Hadiah Anniversary: 17 Item Yang Menarik Untuk Isteri Tercinta

hadiah anniversary
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ulangtahun perkahwinan ataupun anniversary adalah merupakan tarikh yang terbaik untuk anda menunjukkan penghargaan kepada pasangan anda. Selain ucapan, hadiah istimewa untuk pasangan adalah salah satu cara terbaik untuk meraikan hari bermakna tersebut. 

hadiah anniversary

Untuk artikel kali ini, kami kongsikan beberapa idea hadiah anniversary yang menarik untuk diberikan kepada isteri tercinta. Semoga ia dapat memberi inspirasi untuk membantu anda semasa mencari hadiah. 

Tunggu apa lagi, jom semak!

17 Idea Hadiah Anniversary Untuk Isteri

1. Barangan Kemas

Hadiahkan isteri anda barang kemas sempena hari anniversary anda berdua. Barang kemas adalah merupakan aksesori yang menjadi pilihan kebanyakan wanita dan boleh menjadi aset yang menguntungkan pada masa hadapan. 

Di Shopee, anda boleh dapatkan koleksi barang kemas daripada Habib Jewels. Pastikan anda membeli di kedai Habib yang official ya.  

HABIB Oro Italia Graffetta Jemisha Gold Bracelet: https://shopee.com.my/habib.os/12041707224

2. Beg Tangan

Beg tangan adalah merupakan salah satu item penting untuk setiap wanita. Bukan sahaja untuk digayakan, beg tangan juga mempunyai pelbagai kegunaan yang lain contohnya seperti tempat menyimpan barang penting dan sebagainya. 

Apa kata anda hadiahkan isteri anda sebuah beg tangan berjenama dengan kualiti yang terbaik serta sesuai digunakan ke mana-mana sahaja. Pasti isteri anda menyukainya!

Beg tangan: https://shopee.com.my/drcardin.os/6996626382

3. Telekung Siti Khadijah

Telekung adalah salah satu hadiah yang sudah pasti disukai dan akan sentiasa digunakan oleh isteri anda. Bukan itu sahaja, anda sebagai pemberi juga pasti akan mendapat pahala setiap kali isteri anda menggunakannya.

Telekung Siti Khadijah adalah merupakan salah jenama telekung yang popular dan digemari ramai. Anda boleh hadiahkan telekung ini mengikut warna kegemaran isteri anda. 

Telekung Siti Khadijah: https://shopee.com.my/sitikhadijahofficial/16744812652

4. Set Senduk Dessini

Isteri anda pasti akan tersenyum lebar apabila mendapat hadiah set senduk dessini yang diperbuat daripada silikon berkualiti tinggi ini. Set senduk ini lengkap dengan 12 jenis item yang mempunyai fungsinya tersendiri. 

Set senduk Dessini: https://shopee.com.my/dessini_malaysia/9581663552

5. Mesin Jahit Mini

Dengan adanya mesin jahit mini ini, anda tidak perlu bersusah payah lagi menghantar pakaian yang koyak di kedai jahit. Isteri anda pasti bersedia untuk menggunakan kemahirannya bagi memudahkan urusan rumah tangga anda berdua.

Mesin jahit mini ini bersaiz kecil dan mudah dibawah ke mana sahaja. Nak simpan pun tak makan banyak ruang. 

Mesin jahit mini: https://shopee.com.my/herman.my/8344082573

6. Mesin Urut Kaki

Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, apa kata anda hadiahkan sebuah mesin urut kaki jenama Gintell ini untuk isteri anda tercinta. Selepas penat lelah, ke sana ke mari menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga, bolehlah isteri anda berehat sambil menggunakan mesin ini untuk melegakan kesakitan kakinya. 

Mesin urut kaki Gintell: https://shopee.com.my/alynsstore/13103535279

7. Baju Tidur

Dapatkan sepasang baju tidur yang comel dan selesa untuk isteri anda. Terdapat pelbagai pilihan baju tidur couple di Shopee yang anda boleh beli. Anda juga boleh dapatkan baju tidur yang sedondon untuk dipakai bersama. 

Baju tidur adalah salah satu idea hadiah anniversary yang paling mudah didapati dengan harga berpatutan serta pasti akan digunakan oleh isteri anda.

Baju tidur: https://shopee.com.my/ledora.butik/9375930014

8. Set Pinggan

Set pinggan juga adalah merupakan salah satu hadiah idaman setiap seorang isteri. Kebanyakan wanita pasti suka mengumpul koleksi set pinggan mangkuk untuk dipakai seharian ataupun pada hari-hari istimewa.

Biasanya satu set pinggan mangkuk turut dilengkapi dengan beberapa jenis pinggan, cawan dan sebagainya. 

Set pinggan: https://shopee.com.my/nt_kampar/13032441484

9. Seterika Wap

Terdapat pelbagai jenis teknologi yang dicipta bagi membantu memudahkan urusan seharian kita termasuklah seterika wap. Dengan adanya seterika wap, urusan menggosok baju untuk seisi rumah menjadi semakin mudah. 

Anda boleh dapatkan seterika wap keluaran Konka ini kerana ia memang sangat berkualiti. Seterika ini sangat ringan dan yang paling penting sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Seterika wap KONKA: https://shopee.com.my/adx_store/15333176358

10. Meja Solek

Meja solek diletakkan di dalam bilik tidur untuk digunakan menyimpan alat solekan dan sebagainya. Biasanya ia turut dilengkapi dengan cermin dan juga kerusi. Isteri anda pasti menyukai hadiah ini kerana boleh memudahkan si dia untuk bersiap dan bersolek. 

Meja solek: https://shopee.com.my/galenshoppingcomplex/11189186917

11. Mesin Pengering Baju

Menguruskan pakaian seisi rumah adakalanya sangat memenatkan lebih-lebih lagi semasa musim hujan. Apabila ada mesin pengering baju, ia akan membantu untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja isteri anda mengeringkan pakaian. Jadi, anda tidak perlu risau lagi isteri anda kepenatan akibat menguruskan pakaian anda sekeluarga. 

Mesin pengering baju: https://shopee.com.my/shinghing/2622376444

12. Peti Ais Mini

Peti ais mini ini sangat sesuai dijadikan hadiah untuk isteri anda yang sangat mementingkan penjagaan wajah. Dengan adanya peti ais mini, isteri anda boleh menggunakannya untuk meletakkan set penjagaan wajah dalam peti ais tersebut agar lebih segar semasa memakainya. Selain itu, peti ais mini tersebut juga boleh digunakan untuk menyimpan ubat-ubatan, buah-buahan atau makanan. 

Peti ais mini: https://shopee.com.my/victorcwx94/10269418750

13. Al-Quran Tagging

Al-quran tagging adalah sebaik-baik hadiah anniversary yang sangat bermanfaat untuk isteri tercinta. Tiada hadiah yang lebih bermakna melainkan hadiah yang menyebabkan seorang hamba lebih dekat dengan TuhanNya.

Anda boleh dapatkan al-quran yang mempunyai terjemahan dan tagging ayat tertentu yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian. 

Al-quran tagging: https://shopee.com.my/agsb.islamic/2499312280

14. Pengering Rambut

Untuk membantu isteri anda bersiap dengan lebih cepat,  anda boleh hadiahkannya sebuah pengering rambut. Selalunya para isteri perlu mengambil masa lebih lama untuk mengeringkan rambut.

Jadi,  dengan adanya pengering rambut ia akan bantu isteri anda untuk mengeringkan rambut dengan lebih mudah dan cepat. Anda boleh dapatkan set pengering rambut yang mempunyai beberapa peringkat kelajuan dengan keselarasan haba.

Pengering rambut: https://shopee.com.my/jeremy888888.my/8354812934

15. Ketuhar

Ketuhar adalah salah satu peralatan dapur yang sangat berguna. Ia bukan sahaja akan memudahkan kerja dapur isteri anda namun memberikan manfaat kepada anda seisi keluarga.

Dengan adanya ketuhar, ia dapat membantu mempercepatkan proses memanaskan makanan dan beberapa fungsi yang lain. Hadiah ini sangat sesuai untuk para isteri yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasak setiap hari disebabkan bekerja.

Ketuhar: https://shopee.com.my/costplusonline/1457193662

16. Tikar Yoga

Apa kata anda hadiahkan isteri anda sebuah tikar yoga untuk membantu menaikkan semangat serta sebagai tanda sokongan kepada dirinya untuk melakukan senaman selalu. Sekiranya isteri anda memang suka melakukan senaman, hadiah ini sangat tepat sekali.

Tikar yoga mempunyai pelbagai jenis, warna dan juga saiz. Ciri yang paling penting anda perlu pastikan ialah, tikar yoga tersebut haruslah mempunyai ciri anti-slip,anti-bakteria dan anti-toksik.

Tikar yoga: https://shopee.com.my/ataslivingwholesale/10536047256

17. Buku Planner

Buku planner berfungsi untuk membantu pemiliknya melakukan apa-apa perancangan mengikut tempoh waktu ataupun kesesuaian masing-masing. Ia sangat bermanfaat untuk individu yang perlukan perancangan rapi dalam melakukan tugas.

Terdapat banyak pilihan buku planner yang anda boleh dapatkan dengan reka bentuk dan corak yang sangat menarik. Ciri-ciri untuk setiap buku planner juga berbeza mengikut kepentingan. 

Buku planner: https://shopee.com.my/macrom/21545805280

Akhir kata, semoga hadiah anniversary yang anda berikan disukai oleh isteri tercinta dan perkahwinan yang dibina kekal selamanya.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut