Hadiah Untuk Suami: 15 Idea Hadiah Yang Unik & Istimewa

Suami adalah merupakan insan yang paling banyak berkorban untuk keluarga selepas  mendirikan rumah tangga. Sekali-sekala apa salahnya untuk anda berikan hadiah untuk suami sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan atas pengorbanan mereka.

Anda tidak semestinya perlu menunggu ketibaan hari jadi ataupun hari bapa untuk memberikan sang suami hadiah. Anda boleh berikan kejutan pada hari-hari biasa untuk mengeratkan lagi hubungan kalian berdua sebagai pasangan suami isteri.  

hadiah untuk suami

Sekiranya anda tidak tahu hendak memberikan hadiah apa untuk sang suami, maka anda wajib membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Pada artikel kali ini,  kami  ingin berkongsi beberapa idea hadiah yang praktikal dan istimewa untuk suami anda. Semoga boleh membantu anda memilih hadiah untuk suami yang  tercinta. 

15 Idea Hadiah Untuk Suami

1. Kasut Sukan

Sekiranya suami anda suka bersukan, hadiahkanlah sepasang kasut sukan baru untuknya. Anda boleh pilih jenama kasut yang memang terkenal dengan kualitinya contohnya seperti Skechers, Puma, Adidas, Nike dan sebagainya. 

Kasut Puma: https://shopee.com.my/uwalkmy.os/13021220673

2. Mesin Pembuat Kopi

Suami anda penggemar setia kopi? Hah, apa kata anda hadiahkan sebuah mesin pembuat kopi sempena hari istimewanya. Pasti suami anda akan tersenyum sampai ke telinga! 

Dengan kehadiran mesin pembuat kopi ini, ia akan memudahkan suami anda untuk menikmati kopi pada bila-bila masa tanpa perlu ke kedai kopi setiap hari. Bolehlah berjimat sedikit. 

Mesin pembuat kopi: https://shopee.com.my/mypropappa/13226899476

3. Hoodie/Jaket

Terdapat pelbagai pilihan hoodie ataupun jaket yang anda boleh berikan kepada suami sebagai hadiah. Lebih-lebih lagi apabila suami anda bekerja pada waktu malam atau pun menaiki motorsikal untuk pergi bekerja.

Dengan pemilihan hoodie ataupun jaket yang tepat, ia mampu menyerlahkan aura serta  personaliti suami anda dengan lebih baik. 

Hoodie: https://shopee.com.my/lefonse.os/10944773817

4. Smart Watch

Smart watch adalah merupakan jam yang mempunyai pelbagai ciri-ciri khas yang boleh sangat berguna untuk kehidupan seharian. Contohnya seperti, mengukur degupan jantung, membantu memantau tahap kecergasan diri, dan pelbagai lagi.

Antara pilihan smart watch yang terbaik adalah jenama Apple, Samsung, Realme, Huawei dan sebagainya. 

Smart watch Huawei: https://shopee.com.my/cyiypoud7b/20114564490

5. Set Dumbell

Dumbell adalah merupakan alat senaman yang terdiri daripada batang besi dan terdapat pemberat kepada kedua-dua hujungnya. Satu set dumbell mempunyai berat yang berbeza dan sesuai digunakan untuk aktiviti senaman. Hadiahkan set dumbell ini untuk menyokong suami anda mengamalkan gaya hidup sihat sentiasa.

Set dumbell: https://shopee.com.my/mcfit.my/9662554935

6. Bola Futsal

Jika suami anda suka bermain futsal, inilah masanya untuk hadiahkan sebuah bola futsal untuknya. Bola tersebut boleh digunakan untuk bermain futsal di kawasan rumah ataupun bermain bersama anak-anak. Harganya pun agak berpatutan dan mampu milik. 

Bola futsal: https://shopee.com.my/onestoremy/13307212367

7. Seluar Jeans

Seluar jeans sesuai digayakan dengan pelbagai gaya yang santai. Anda boleh hadiahkan seluar jeans untuk suami anda bagi menggantikan seluar jeansnya yang telah lusuh atau untuk menambah koleksi seluar jeans beliau. 

