DanaNITA MARA 2022: Skim Pembiayaan Wanita Hingga RM150,000

Berita baik untuk usahawan wanita, MARA menawarkan Skim DanaNITA khusus untuk anda menyediakan pelbagai keperluan perniagaan seperti modal pusingan dan pembelian mesin.

Ikuti info lengkap di bawah untuk anda yang berminat untuk membuat permohonan.

Apakah DanaNITA MARA 2022?

DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan

Ia bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Berikut adalah skop pembiayaan DANANITA yang ditetapkan oleh Kerajaan menerusi Bajet 2022:

PerkaraPenerangan
Skop PembiayaanModal Pusingan Pembelian Mesin dan Peralatan
Had PembiayaanRM150,000
Tempoh Pembiayaan1-10 tahun (12-120 bulan)
Jaminan/ CagaranDikecualikan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah

Pembiayaan RM50,001 hingga RM150,000:

i) Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon;
atau

ii) Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau

iii) Gabungan kedua-duanya sekali; atau

iv) Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
Kadar Keuntungan3.5%

Baca juga: Cara Pakai ‘Double Face Mask’ (Pelitup Muka Berganda) – KKM

Tarikh Tutup Permohonan

31 Disember 2022

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Bebas daripada Senarai Hitam MARA

Kelonggaran Syarat:

  • Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
  • Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

Baca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon

Cara Permohonan DanaNITA MARA 2022

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online application) menerusi portal rasmi Majlis Amanah
Rakyat (MARA).

Sila ikuti langkah berikut untuk permohonan online:

  1. Layari https://www.mara.gov.my/
  2. Pilih E-Perkhidmatan / MyUsahawan
  3. Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA
  4. Daftar dan Mohon DanaNITA MARA di http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx
  5. Sediakan dokumen mengikut Senarai Semak berikut: http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf
  6. Hantar permohonan.

Status permohonan boleh disemak secara atas talian melalui sistem
yang sama atau menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD)
melalui emel atau telefon.

Rujuk panduan penuh:

Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada [email protected] atau menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA
atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri
(PMN).

Hotline: 03 2613 2000

E-mel: [email protected]

Baca selanjutnya tentang skim ini:

Hubungi Pejabat MARA Daerah terdekat untuk maklumat lanjut atau layari http://aplikasi.mara.gov.my/MyUsahawan/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!