Advertisements

GrEP MARA 2021: Pinjaman Boleh Ubah Pasca Siswazah (Sarjana / PhD)

Advertisements

GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME (GrEP) MARA 2021

MARA menawarkan Graduate Excellence Programme (GrEP) iaitu program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah bagi pelajar ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara permohonan program ini serta syarat-syaratnya.

Tarikh Permohonan GrEP MARA 2021

Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 21 September sehingga 23 Oktober 2021.

Syarat Umum Permohonan

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
    • SARJANA
      • Dalam Negara : <40 tahun
      • Luar Negara : <35 tahun
    • Doktor Falsafah
      • Dalam Negara : <45 tahun
      • Luar Negara : <40 tahun
  3. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang (Rujuk syarat kelayakan akademik).
  4. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.
  6. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  7. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  8. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Rujuk Syarat Kelayakan Akademik di SINI.

Baca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Tempoh Pinjaman GrEP MARA

Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Sarjana : 2 tahun
  • Doktor Falsafah : 4 tahun

Panduan Permohonan GrEP MARA 2021

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA mulai 21 September sehingga 23 Oktober 2021.

Permohonan boleh dibuat melalui:
https://myeduloan.mara.gov.my/v3/

Info:
https://www.mara.gov.my/…/GARIS-PANDUAN-PERMOHONAN-GREP…

Infografik:
1. http://online.anyflip.com/oxlss/cduk/mobile/index.html

2. http://online.anyflip.com/oxlss/ssev/mobile/index.html

Soalan Lazim:
https://www.mara.gov.my/…/upl…/2021/09/FAQ-GREP-2021.pdf

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Baca juga: DanaNITA MARA 2021: Skim Pembiayaan Khas Wanita RM50,000

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:

Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2613 2103 / 2054 ([email protected] Luar Negara)
03-2613 2584 / 2106 / 2083([email protected] Dalam Negara)

E-mel:

Leave a Comment