Koperasi di Negeri Pulau Pinang kini boleh mendapat pembiayaan melalui Geran Mutiara Madani sebagai salah satu pemangkin pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang boleh dipohon menerusi https://linktr.ee/GeranMutiaraMadani.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai geran ini.

Mengenai Geran Mutiara Madani
Geran Mutiara Madani merupakan geran yang disediakan khusus untuk koperasi yang berdaftar dan beroperasi di Negeri Pulau Pinang.
Geran ini memberi tumpuan kepada dua aspek utama iaitu modal pusingan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan daya saing, kecekapan serta kelestarian operasi koperasi.
Bantuan ini bertujuan memperkukuh day saing, meningkatkan kecekapan seta menyokong pertumbuhan dan kelestarian koperasi.
Inisiatif ini diharap dapat membantu koperasi memperkukuh kapasiti perniagaan, meningkatkan keupayaan operasi serta terus berkembang sebagai organisasi yang memberi manfaat kepada anggota dan masyarakat.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan bagi geran ini adalah sehingga 31 Ogos 2026.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang disediakan menerusi geran ini adalah maksimum RM15,000 bagi setiap koperasi.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon geran ini adalah seperti berikut:
- Koperasi wajib berdaftar secara sah di Pulau Pinang.
- Koperasi mestilah aktif dan menjalankan operasi di dalam negeri Pulau Pinang.
- Mempunyai struktur pengurusan koperasi yang jelas dan teratur.
- Mempunyai perancangan projek ekonomi yang berdaya maju (viable) dan mampu menjana pendapatan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://linktr.ee/GeranMutiaraMadani.
Muat turun borang permohonan dan isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
Kemudian, hantar borang permohonan ke alamat berikut:
SKM NEGERI PULAU PINANG
Tingkat 5, Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing, Peti Surat 429,
10750 Pulau Pinang.
SKM WILAYAH SEBERANG PERAI
JKR 541, Jalan Chan Ewe Pin,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Soalan Lazim
Geran ini merupakan geran yang disediakan khusus untuk koperasi yang berdaftar dan beroperasi di Negeri Pulau Pinang.
Geran ini memberi tumpuan kepada dua aspek utama iaitu modal pusingan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan daya saing, kecekapan serta kelestarian operasi koperasi.
Permohonan boleh dibuat sehingga 31 Ogos 2026.
Jumlah maksimum yang akan diberikan menerusi geran ini adalah RM15,000 bagi setiap koperasi.
Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang dimuat turun di pautan https://linktr.ee/GeranMutiaraMadani.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Geran Mutiara Madani, sila layari pautan https://linktr.ee/GeranMutiaraMadani.
Baca juga: Senarai Bantuan, Geran dan Pembiayaan untuk Usahawan 2026 – Cara Mohon




