Akaun Bank Bekas Suami Akan Dibekukan Jika Tidak Bayar Nafkah

Akaun bank bekas suami akan dibekukan jika mereka ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada bekas isteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman berkenaan berkenaan ketika ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu, 19 Mac yang lalu.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerajaan bagi menjaga kepentingan wanita dan anak-anak dalam isu tuntutan nafkah.

Menerusi inisiatif ini, bayaran terus nafkah kepada bekas isteri akan dilakukan dari bank suami melalui potongan bank.

“Apabila kes mahkamah dimenangi wanita dalam tuntutan nafkah, sukar bekas suami untuk bayar dan mereka ingkar perintah mahkamah.

“Jadi apabila kita bekukan, jika mahkamah perintahkan bayaran RM1,000 sebulan jadi bank akan diarahkan untuk bayar terus kepada isteri,” katanya.

pembekuan akaun bekas suami
Akaun Bank Bekas Suami Tidak Bayar Nafkah Akan Dibekukan – BERNAMA

Sementara itu, bagi menjaga dan menghargai peranan wanita, Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa kerajaan memberi kelonggaran kepada isteri yang kematian suami dibenarkan wanita bekerja dari rumah sehingga tamat tempoh iddah.

Sebelum ini, Ismail berkata ketua jabatan dan pengurusan tertinggi semua organisasi diwajibkan membenarkan wanita yang kematian suami bekerja dari rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian bagi membolehkan urusan keluarga serta peninggalan suami dapat diselesaikan.

Sumber: BERNAMA, Sinar Harian

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!