Hari Belia Negara 2024: Tema, Sambutan dan Majlis Perasmian

Hari Belia Negara 2024 kini kembali lagi! Hari istimewa yang disambut 15 Mei setiap tahun ini merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.

Penganjuran HBS pada tahun ini dijangka dihadiri seramai 30,000 belia dan mampu memperkukuh potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara dan memperluaskan akses belia sesuai dengan kerangka Malaysia Madani dan Model Pembangunan Belia Madani 2030.

Hari Belia Negara 2024

Perasmian bagi Hari Belia Negara tahun ini akan dilakukan oleh YB Adam Adli Abd Halm, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Membuka tirai sambutan, KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) juga akan mengadakan Program Semarak HBN@KBS 2024 pada 15 Mei ini di Podium A, Menara KBS, Putrajaya dengan pengisian Bacaan Ikrar Belia Negara, Konvensyen Belia Integriti Nasional dan aktiviti GHRM.

HBN adalah pengiktirafan dan penghargaan khusus diberikan kerajaan buat golongan belia yang turut memainkan peranan secara signifikan dalam arus perdana pembangunan negara.

Kemuncak sambutan HBN adalah perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 25 Mei bersama-sama penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara peringkat kebangsaan.

Bersempena Hari Belia Negara (HBN) yang disambut setiap tahun pada 15 Mei, KBS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula 24 hingga 26 Mei 2024.

Perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Majlis yang bakal berlangsung pada 25 Mei 2024 ini turut diisi dengan Majlis Penyampaian APBN Peringkat Kebangsaan.

Siapakah Golongan Belia & Had Umur Yang Ditetapkan Di Malaysia

Buat masa ini, di Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah bersepakat mendefinisikan umur belia adalah 15 hingga 40 tahun selepas Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Akta 688) diperkenalkan

Namun, tahukah anda bahawa had umur 30 tahun bagi belia di Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Penurunan had umur berkenaan sejajar dengan Dasar Belia Malaysia dan takrifan umur belia di negara lain yang meletakkan had umur belia di bawah 30 tahun.

Sebagai contoh Indonesia 16-30 tahun, Filipina 15-30 tahun, Thailand 15-24 tahun, Korea 9-24 tahun, Australia 12-24 tahun.

Tarikh & Tema Sambutan Hari Belia Negara 2024

Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan pada tahun ini akan berlangsung pada 24-26 Mei 2024 dengan mengangkat tema “Yakin Boleh”.

Selari dengan tema ini, penganjuran program dan aktiviti berfokuskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda dengan 60 buah pengisian.

Sambutan di peringkat negeri pula telah berjalan serentak di seluruh negara dari 17 hingga 19 Mei 2024.

Senarai Aktiviti & Acara Hari Belia Negara 2024 – Peringkat Kebangsaan

Antara aktiviti pengisian termasuk Malam Solidariti Palestin, Larian Yakin Boleh Belia Malaysia 2024, Himpunan Komuniti Belia, perkhemahan belia, Pavilion Seni Budaya Negeri-negeri, karnival kerjaya, jualan dan pameran agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan da swasta.

Artikel berkaitan: PLKN 2025: Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (Fasa 1 & 2)

hari belia negara 2024
hari belia negara 2024

Bersempena Hari Belia Negara (HBN) yang disambut setiap tahun pada 15 Mei, KBS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula 24 hingga 26 Mei 2024.

Perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Majlis yang bakal berlangsung pada 25 Mei 2024 ini turut diisi dengan Majlis Penyampaian APBN Peringkat Kebangsaan.

Penganjuran program dan aktiviti pada tahun ini berfokuskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda dengan 60 buah pengisian.

Lebih menarik, sambutan juga turut diserikan dengan penganjuran Kembara RIUH @ HBN 2024 yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi menerusi penyelarasan oleh MyCreative Ventures Sdn. Bhd.

Sila rujuk poster di bawah untuk mengetahui acara yang bakal berlangsung.

hari belia negara 2024
hari belia negara 2024
hari belia negara 2024

Sumber: Kementerian Belia dan Sukan

Bantu kami share artikel ini: