Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2025 yang menetapkan jadual rasmi Gaji 2026 bagi semua penjawat awam di bawah Kerajaan Persekutuan.
Pekeliling yang dikeluarkan pada 21 Oktober 2025 ini memaklumkan tarikh tetap pembayaran emolumen bulanan (gaji) untuk tahun 2026 serta peraturan pengurusannya bagi memastikan semua bayaran gaji dibuat dengan tepat dan teratur.
Terkini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia memaklumkan bahawa gaji penjawat awam persekutuan bulan Mac diawalkan ke 13 Mac 2026, manakala gaji bulan April juga diawalkan ke 16 April 2026.

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam tahun 2026 kepada pegawai awam Gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak RM500 dan RM250 untuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen akan dibayar mulai 13 Mac 2026.

Tujuan Pekeliling(SPANM) Bil. 5 Tahun 2025
Tujuan utama pengeluaran pekeliling ini adalah:
- Untuk memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2026; dan
- Menetapkan peraturan tatacara pengurusan bayaran emolumen supaya gaji dapat dibayar tepat pada waktunya mengikut jadual yang ditetapkan oleh JANM.
Tarikh Gaji Kerajaan / Jadual Pembayaran Emolumen 2026 Penjawat Awam
Berdasarkan Lampiran 1 dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 5/2025 dan notis terkini, berikut adalah tarikh rasmi Gaji 2026 bagi penjawat awam seluruh Malaysia:
Jadual Gaji Penjawat Awam 2026
- Januari: 22 Januari 2026 (Khamis)
- Februari: 12 Februari 2026 (Khamis)
- Tahun Baharu Cina – 17 & 18 Februari 2026 (Selasa & Rabu)
- Mac: 13 Mac 2026 (Jumaat)
- Hari Raya Puasa – 21 & 22 Mac 2026 (Sabtu & Ahad)
- April: 16 April 2026 (Khamis)
- Mei: 21 Mei 2026 (Khamis)
- Hari Raya Haji – 27 & 28 Mei 2026 (Rabu & Khamis)
- Jun: 25 Jun 2026 (Khamis)
- Julai: 23 Julai 2026 (Khamis)
- Ogos: 24 Ogos 2026 (Isnin)
- September: 24 September 2026 (Khamis)
- Oktober: 22 Oktober 2026 (Khamis)
- November: 25 November 2026 (Rabu)
- Hari Deepavali – 8 November 2026 (Ahad)
- Disember: 21 Disember 2026 (Isnin)
- Hari Krismas – 25 Disember 2026 (Jumaat)


Nota penting:
Tarikh gaji setiap bulan biasanya diawalkan apabila berdekatan dengan sambutan perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji, Deepavali, dan Krismas.
Gaji 2026 untuk Pekerja Bergaji Harian dan MySTEP
Selain penjawat awam tetap, pekeliling ini turut menjelaskan bahawa:
- Pekerja bergaji harian akan menerima bayaran selewat-lewatnya hari ketujuh bekerja bulan berikutnya, dan boleh dibayar awal jika berdekatan dengan hari perayaan.
- Personel MySTEP (Short Term Employment Programme) pula dibayar berdasarkan Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan MySTEP yang berkuat kuasa.
Pinjaman Khas Untuk Penjawat Awam
Cari solusi pinjaman yang cepat, mudah dan patuh Syariah? Dengan Direct Lending, anda boleh semak dan mohon pinjaman koperasi & peribadi bank terbaik di Malaysia tanpa sebarang bayaran pendahuluan — servis ini 100% PERCUMA dan tanpa caj tersembunyi. Direct Lending bekerjasama dengan lebih 10 bank & koperasi berdaftar yang menawarkan pakej pinjaman khas untuk penjawat awam.

Antara kelebihan utama pinjaman koperasi untuk penjawat awam melalui Direct Lending:
- Syarat kelayakan yang fleksibel
- Kadar tetap yang kompetitif
- Proses semakan kelayakan cepat
- Proses permohonan yang ringkas secara online.
- Penasihat kewangan juga akan bantu anda dari A–Z untuk sedia / urus dokumen dengan lebih teratur, supaya anda boleh terima dana yang diperlukan secepat mungkin tanpa pening kepala.

Nak semak kelayakan? Buat semakan pinjaman koperasi & bank secara PERCUMA melalui Direct Lending — tanpa bayaran pendahuluan dan tanpa komitmen awal DI SINI : https://bit.ly/eCentralDL
Peraturan & Tatacara Pembayaran Gaji 2026
Pekeliling Gaji 2026 ini berkuat kuasa mulai 21 Oktober 2025 dan terpakai kepada:
- Semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan,
- Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan, serta
- Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak masing-masing.
Bagi memastikan pembayaran Gaji 2026 berjalan lancar, semua kementerian dan jabatan perlu mematuhi garis panduan berikut:
1. Peranan Pusat Tanggungjawab (PTJ)
- Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Menyemak data dalam Fail Induk Gaji dan ePenyata Gaji untuk memastikan tiada kesilapan maklumat peribadi, nombor akaun bank atau potongan KWSP/cukai.
- Memastikan pembayaran dibuat melalui Sistem Emolumen Berkomputer (SEB).
2. Peranan Pejabat Perakaunan
- Menetapkan tarikh pemprosesan gaji bulanan dan memastikan semua transaksi diproses mengikut jadual.
- Sekiranya berlaku kes khas, kelulusan daripada Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri perlu diperoleh terlebih dahulu.
3. Tanggungjawab Pegawai Awam
Pegawai awam disarankan memeriksa akaun bank masing-masing dan memastikan tiada sekatan pembayaran akibat pinjaman atau hutang sedia ada dengan institusi kewangan.
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2025 – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026








Soalan Lazim
Gaji 2026 merujuk kepada jadual rasmi pembayaran emolumen (gaji bulanan) bagi semua penjawat awam di Malaysia untuk tahun 2026, seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2025.

Jadual ini ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2025 yang ditandatangani oleh Dato’ Zainani binti Jusoh, Akauntan Negara Malaysia.
Surat Pekeliling Bil. 5 Tahun 2025 ini berkuat kuasa mulai 21 Oktober 2025, dan terpakai untuk semua pembayaran gaji bermula Januari 2026.
Ya. Sekiranya bulan tersebut berdekatan dengan hari perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji, Deepavali, atau Krismas, tarikh pembayaran gaji akan diawalkan bagi memudahkan urusan kewangan penjawat awam.
Ya. Pekeliling ini meliputi:
– Semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan,
– Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan, serta
– Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tertakluk kepada penerimaan masing-masing.
Bagi pekerja bergaji harian, pembayaran hendaklah:
– Diproses bermula hari pertama bekerja bulan berikutnya; dan
– Dibayar selewat-lewatnya hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.
– Jika berdekatan dengan hari perayaan, pembayaran boleh dibuat lebih awal seperti dibenarkan dalam Arahan Perbendaharaan (AP105).
Ya. Personel MySTEP (Short Term Employment Programme) juga menerima bayaran gaji berdasarkan Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan MySTEP yang sedang berkuat kuasa.
Pegawai perlu:
– Menyemak ePenyata Gaji dan Laporan melalui portal rasmi JANM (www.anm.gov.my);
– Memaklumkan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) sekiranya terdapat kesilapan seperti butiran peribadi, nombor akaun bank, atau potongan KWSP dan cukai; dan
– Pembetulan akan dibuat segera oleh Pejabat Perakaunan.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan,
Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya.
📧 Emel: [email protected]
📞 Telefon: 03-8882 1624 / 1612 / 1622 / 1611
– Merancang kewangan dan perbelanjaan bulanan dengan lebih baik.
– Menyusun komitmen seperti bayaran pinjaman, simpanan dan bil.
– Mengurus pembelian sempena perayaan atau cuti panjang dengan lebih awal.
Anda boleh muat turun jadual rasmi Gaji 2026 melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di pautan: https://www.anm.gov.my
Secara amnya, jadual gaji 2026 adalah tetap, namun perubahan hanya boleh dibuat oleh JANM sekiranya terdapat pengumuman khas daripada kerajaan (contohnya cuti peristiwa atau pelarasan perayaan).
Pelarasan gaji fasa 2 SSPA akan dibayar pada 22 Januari 2026. Penjawat awam yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bakal menerima pelarasan gaji Fasa 2 di bawah sistem itu, pada pembayaran gaji bagi bulan Januari 2026 dengan kenaikan dikira berdasarkan gaji akhir 31 Disember 2025.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia memaklumkan bahawa gaji penjawat awam persekutuan bulan Mac diawalkan ke 13 Mac 2026, bersekali dengan bayaran Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK).
Manakala gaji bulan April juga diawalkan ke 16 April 2026.

Gaji bulan April telah diawalkan ke 16 April 2026.
Baca juga:




