Harga Emas Hari Ini & Semakan Kadar Jangkaan Naik Turun

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sekiranya anda berminat membuat pelaburan dan instrumen emas, anda mestilah mengetahui harga emas hari ini bagi memastikan anda dapat memaksimumkan keuntungan dan mengurangan risiko.

Seperti mana instrumen pelaburan lain, harga emas juga menyaksikan trend penurunan turun dan naik harganya pada setiap hari.

Paling penting, pastikan anda membuat urusan jual-beli emas anda di penjual atau agen yang dipercayai sahaja kerana pelaburan emas juga merupakan lubuk buat scammer atau penipu menjalankan kegiatan penipuan mereka terutamanya bagi pelabur yang tidak cakna akan hal ini.

Pelaburan emas biasanya digalakkan untuk individu yang ingin membuat pelaburan jangka masa panjang dan sanggup menuggu apabila ingin menukarkan kepada wang kerana emas tidak mudah dicairkan.

Perbezaan kadar emas semasa

harga emas hari ini

Apabila anda melihat kadar emas semasa, anda perlu memerhatikan beberapa perkara:

  1. Unit – Sama ada harga per gram, auns, kilogram dan sebagainya
  2. Gred – Sama ada harga yang dinyatakan untuk emas 999, 950, 916, 875 sebagainya

Paparan di atas merupakan contoh harga emas hari ini (28/3/22) yang dipaparkan dalam laman web Ar-Rahnu YaPEIM yang dibezakan mengikut gred emas dan harganya dinyatakan untuk setiap gram emas.

Kesilapan kecil seperti tersilap melihat gred emas dan unit harga yang dipaparkan akan menyebabkan anda kerugian besar dalam pelaburan emas.

Harga Emas Hari Ini

Harga emas hari ini turun RM259.28 pergram, turun sebanyak RM-3.03 berbanding semalam RM262.31 pergram.

Indeks emas semasa 9798 pada 11-5-2022 jam 08-57 via https://live.hargaemas.my

Baca juga:

Cara dapatkan harga emas terkini

harga emas hari ini

Seperti yang dimaklumkan di atas, harga emas berubah setiap hari dan cara terbaik untuk mendapatkan harga emas hari ini adalah dengan menyemak laman web penjual emas sendiri atau sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Berikut merupakan beberapa pautan yang boleh dilayari untuk mengetahui harga emas hari ini.

  1. Gold Rate
  2. Public Gold
  3. Ar-Rahnu YaPEIM
  4. Ar-Rahnu Bank Rakyat
  5. Live Harga Emas

Harap maklum bahawa harga emas yang dinyatakan oleh setiap laman di atas mungkin berbeza kerana setiap penjual boleh menetapkan sendiri harga jualan atau belian emas mereka.

Malah, lokasi yang berbeza contohnya antara Kuala Lumpur dan Melaka juga mungkin akan menyaksikan sedikit perbezaan harga emas.

Contoh semakan harga emas terkini di laman web Live Harga Emas

Kadar Jangkaan Naik Turun Harga Emas

Antara topik hangat dalam kalangan pelabur emas adalah harga ramalan atau kadar jangkaan turun naik emas dalam beberapa bulan akan datang.

Secara jujurnya, tiada siapa yang dapat meramalkan dengan tepat berapakah harga emas pada masa akan datang da berapakah kadar turun naik harga emas pada masa hadapan.

Harga emas ditentukan oleh pelbagai faktor yang seperti keadaan ekonomi semasa, kestabilan politik dan sebagainya.

Malah, panndemik COVID-19 yang melanda kita juga sedikit sebanyak mempengaruhi pasaran harga emas dimana para pelabur ketika itu mula beralih kepada pelaburan emas bagi mengurangkan risiko yang meningkat dalam fasa pandemik.

Kadar turun naik matawang dollar AS juga mempunyai kesan ke atas harga emas hari ini memandangkan emas sendiri mempunyai atribut monetori tertentu.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan pelaburan dalam emas dan membuat anggaran kadar harga emas pada masa akan datang, cara terbaik adalah dengan membuat kajian anda sendiri melalui pembacaan daripada isu-isu semasa dan analisa daripada orang-orang lain.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut