada masa depan kerjaya anda.




Peluang Kerjaya @ Hari TVET Negara
Hari TVET Negara 2026 bukan sekadar pameran teknologi dan kemahiran, malah turut membawakan 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓 yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan khidmat sokongan kerjaya kepada pengunjung.
Daripada peluang pekerjaan dalam sektor industri dan teknikal sehinggalah bantuan berkaitan kerjaya, semuanya tersedia untuk membantu anda membina masa depan yang lebih cerah.
Lebih menarik, pengunjung juga boleh terus membuat permohonan pekerjaan sepanjang program berlangsung.
- Lokasi : Dataran Putrajaya
- Tarikh : 5 – 7 Jun 2026
- Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam

Sebelum melangkah ke sesi temu duga atau bertemu dengan majikan, pastikan anda telah melengkapkan semua persediaan penting seperti senarai semak yang dikongsikan.
Semak semula persediaan anda, lengkapkan segala keperluan, dan bersedia untuk membuka peluang kerjaya yang lebih luas di HTN 2026.

Maklumat lanjut & Soalan Lazim Hari TVET Negara
Sebarang maklumat terkini berkaitan dengan Hari TVET Negara, anda boleh rujuk portal rasmi TVET MADANI pada pautan berikut: https://www.tvet.gov.my/
Sambutan utama diadakan pada 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya, walaupun tarikh rasmi adalah 2 Jun setiap tahun.
Mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap TVET, menyalurkan peluang pendidikan/kerjaya, dan menjalin kerjasama pelbagai pihak.
70% lepasan SPM dalam TVET menjelang akhir RMK13, dengan pencapaian 53.9% setakat Disember 2025.
Sebuah inisiatif baharu TVET bagi membuka peluang pendapatan melalui ekonomi digital global.
TVETPreneurs bertujuan melahirkan usahawan muda TVET manakala PERHEBAT mengukuhkan latihan untuk anggota Tentera bersara memasuki pekerjaan baru.
Ya, laluan SKM Tahap 4 setara diploma dibuka, termasuk sektor agromakanan melalui TVET Pertanian.




