Usahawan Negeri Selangor kini boleh mendapatan pembiayaan sehingga RM10,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor menerusi DANA Pantas dan DANA Niaga Tani yang boleh dipohon menerusi aplikasi DANA PLUS.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai pembiayaan ini.


Mengenai DANA Pantas & DANA Niaga Tani
DANA Pantas & DANA Niaga Tani merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 dengan kadar keuntungan 0%.
Kedua-dua pembiayaan ini merupakan inisiatif di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Selangor sebelum ini dengan peruntukan keseluruhan RM20 juta.
Inisiatif itu ini menawarkan pembiayaan kepada usahawan dengan tempoh bayaran balik sehingga tiga tahun dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 usahawan di Selangor.
Tujuan utama inisiatif pembiayaan ini diwujudkan adalah bagi membantu usahawan di Negeri Selangor memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Perincian DANA Pantas & DANA Niaga Tani
Perbezaan kedua-dua pembiayaan ini adalah seperti berikut:
| DANA Pantas | DANA Niaga Tani | |
| Tujuan | Untuk usahawan yang ingin berkembang – modal cepat, proses ringkas, tanpa kadar keuntungan | Khas untuk usahawan yang menjalankan aktiviti yang melibatkan aktiviti pertanian (huluan dan hiliran) |
| Kadar Keuntungan | 0% | 0% |
| Pembiayaan Maksimum | RM10,000 | RM10,000 |
| Tempoh Bayaran Balik | Hingga 36 bulan | Hingga 36 bulan |
| Perniagaan Berdaftar | Minima 1 tahun | Minima 6 bulan |
| Sektor Layak | Semua sektor | Pertanian (huluan dan hiliran) |
| Kelulusan | Dalam 48 jam | Dalam 48 jam |
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan berumur antara 18 hingga 65 tahun.
- Bermastautin di Selangor dan mengundi serta menetap di Selangor.
- Perniagaan berdaftar dan beroperasi (DANA Pantas: minima 1 tahun | DANA Niaga Tani: minima 6 bulan)
- Rekod kewangan bersih dan tidak disenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan.
- DANA Niaga Tani — Sektor Pertanian Perniagaan dalam aktiviti huluan atau hiliran pertanian
- DANA Pantas — Semua Sektor Terbuka untuk semua sektor perniagaan

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi DANA PLUS yang boleh dimuat turun menerusi:
- Apple Play: https://apps.apple.com/my/app/dana-plus-by-hijrah-selangor/id6744504599
- Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.hijrahselangor.dlms&hl=en
Kemudian, muat naik dokumen yang diperlukan dan pastikan semua dokumen lengkap untuk proses permohonan yang lebih lancar.
Proses kelulusan penuh mengambil masa sehingga 48 jam sahaja selepas dokumen lengkap diterima.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Penyata bank 6 bulan terkini
- Salinan SSM atau Lesen PBT/ badan profesional
- Bil utiliti rumah atau premis perniagaan

Soalan Lazim
DANA Pantas dan DANA Niaga Tani ialah pembiayaan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 dengan kadar keuntungan 0%.
DANA Pantas adalah untuk usahawan yang ingin berkembang manakala DANA Niaga Tani adalah khusus untuk usahawan yang menjalankan aktiviti yang melibatkan aktiviti pertanian (huluan dan hiliran).
Pembiayaan ditawarkan adalah sehingga RM10,000.
Ya. Pemohon mestilah bermastautin di Selangor dan mengundi serta menetap di Selangor.
Tidak. Pemohon mestilah mempunyai rekod kewangan bersih dan tidak disenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan.
Permohonan boleh dibuat menerusi menerusi aplikasi DANA PLUS.
– Salinan kad pengenalan
– Penyata bank 6 bulan terkini
– Salinan SSM atau Lesen PBT/ badan profesional
– Bil utiliti rumah atau premis perniagaan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan ini, sila layari laman web https://hijrahselangor.com/pages/dana-pantas-dana-niaga-tani.
Baca juga: Senarai Bantuan, Geran dan Pembiayaan untuk Usahawan 2026 – Cara Mohon




