Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak mulai 30 September 2025!

Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.

Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu.

Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan MADANI dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan kita hari ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah.

Ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri melalui sebuah hantaran terkini di Facebook beliau dan juga pengumuman rasmi oleh Kementerian Kewangan sebentar tadi.

ron95 turun mulai 30 september 2025

Sebelum ini, beliau berkata bahawa pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar Kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi.

@beritartm

Harga petrol RON95 untuk rakyat turun ke RM1.99 seliter ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’ ‘Yang sahih di RTM’ #MalaysiaMadani #BeritaRTM #taatsetia #RTM #TaatSetia RancakkanMADANI

♬ original sound – Berita RTM – Berita RTM

“Bagi 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun, sungguhpun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat.

“Pada masa yang sama, warganegara asing perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi,” katanya.

Maklumat lanjut tentang pelaksanaan ini akan diperincikan dalam masa terdekat.

Soalan Lazim Tentang Harga Minyak Turun RM1.99/liter

Bila harga minyak petrol RON95 akan turun ke RM1.99?

Seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak mulai 30 September 2025!
Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Butiran lanjut berkenaan mekanisme pelaksanaan akan diumumkan dalam masa terdekat.ron95 turun mulai 30 september 2025

Siapa yang akan menerima manfaat ini?

Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta rakyat Malaysia, termasuk:
-Pemandu kereta
-Penunggang motosikal
-Belia seawal usia 16 tahun
-Pekerja gig (seperti penghantar makanan dan penunggang e-hailing)
Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.

Apakah skop subsidi bersasar ini?

Subsidi ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak. Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.

Berapa perbezaan antara harga semasa dan harga baharu?

Harga semasa RON95 yang disubsidi adalah sekitar RM2.05 seliter.Harga baharu akan menjadi RM1.99 seliter. Perbezaannya kira-kira 6 sen lebih murah.

Apa mekanisme pelaksanaan yang akan digunakan?

Kerajaan masih dalam proses menetapkan mekanisme lengkap. Antara pendekatan yang dipertimbangkan termasuk:
-Penggunaan MyKad yang diintegrasikan dengan pangkalan data kerajaan
-Sistem e-dompet atau kad debit yang berkaitan
Perincian teknikal akan diumumkan sebelum pelaksanaan akhir September 2025.

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Biografi User