Harga Tong Gas Terkini 2024 – KPDNHEP

Harga Tong Gas Terkini 2024 - KPDNHEP
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Harga tong gas petroleum cecair (LPG) adalah satu topik yang sering menjadi perhatian pengguna di Malaysia. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNHEP) telah menetapkan harga runcit LPG yang perlu dipatuhi oleh semua pihak penjual. 

Sebagai pengguna, kita juga perlu cakna setiap maklumat berkaitan harga barang yang ditetapkan termasuk harga tong gas yang terkini. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

Jom baca. 

Harga Tong Gas Terkini 2024

Menurut KPDNHEP, harga runcit LPG di Malaysia adalah dikawal bagi memastikan ia berpatutan dan mampu milik untuk semua pengguna. 

Harga yang ditetapkan adalah RM1.90 per kilogram (kg). Ini bermakna harga bagi silinder gas 10kg adalah RM19, silinder 12kg adalah RM22.80, dan silinder 14kg adalah RM26.60.

Harga Tong Gas Terkini 2024 - KPDNHEP

Harga ini adalah harga asas yang perlu diambil tahu oleh semua peniaga dan pengguna. 

Sekiranya anda membeli tong gas di kedai, harga ini adalah harga yang perlu anda bayar. 

Namun, jika anda memilih untuk penghantaran ke rumah, peniaga boleh mengenakan caj tambahan untuk kos pengangkutan. 

Penting untuk peniaga menyatakan dengan jelas harga jualan runcit LPG dan caj penghantaran sama ada di premis perniagaan atau dalam resit jualan.

Faktor-Faktor Yang Boleh Mempengaruhi Harga Tong Gas

Harga Tong Gas Terkini 2024 - KPDNHEP

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi harga tong gas LPG di pasaran. 

Antaranya adalah kos pengangkutan, harga bahan mentah, dan juga kos operasi peniaga. 

Sebagai contoh, kenaikan harga diesel boleh menyebabkan peningkatan kos pengangkutan yang seterusnya boleh mempengaruhi harga jualan LPG.

Walaubagaimanapun, harga yang ditetapkan tidak boleh diubah sesuka hati bagi mengaut keuntungan. 

Selain itu, permintaan dan penawaran di pasaran juga memainkan peranan penting. 

Jika terdapat kekurangan bekalan atau peningkatan permintaan yang mendadak, harga LPG mungkin akan mengalami kenaikan. 

Oleh itu, adalah penting untuk pengguna sentiasa peka dengan perkembangan semasa mengenai harga bahan bakar ini.

Harga Minyak Masak 2024

Baru-baru ini, pihak KPDNHEP turut mengumumkan bahawa harga maksimum runcit masih kekal bagi minyak masak tulen kemasan botol.

Informasi ini telah dimuatnaik di Facebook

Baru-baru ini, pihak KPDNHEP turut mengumumkan bahawa harga maksimum runcit masih kekal bagi minyak masak tulen kemasan botol.

Informasi ini telah dimuatnaik di Facebook KPDN Laman Rasmi seperti berikut:

“HARGA MAKSIMUM RUNCIT MASIH KEKAL BAGI MINYAK MASAK TULEN KEMASAN BOTOL

Kerajaan masih mengekalkan harga maksimum runcit minyak masak tulen kemasan botol dan menanggung pertambahan subsidi walaupun harga purata minyak masak mentah (CPO) meningkat melebihi harga ambang RM3,890 per tan metrik demi mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia MADANI.”

Harga Tong Gas Terkini 2024 - KPDNHEP

Tindakan Terhadap Peniaga Yang Melanggar Harga Kawalan

KPDNHEP mengambil serius isu harga kawalan LPG. 

Peniaga yang didapati menjual gas memasak melebihi harga kawalan boleh dikenakan tindakan tegas.

Sebagai contoh, baru-baru ini terdapat kes di mana peniaga di Puchong, Selangor telah dikenakan tindakan kerana menjual LPG melebihi harga kawalan yang telah ditetapkan.  

Cara Membuat Aduan KPDNHEP

Pengguna yang mendapati harga LPG yang dijual tidak mengikut harga kawalan boleh membuat aduan kepada KPDNHEP. 

Aduan boleh dibuat melalui:

  1. Talian bebas tol (1-800-886-800)
  2. Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdn.gov.my
  3. Whatsapp 

Selain itu, aduan juga boleh dibuat dengan hadir ke pejabat KPDNHEP Negeri dan Cawangan dengan mengemukakan resit pembelian atau dokumen berkaitan.

Panduan Untuk Pengguna

Sebagai pengguna, adalah penting untuk anda mengetahui hak anda dan sentiasa memeriksa harga LPG yang dijual. 

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu anda:

  • Periksa Harga: Sentiasa periksa harga yang ditetapkan oleh KPDNHEP sebelum membeli tong gas. Ini boleh mengelakkan anda daripada ditipu dengan harga yang tidak munasabah.
  • Minta Resit: Pastikan anda mendapatkan resit setiap kali membeli tong gas. Resit ini penting sebagai bukti pembelian dan boleh digunakan jika anda ingin membuat aduan.
  • Semak Caj Penghantaran: Jika anda memilih untuk penghantaran ke rumah, pastikan anda semak caj penghantaran yang dikenakan. Peniaga perlu menyatakan dengan jelas caj ini dalam resit jualan.

Penutup

Sila cakna dengan perubahan harga semasa  bagi memastikan anda membayar harga yang berpatutan dan tidak tertipu dengan harga yang tidak munasabah. Laporkan sebarang ketidakpatuhan kepada pihak berkuasa.

Rujukan:

  1. KPDNHEP
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut