Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan Geran Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas (GAPS) bagi tahun 2026 sehingga RM5,000.00 yang boleh dipohon menerusi borang permohonan yang disediakan.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai geran ini.

Mengenai Geran Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas Selangor
Geran Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas Selangor atau GAPS merupakan geran daripada Kerajaan Negeri Selangor khusus kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjalankan aktiviti atau program berkaitan warga emas di negeri itu.
Ini bagi menggalakkan NGO di negeri tersebut melaksanakan program dan sokongan berterusan kepada warga emas bagi memastikan mereka tidak terpinggir daripada masyarakat.
Setiap NGO yang berdaftar dan berminat mendapatkan geran ini perlu menyediakan kertas kerja pelaksanaan program atau aktiviti yang ingin dijalankan kepada warga emas.
Objektif Geran Aktiviti Warga Emas Selangor
Objektif yang ditetapkan menerusi pelaksanaan geran ini adalah seperti berikut:
- Mengalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kapasiti warga emas dalam pelbagai persekitaran komuniti.
- Memperkukuh penglibatan sosial warga emas agar mereka terus berinteraksi, berdikari dan tidak terpinggir daripada masyarakat.
- Menyediakan saluran sokongan komuniti melalui kerjasama antara agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan masyarakat setempat.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka untuk geran ini adalah sehingga 6 April 2026.
Tempoh Pelaksanaan
Bagi NGO yang terpilih, tempoh pelaksanaan program ditetapkan adalah pada 1 Mei hingga 30 September 2026.
Jumlah Geran Maksimum
Jumlah geran maksimum bagi NGO yang terpilih dalam permohonan geran ini adalah sehingga RM5,000.00.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan geran ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau undang-undang kecil di bawah agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan di Selangor.
- Program/aktiviti yang dicadangkan hendaklah dilaksanakan di Selangor dengan kerjasama:
a) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
b) Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Cawangan
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1_VpkvP2RIWEy_R-Fmo1jzKjiXsMN4adS/view.
Borang permohonan dan kertas kerja
 hendaklah dikemukakan kepada
:
BAHAGIAN WARGA EMAS DAN OKU
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR
UNIT G6, TINGKAT BAWAH IDC SHAH ALAM JALAN PAHAT L, 15/L, SEKSYEN 15,
40200 SHAH ALAM, SELANGOR.
Setiap NGO juga perlu memuat naik video pengenalan dan justifikasi projek berdurasi kurang daripada 2 minit hendaklah melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfzC-hbFx128lHtUzWRYPW3ARJoS8ojOseLehVjiVy-vNelWg/viewform?pli=1.
Soalan Lazim
GAPS merupakan geran daripada Kerajaan Negeri Selangor khusus kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjalankan aktiviti atau program berkaitan warga emas di negeri tersebut.
– Mengalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kapasiti warga emas dalam pelbagai persekitaran komuniti.
– Memperkukuh penglibatan sosial warga emas agar mereka terus berinteraksi, berdikari dan tidak terpinggir daripada masyarakat.
– Menyediakan saluran sokongan komuniti melalui kerjasama antara agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan masyarakat setempat.
Jumlah geran yang bakal diperoleh adalah sebanyak RM5,000.00.
Tidak. NGO tersebut mestilah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau undang-undang kecil di bawah agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan di Selangor.
Permohonan boleh dikemukakan dengan memuat turun borang permohonan menerusi https://drive.google.com/file/d/1_VpkvP2RIWEy_R-Fmo1jzKjiXsMN4adS/view dan dihantar kepada Bahagian Warga Emas dan OKU JKM Selangor. Selain itu, NGO juga perlu memuat naik video pengenalan dan justifikasi projek melalui https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfzC-hbFx128lHtUzWRYPW3ARJoS8ojOseLehVjiVy-vNelWg/viewform?pli=1.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai geran ini, sila hantar emel kepada:
Pihak individu atau NGO juga boleh membuat panggilan menerusi 03 – 5545 5598.
Baca juga: Geran Agropreneur NextGen: Bantuan Barangan Hingga RM50,000




