Wabak Hantavirus kini menjadi perhatian dunia selepas kematian di atas sebuah kapal persiaran, MV Hondius baru-baru ini telah mencetuskan kebimbangan ramai.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kemungkinan lebih banyak kes akan dikesan jika tiada langkah pencegahan diambil.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai wabak ini.
Apa Itu Wabak Hantavirus?
Hantavirus merupakan kumpulan virus bawaan tikus yang boleh menyebabkan penyakit serius dan berpotensi maut kepada manusia.
Virus ini ditemui di pelbagai bahagian dunia, terutama di benua Amerika, Eropah dan Asia.
Manusia yang dijangkiti wabak lazimnya memberi kesan kepada sistem pernafasan atau buah pinggang, bergantung kepada jenis strain virus yang terlibat.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), mereka kini memantau rapi perkembangan penularan jangkitan hantavirus susulan laporan kes pada peringkat global.

Cara Merebak
Umumnya, wabak ini tidak mudah berjangkit antara manusia dan jangkitan biasanya berlaku melalui:
- Sentuhan dengan air kencing, najis atau air liur tikus yang dijangkiti
- Menyedut zarah virus di udara (seperti di ruang tertutup yang tercemar)
Walau bagaimanapun, bagi strain Andes, penularan manusia ke manusia boleh berlaku melalui hubungan rapat dan berpanjangan seperti antara ahli keluarga atau penjaga pesakit.
Simptom Jangkitan
Simptom awal sering tidak spesifik yang menyebabkan ia sukar dikesan pada peringkat awal namun mereka yang dijangkiti wabak ini lazimnya:
- Demam tinggi dan keletihan melampau
- Sakit otot dan sakit kepala
- Loya, muntah atau cirit-birit
Dalam kes lebih serius, pesakit boleh mengalami simptom-simptom berikut:
- Tekanan darah rendah dan kegagalan organ
- Radang paru-paru teruk
- Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS)
Individu Berisiko
Individu yang lebih berisiko dijangkiti wabak ini adalah seperti berikut:
- Pekerja makmal atau petugas kesihatan yang terdedah tanpa perlindungan mencukupi
- Individu yang berada di kawasan habitat tikus liar
- Pelancong ekopelancongan atau aktiviti luar seperti memerhati burung
Rawatan Bagi Pesakit
Pada ketika ini, tiada vaksin khusus untuk Hantavirus, tiada ubat antivirus khusus dan rawatan tertumpu kepada sokongan perubatan intensif, termasuk bantuan pernafasan dan rawatan rapi.
Oleh sebab itu, pengesanan awal amat penting untuk meningkatkan peluang pemulihan mereka yang dijangkiti wabak ini.
Langkah Pencegahan
Langkah pencegahan bagi mengelakkan dijangkiti wabak ini adalah seperti berikut:
- Elakkan sentuhan dengan tikus dan persekitarannya
- Pastikan kebersihan kawasan rumah dan tempat kerja
- Gunakan sarung tangan dan pelitup muka ketika membersih kawasan berisiko
- Dapatkan rawatan segera jika mengalami simptom selepas terdedah

Langkah Kesiapsiagaan KKM
KKM telah mengambil langkah kesiapsiagaan seperti:
- Pemantauan situasi antarabangsa secara berterusan melalui WHO, International Health Regulations (IHR) National Focal Point, dan rangkaian amaran kesihatan global.
- Pemeriksaan dan pemantauan sanitasi kapal seta pengesanan (infestasi tikus di pelabuhan antarabangsa) melalui pelaksanaan langkah kawalan di bawah IHR 2005.
- Pengukuhan pemantauan di semua Pintu Mask Antarabangsa.
- Pengukuhan kapasiti makmal bag menjalankan ujian pengesahan strain baru termasuk Andes Virus (ANDV).
- Peningkatan aktiviti survelan penyakit berjangkit dan Event-Basea Surveillance (EBS) bagi mengesan sebarang kejadian luar biasa dengan segera.
- Kerjasama rentas agensi termasuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan pihak berkuasa tempatan dalam aspek kawalan vektor dan kebersihan persekitaran.

Soalan Lazim
Hantavirus merupakan kumpulan virus bawaan tikus yang boleh menyebabkan penyakit serius dan berpotensi maut kepada manusia.
– Sentuhan dengan air kencing, najis atau air liur tikus yang dijangkiti
– Menyedut zarah virus di udara
– Demam tinggi dan keletihan melampau
– Sakit otot dan sakit kepala
– Loya, muntah atau cirit-birit
Namun, dalam kes yang lebih serius, pesakit akan mengalami simptom seperti:
– Tekanan darah rendah dan kegagalan organ
– Radang paru-paru teruk
– Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS)
– Pekerja makmal atau petugas kesihatan yang terdedah tanpa perlindungan mencukupi
– Individu yang berada di kawasan habitat tikus liar
– Pelancong ekopelancongan atau aktiviti luar seperti memerhati burung
Tiada.
Rawatan tertumpu kepada sokongan perubatan intensif, termasuk bantuan pernafasan dan rawatan rapi.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-dunia/hantavirus-jadi-perhatian-dunia-ini-orang-ramai-perlu-tahu
Baca juga: Malaria Monyet : Punca, Gejala & Langkah Pencegahan – KKM




