Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2 (22 Januari 2026)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2 akan dilaksanakan bermula Januari 2026. Anda boleh mengira jumlah kenaikan dan kadar baru gaji yang akan diterima menggunakan Kalkulator SSPA di pautan berikut, https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator

Pada 16 Ogos 2024, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan semula gaji penjawat awam bagi tahun 2025. Pelarasan ini akan melalui dua fasa dengan fasa 1 dijalankan pada Disember 2024 dan fasa 2 pada Januari 2026. 

Pelarasan gaji fasa 2 SSPA akan dibayar pada 22 Januari 2026. Penjawat awam yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bakal menerima pelarasan gaji Fasa 2 di bawah sistem itu, pada pembayaran gaji bagi bulan Januari 2026 dengan kenaikan dikira berdasarkan gaji akhir 31 Disember 2025.

Timbalan Pengarah Dasar Gaji Bahagian Gaji dan Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Mohd Shahir Shaari berkata walaupun pelarasan gaji baharu berkuat kuasa pada 1 Januari, pembayaran hanya akan dibuat pada 22 Januari yang merupakan hari gaji bagi bulan berkenaan.

Beliau berkata pelarasan gaji Fasa 2, kesinambungan kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024 dengan kadar 15 peratus untuk Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P), serta tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).

Jika anda merupakan penjawat awam atau mempunyai pasangan atau ibu bapa yang merupakan penjawat awam, rujuk info penuh di bawah.

Pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) & Kenaikan Gaji 2026

Bermula 1 Disember 2024, kerajaan telah bersetuju untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Sistem ini telah diganti dengan SSPA bagi memperbaharui dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam.

Melalui SSPA, kerajaan akan melaksanakan penambahbaikan menerusi pengukuhan elemen-elemen perkhidmatan awam seperti, Pengoptimuman Sumber dan Peningkatan Produktiviti, Pengurusan dan Pembangunan Modal Insan, Pengukuhan Kepimpinan, Pengukuhan Tatakelola dan Pemerkasaan Penyampaian Perkhidmatan. 

Selaras dengan hasrat untuk memastikan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam dan menjaga kesejahteraan pegawai, prinsip pemberian ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelakuan diperkenalkan.

Ini menjadikan SSPA sebagai satu sistem berteraskan prestasi. 

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baru ini telah diselaraskan.

Kadar KGT di Gaji Maksimum (KGM) menggantikan kadar tetap 3% yang terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan 2/2015. Kenaikan gaji ini akan dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu pada Disember 2024 dan Januari 2026.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang SSPA ini anda boleh ke laman berikut : SSPA – Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Pelarasan Gaji Penjawat Awam Fasa 1 & Fasa 2 (2026)

Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan tentang pelarasan gaji penjawat awam bagi tahun 2025. Keputusan ini diambil setelah kerajaan melakukan kajian semula melibatkan skim gaji penjawat awam yang dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013. 

Melalui pelarasan gaji ini, pegawai kerajaan bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 1

Seperti yang dinyatakan pada bahagian sebelum ini, pelarasan gaji baharu ini dilakukan dalam dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.

Bagi Fasa 1, pelarasan gaji telah pun bermula pada hujung tahun lepas iaitu pada 1 Disember 2024.

Bagi Fasa 1 ini, kadar kenaikan gaji penjawat awam meningkat sebanyak 4% bagi kumpulan perkhidmatan pengurusan tertinggi dan 8% peratus atau minimum RM250 bagi kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional dan kumpulan perkhidmatan pelaksana.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2 (2026)

Bagi Fasa 2 pula, pelarasan gaji fasa dua SSPA akan dibayar pada 22 Januari 2026.

Kadar kenaikan gaji penjawat awam pada fasa ini akan meningkat sebanyak 3% bagi kumpulan perkhidmatan pengurusan tertinggi dan 7% peratus bagi kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional dan kumpulan perkhidmatan pelaksana.

Syarat utama untuk menerima pelarasan gaji fasa dua ialah penjawat awam mestilah menerima memilih skim SSPA dan berada dalam perkhidmatan awam pada 31 Disember tahun ini dan 1 Januari 2026.

Menurut Timbalan Pengarah Dasar Gaji Bahagian Gaji dan Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mohd Shahir Shaari, walaupun pelarasan gaji baharu berkuat kuasa 1 Januari, beliau berkata pembayaran hanya akan dibuat pada 22 Januari yang merupakan hari gaji bagi bulan berkenaan.

