Harga tong gas adalah berbeza-beza mengikut jenis dan saiz silinder, dengan harga bersubsidi untuk kegunaan isi rumah dikawal ketat oleh KPDNHEP. Sila rujuk portal rasmi KPDNHEP untuk mengetahui senarai harga terkini dan berkuat kuasa di seluruh Malaysia.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNHEP) telah menetapkan harga runcit LPG yang perlu dipatuhi oleh semua pihak penjual.
Sebagai pengguna, kita juga perlu cakna setiap maklumat berkaitan harga barang yang ditetapkan termasuk harga tong gas yang terkini.
Rujuk info penuh Harga Tong Gas Terkini 2026 dan isu berkaitan kenaikan harga tong gas.
Ringkasan Harga Tong Gas Terkini
Harga Tong Gas Terkini 2026
Menurut KPDNHEP, harga runcit LPG di Malaysia adalah dikawal bagi memastikan ia berpatutan dan mampu milik untuk semua pengguna.
Harga yang ditetapkan adalah RM1.90 per kilogram (kg). Ini bemakan, harga gas subsidi yang dikawal kerajaan masih kekal seperti berikut:
- 10kg: RM19.00
- 12kg: RM22.80
- 14kg: RM26.60

Harga ini adalah harga asas yang perlu diambil tahu oleh semua peniaga dan pengguna.
Sekiranya anda membeli tong gas di kedai, harga ini adalah harga yang perlu anda bayar.
Namun, jika anda memilih untuk penghantaran ke rumah, peniaga boleh mengenakan caj tambahan untuk kos pengangkutan.
Penting untuk peniaga menyatakan dengan jelas harga jualan runcit LPG dan caj penghantaran sama ada di premis perniagaan atau dalam resit jualan.

Isu Kenaikan Harga Tong Gas
Untuk pengetahuan semua, isu kenaikan harga LPG yang baru-baru ini tular ini hanya melibatkan silinder gas komersial, iaitu C14C (14kg komersial) dan C50 (50kg industri).
Ini bermaksud, gas LPG yang digunakan oleh kebanyakan isi rumah tidak terjejas sama sekali.
Nonton video penjelasan KPDNHEP di bawah:
Rujuk juga perincian kenaikan harga LPG yang melibatkan silinder gas komersial C14C (14kg komersial) dan C50 (50kg industri) seperti di bawah:
1. C14C (14kg Komersial) – berwarna ungu
Gas ini biasanya digunakan oleh perniagaan kecil hingga sederhana seperti restoran dan katering.
- Kenaikan: RM14 setong
- Harga asal (anggaran): RM70 – RM90
Peratus kenaikan:
- RM70 → RM84 = +20%
- RM80 → RM94 = +17.5%
- RM90 → RM104 = +15.5%
Secara keseluruhan, kenaikan ini dianggarkan sekitar 15% hingga 20%, yang boleh dianggap agak tinggi bagi kos operasi perniagaan.
2. C50 (50kg Industri)
Gas bersaiz besar ini pula digunakan oleh industri seperti kilang, hotel dan dobi berskala besar.
- Kenaikan: RM50 setong
- Harga asal (anggaran): RM220 – RM280
Peratus kenaikan:
- RM220 → RM270 = +22.7%
- RM250 → RM300 = +20%
- RM280 → RM330 = +17.8%
Anggaran kenaikan adalah sekitar 18% hingga 23%, yang sememangnya memberi tekanan kepada kos operasi industri.
Siapa Yang Akan Terjejas?
Kenaikan harga gas komersial ini dijangka memberi kesan kepada beberapa sektor utama, terutamanya:
- Industri dobi
- Hotel dan penginapan
- Bakeri dan pengusaha makanan
- Industri kecil dan sederhana (SME)
- Restoran berskala besar
Walaupun begitu, peniaga kecil seperti gerai atau warung masih dibenarkan menggunakan gas subsidi dengan syarat penggunaan tidak melebihi 3 tong 14kg (42kg) pada satu masa tanpa permit khas.
Untuk lebih memahami, berikut adalah perbezaan utama antara kedua-dua jenis gas LPG:
| Ciri | Gas Subsidi | Gas Tanpa Subsidi |
|---|---|---|
| Kawalan Harga | Dikawal kerajaan | Mengikut pasaran |
| Pengaruh Global | Tidak terjejas | Dipengaruhi pasaran antarabangsa |
| Tanggung Kos | Ditanggung kerajaan | Ditanggung pengguna/industri |
| Sasaran Pengguna | Isi rumah & peniaga kecil | Industri & komersial |
| Kestabilan Harga | Stabil | Berubah setiap bulan |
| Tujuan | Kurangkan beban rakyat | Sokong pasaran terbuka |
Selain itu, cara mudah untuk mengenal pasti adalah melalui:
- Warna tong gas
- Jenis penggunaan (rumah vs industri)
- Harga jualan (komersial lebih mahal)

Faktor Mempengaruhi Harga Tong Gas
Faktor-faktor yang mempengaruhi harga tong gas di Malaysia meliputi pelbagai aspek seperti dasar subsidi kerajaan, turun naik harga pasaran global, dan kos logistik tempatan.
Sebagai contoh, kenaikan harga diesel boleh menyebabkan peningkatan kos pengangkutan yang seterusnya boleh mempengaruhi harga jualan LPG.
Walaubagaimanapun, harga yang ditetapkan tidak boleh diubah sesuka hati bagi mengaut keuntungan.
Selain itu, permintaan dan penawaran di pasaran juga memainkan peranan penting.
Harga LPG bersubsidi kekal pada RM1.90 per kg kerana subsidi menampung kos tambahan, tetapi faktor luaran seperti harga minyak mentah boleh memicu pelarasan jangka panjang.
BACA JUGA: Kenaikan Harga Minyak: Punca, Kesan & Impak Kepada Malaysia dan Asia
Harga Minyak Masak 2026
Harga minyak masak di Malaysia pada 2026 dikawal melalui skim penstabilan harga oleh KPDNHEP untuk memastikan kestabilan bekalan dan harga mampu milik. Harga runcit untuk minyak masak tulen kekal stabil dengan subsidi kerajaan.
Setakat April 2026, harga minyak masak paket 1kg subsidi kekal ditetapkan pada RM2.50 bagi pelbagai jenama.
Bagi minyak masak botol 5kg, harga runcit purata dilaporkan sekitar RM29 hingga RM30.90, dengan harga berbeza mengikut premis seperti 99 Speedmart dan pasar raya lain.


Butiran Harga Minyak Masak (April 2026):
- Minyak Masak Paket 1kg (Subsidi): RM2.50.
- Minyak Masak Botol 5kg (Bukan Subsidi): RM30.90 (harga maksimum)
Pembelian minyak masak 1kg dalam paket hanya dibenarkan untuk warganegara Malaysia dan hanya untuk kegunaan isi rumah.
Penguatkuasaan ini adalah di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 yang berfungsi mengawal ketirisan dan penyelewengan barang kawalan.

Panduan Untuk Pengguna
Sebagai pengguna, adalah penting untuk anda mengetahui hak anda dan sentiasa memeriksa harga LPG yang dijual.
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu anda:
- Periksa Harga: Sentiasa periksa harga yang ditetapkan oleh KPDNHEP sebelum membeli tong gas. Ini boleh mengelakkan anda daripada ditipu dengan harga yang tidak munasabah.
- Minta Resit: Pastikan anda mendapatkan resit setiap kali membeli tong gas. Resit ini penting sebagai bukti pembelian dan boleh digunakan jika anda ingin membuat aduan.
- Semak Caj Penghantaran: Jika anda memilih untuk penghantaran ke rumah, pastikan anda semak caj penghantaran yang dikenakan. Peniaga perlu menyatakan dengan jelas caj ini dalam resit jualan.
Maklumat Lanjut & Cara Buat Aduan KPDNHEP
Pengguna yang mendapati harga LPG yang dijual tidak mengikut harga kawalan boleh membuat aduan kepada KPDNHEP melalui saluran berikut:
- WhatsApp: 019-848 8000
- Portal: eaduan.kpdn.gov.my
- Hotline: 1-800-886-800
- Aplikasi: Ez ADU KPDN
Selain itu, aduan juga boleh dibuat dengan hadir ke pejabat KPDNHEP Negeri dan Cawangan dengan mengemukakan resit pembelian atau dokumen berkaitan.

Soalan Lazim Harga Tong Gas Terkini
RM26.60 untuk LPG bersubsidi (hijau/kuning/jingga), tidak termasuk caj penghantaran.
Harga tong gas subsidi untuk kegunaan domestik adalah kekal, hanya gas komersial C14C (14kg komersial) dan C50 (50kg industri) mengalami perubahan harga.
Harga runcit LPG bersubsidi ditetapkan pada RM1.90 per kg, menjadikan tong 10kg RM19.00, 12kg RM22.80, dan 14kg RM26.60. Harga ini tidak termasuk caj penghantaran yang boleh ditetapkan secara berasingan oleh peniaga.
Tidak, harga tong gas domestik bersubsidi (warna hijau, kuning, jingga) kekal RM26.60 dan tidak terjejas oleh pelarasan harga komersial.
Tong bersubsidi (hijau/kuning/jingga) untuk kegunaan domestik dengan harga stabil RM1.90/kg; tong komersial (ungu) ikut pasaran tanpa subsidi dan lebih mahal.
Ya, caj penghantaran dibenarkan tetapi mesti jelas dalam resit dan tidak boleh melebihi harga runcit asas yang ditetapkan KPDNHEP.
Laporkan melalui e-aduan.kpdn.gov.my, WhatsApp 019-848 8000, atau hotline 1-800-886-800. KPDNHEP akan ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga.




