15 Pilihan Hadiah Untuk Harijadi Kanak-Kanak Lelaki Yang Menarik

Sambutan harijadi akan menjadi salah satu perkara yang akan dikenang oleh seorang kanak-kanak. Tidak kiralah untuk kanak-kanak lelaki mahupun perempuan. Biasanya, hadiah untuk kanak-kanak diberikan mengikut jantina untuk kesesuaian mereka. 

hadiah untuk harijadi kanak-kanak

Pemberian hadiah untuk harijadi kanak-kanak sebaiknya haruslah berguna serta meninggalkan kenangan yang manis untuk si kecil. Jadi, sekiranya anda sedang mencari hadiah yang sesuai, berikut kami kongsikan beberapa pilihan hadiah untuk harijadi kanak-kanak yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki.

Jom semak!

15 Pilihan Hadiah Untuk Harijadi Kanak-Kanak Lelaki

1. Tabung

Amalan yang baik perlu ditanamkan sejak daripada kecil, contohnya seperti amalan menabung.  Oleh itu, anda boleh menghadiahkan tabung untuk hari jadi mereka.

Pilih tabung yang mempunyai corak menarik ataupun lukisan kartun yang menjadi kegemaran kanak-kanak untuk menggalakkan lagi mereka agar lebih berminat untuk menabung.

Tabung: https://shopee.com.my/tcchang/9971562337

2. Set Lego

Permainan Lego mempunyai banyak kelebihan untuk kanak-kanak tidak kira lelaki ataupun perempuan. Ia mampu melatih kemahiran berfikir, kemahiran mengetahui pelbagai jenis bentuk, mengenali warna serta membantu mengembangkan lagi kreativiti kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis rekabentuk lego yang anda boleh pilih mengikut umur ataupun kesukaan anak anda. 

Set lego: https://shopee.com.my/jollybee.my/4183440239

3. Set Alat Tulis

Sekiranya kanak-kanak tersebut sudah mula bersekolah, anda pertimbangkan untuk memberikan set alat tulis sebagai hadiah hari jadi. Set alat tulis ini boleh digunakan untuk di sekolah sekaligus membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa.

Biasanya dalam satu set lengkap, terdapat pelbagai item yang disertakan sekali seperti pemadam, pengasah, pensel, pembaris dan sebagainya.

Set alat tulis: https://shopee.com.my/vc_art_stat/4647586206

4. Buku Elektronik Mommy Hana

Buku elektronik keluaran mommy Hana adalah antara buku yang sangat sesuai untuk pembelajaran awal kanak-kanak. Buku elektronik ini mampu menarik minat kanak-kanak untuk membaca dan menyukai buku. 

Hal ini kerana, Buku ini mempunyai ilustrasi bergambar yang menarik serta bunyi yang dapat menarik perhatian kanak-kanak sekaligus membantu untuk mengelakkan ketagihan gadget.

Buku elektronik Mommy Hana: https://shopee.com.my/yusliasuhana/4241655129

5. Meja Belajar

Bagi menggalakkan kanak-kanak suka belajar,  anda boleh hadiahkannya sebuah meja belajar. Terdapat pelbagai jenis meja belajar yang anda boleh pilih mengikut warna kesukaan anak anda. Dengan adanya meja  belajar, ia dapat melatih kanak-kanak untuk fokus dan berdisiplin ketika belajar. 

Meja belajar: https://shopee.com.my/llperfect/5791360307

6. Skuter Mini

Untuk kanak-kanak lelaki yang lasak, skuter mini memang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah. Pastikan anda beli alat keselamatan seperti helmet, pad lutut dan tangan, dan sebagainya juga. Bermain skuter boleh membantu meningkatkan koordinasi anak anda serta melatih keberaniannya. 

Skuter mini: https://shopee.com.my/bubustore88/11755031392

7. Puzzle

Setiap anak mempunyai personaliti diri yang tersendiri. Sekiranya anak anda seorang yang suka mencuba dan pantang menyerah, anda boleh hadiahkan sebuah set puzzle untuknya.