Seluar jeans: https://shopee.com.my/jamaluddinkhalid/1502553430

8. Baju Jersi

Baju jersi adalah merupakan salah satu jenis baju kegemaran ramai kaum lelaki. Hal ini kerana, jenis kainnya yang lembut dan selesa dipakai. Lebih-lebih lagi apabila baju tersebut melambangkan baju pemain atau kelab bola sepak yang mereka minati.

Baju jersi: https://shopee.com.my/rj.superstore/20623161053 

9. Kerusi Ergonomik

Kerusi ergonomik adalah merupakan hadiah yang sangat sesuai sekiranya suami anda bekerja daripada rumah ataupun seringkali duduk lama di hadapan komputer/laptop.

Kerusi memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga kesihatan tulang belakang dengan menyokong tulang belakang agar berada dalam posisi yang betul dan selesa.

Dengan reka bentuk dan material yang digunakan, kerusi ini sememangnya sangat sesuai dijadikan hadiah untuk suami anda kerana kualitinya yang tinggi. 

Kerusi ergonomik: https://shopee.com.my/rong_river.my/16290306505

10. Kamera

Sokong minat fotografi suami anda dengan menghadiahkannya sebuah kamera Canon EOS 3000D DSLR ini. Kamera ini sangat sesuai untuk pemula ataupun sesiapa yang mempunyai hobi untuk mengambil gambar.

Harganya pun tidaklah terlalu tinggi. Sangat sesuai untuk digunakan mengambil gambar ketika bercuti bersama keluarga, pemandangan, vlog dan sebagainya. 

Canon EOS 3000D DSLR: https://shopee.com.my/n4camerastore.os/1077713535

11. Beg Galas

Cuba perhatikan beg galas suami anda yang sering beliau bawa ke tempat kerja setiap hari. Sekiranya beg tersebut agak lusuh dan tidak pernah berganti setelah beberapa tahun, inilah masanya untuk anda hadiahkan sebuah beg galas untuk suami anda.

Pilih beg yang praktikal dan selesa dipakai. Anda boleh pilih beg jenama TEEMI ini. Barulah suami semangat nak pergi kerja setiap hari!

Bag TEEMI: https://shopee.com.my/teemi.os/3654218712

12. Mug

Hadiahkan self stirring mug spin ini untuk suami anda menikmati minuman panas dengan lebih baik. Mug ini boleh berputar sendiri untuk mengacau larutan air serta yang paling menarik, ia akan memastikan air minuman di dalamnya sentiasa panas. 

Mug: https://shopee.com.my/shealthcare/7347076341

13. Minyak Wangi

Minyak wangi jenama Versace adalah merupakan salah satu jenama minyak wangi lelaki yang popular. Mempunyai bau maskulin, anda boleh dapatkan minyak wangi ini dengan harga yang berpatutan. 

Minyak wangi: https://shopee.com.my/luthandmedd_penang_official/8562029100

14. Pad Penyejuk Laptop

Untuk suami yang bekerja di hadapan laptop, anda boleh hadiahkannya pad penyejuk laptop ini. Pad penyejuk laptop ini berfungsi untuk memastikan bateri laptop tidak panas terutamanya apabila digunakan dalam tempoh yang lama. Ia juga akan membantu laptop untuk tahan lebih lama. 

Pad penyejuk laptop: https://shopee.com.my/rhinocare/11485916935

15. Kereta Kontrol

Apa salahnya anda beri peluang kepada suami anda untuk kembali mengimbau ke zaman kanak-kanaknya dengan menghadiahkan sebuah kereta kontrol untuknya.

Terdapat pelbagai jenis kereta kontrol yang anda boleh pilih sebagai hadiah untuk suami yang dijual di Shopee. Ada yang siap boleh bertukar menjadi robot lagi!

Kereta kontrol: https://shopee.com.my/ffu1999/4041719230

Apapun, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!