Bermain puzzle sangat baik untuk melatih kesabaran, merangsang kemahiran berfikir serta cara untuk menyelesaikan masalah. Biasanya, puzzle sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun ke atas. 

Puzzle: https://shopee.com.my/mamakiddy/5657135522

8. Botol Air

Setiap kanak-kanak digalakkan untuk membawa air sendiri apabila pergi ke sekolah. Sehubungan dengan itu, botol air adalah merupakan salah satu item yang diperlukan.

Anda boleh hadiahkan sebuah botol air yang sesuai untuk kanak-kanak contohnya botol air yang mempunyai straw dan pemegang yang kukuh. Anda juga boleh pilih botol air yang mempunyai corak yang menarik ataupun ilustrasi kartun kegemaran anak anda. 

Botol air: https://shopee.com.my/golittledeer/14686248969

9. Kolam Mini

Dengan adanya kolam mini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk membawa anak anda pergi bermandi-manda di luar rumah. Keselamatan anak-anak juga akan lebih terjamin. Oleh itu, hadiahkanlah anak anda dengan sebuah kolam mini yang mudah dibawa ke mana-mana dan mudah untuk digunakan. 

Kolam mini: https://shopee.com.my/wiseparadiseonline/4682812005

10. Trampoline 

Bagi kanak-kanak yang suka memanjat ataupun melompat,  trampoline adalah merupakan pilihan hadiah yang terbaik. Pastikan anda memilih trampolin yang mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk anak anda.

Trampoline: https://shopee.com.my/mamakiddies/98498195

11. Sejadah Digital Kanak-kanak

Bagi menggalakkan kanak-kanak belajar menunaikan solat, Anda boleh hadiahkan mereka sejadah digital yang membantu kanak-kanak belajar solat dengan lebih mudah. Dengan suara atau audio yang jelas dan mudah diikuti, kanak-kanak akan mudah memahami dan menghafal.

Sejadah digital kanak-kanak: https://shopee.com.my/alqurandigitaliqra/6534917430

12. Set Gelongsor Mini

Set gelongsor mini adalah merupakan salah satu pilihan idea yang terbaik untuk hari jadi kanak-kanak lelaki. Anda tidak perlu lagi risau untuk membawa anak-anak anda pergi ke taman permainan. Mereka boleh bermain sepuas hati dan pada bila-bila masa. 

Set gelongsor mini: https://shopee.com.my/babykitty2020/5244508503

13. Komik

Untuk kanak-kanak yang sudah boleh membaca, anda boleh mempertimbangkan untuk memberikan mereka komik sebagai hadiah harijadi.

Membaca komik dapat membantu menerapkan nilai murni,  menambah imaginasi, menambah kosa kata dan sebagainya. Antara pilihan komik kanak-kanak yang popular ialah komik Ejen Ali (mempunyai 23 siri). 

Komik Ejen Ali: https://shopee.com.my/kualitibooks/3735951661

14. Set Pensil Warna

Bagi membantu mengembangkan kreativiti dan membolehkan kanak-kanak belajar mengenali warna secara tidak langsung, anda boleh hadiahkan mereka sebuah set pensil warna.

Anda boleh pilih set pensil warna yang mempunyai lebih 12 warna untuk memberi lebih kepuasan dalam mewarna. Harga untuk satu set pensil warna juga sangat berpatutan dan mampu milik. 

Set pensil warna: https://shopee.com.my/kidsventure/8998023564

15. Beg Sekolah Kanak-kanak

Beg sekolah adalah merupakan barang keperluan untuk kanak-kanak yang sudah bersekolah. Anda boleh membantu meringankan beban ibu bapa dengan menjadikan beg sekolah sebagai hadiah harijadi. Kira macam 2 in 1 lah. Jadi, tak perlu lagi beli beg sekolah bila diperlukan nanti.

Beg sekolah: https://shopee.com.my/happyparcel/10700567602

Akhir kata, semoga hadiah yang anda berikan memberi manfaat kepada penerimanya!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!