Kenaikan akan dikira berdasarkan gaji akhir 31 Disember tahun ini.

Untuk anda yang ingin mengira kenaikan gaji anda pada Fasa 1 dan Fasa 2, anda boleh melakukan pengiraan tersebut dengan mudah menggunakan kalkulator yang telah disediakan Jabatan Perkhidmatan Awam di SINI.

Berikut merupakan contoh kenaikan mengikut fasa :

Kenaikan Gaji 2026 fasa 2 sspa

Kelayakan Terima Pelarasan / Kenaikan Gaji Fasa 2 (2026)

Pegawai yang menerima opsyen SSPA dan berada dalam situasi berikut layak untuk menerima pelarasan gaji secara berfasa:

  1. Pelarasan Gaji Fasa 1
    • pegawai yang dilantik sebelum 1 Disember 2024 dan sedang berkhidmat pada 1 Disember 2024; atau
    • pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Disember 2024.
  2. Pelarasan Gaji Fasa 2
    • pegawai yang dilantik sebelum 1 Januari 2026 dan sedang berkhidmat pada 1 Januari 2026; atau
    • pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2026

Manakala pegawai yang TIDAK LAYAK untuk menerima pelarasan gaji pula adalah seperti yang berikut:

  • Pegawai yang menolak opsyen SSPA; atau 
  • Pegawai yang tidak lagi berkhidmat pada 1 Disember 2024 (Fasa 1) atau 1 Januari 2026 (Fasa 2). 

TONTON: PODCAST JPA – KENAIKAN GAJI SSPA 2.0

Kelayakan Pinjaman Penjawat Awam Berdasarkan Gaji Baru

Kenaikan gaji penjawat awam ini bukan saja memberi nafas lega untuk perbelanjaan harian, tapi sebenarnya boleh buka peluang kelayakan pinjaman yang lebih baik. Bila gaji naik, pendapatan bersih pun bertambah — jadi ada penjawat awam yang kini layak mohon pinjaman dengan jumlah lebih tinggi atau ansuran bulanan yang lebih ringan berbanding sebelum ini.

Kalau nak tahu sejauh mana gaji baharu ini beri kesan pada kelayakan pinjaman, Direct Lending boleh bantu buat semakan pinjaman koperasi atau bank ikut gaji terkini anda. Proses semakan ni percuma, tak perlu bayaran pendahuluan, dan ada penasihat kewangan yang akan bantu jelaskan pilihan paling sesuai dengan kemampuan kewangan semasa.

Nak tahu kelayakan pinjaman ikut gaji baharu? Buat semakan PERCUMA dengan Direct Lending di sini : https://bit.ly/eCentralDL

Adakah Pesara Layak Dapat Pelarasan Fasa 2?

Penyelarasan Pencen Fasa 2, iaitu 7% untuk pesara Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Professional dan 3% untuk pesara Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan dilaksanakan pada 1 Januari 2026. Penyelarasan itu nanti turut dilaksanakan kepada penerima pencen terbitan pada Januari 2026 nanti.

Manakala, 2% kenaikan yang berlaku setiap tahun untuk pesara sejak 2013, tidak berlaku pada Januari 2025, tiada sudah, selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan Akta Penyelarasan Pencen 1980.

Dalam maksud mudah, 2% kenaikan setiap tahun itu, sudah tiada dan telah diganti dengan kaedah penyelarasan pencen. Sekiranya ada pelarasan gaji pegawai awam yang sedang berkhidmat, maka akan adalah juga penyelarasan pencen.

Sumber: Bahagian Pencen, JPA

Kalkulator Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam (SSPA)

Berapa kadar kenaikan yang anda akan dapat? Bagaimana nak kira? Jangan risau, anda boleh kira semua ini menggunakan kalkulator gaji SSPA yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jom kira gaji baharu anda!

Untuk makluman, Kalkulator Gaji SSPA boleh diakses di pautan : https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

Sila masukkan maklumat dalam ruang yang disediakan dan anda boleh klik butang KIRA untuk mendapatkan jumlah gaji baharu yang bakal diterima nanti, seperti dalam paparan di bawah:

Baca juga : Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar, Gaji Pokok, Gaji Hakiki & Perbezaannya

https://www.youtube.com/shorts/9gXZG1hMtY4

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang memerlukan maklumat tambahan berkenaan pelarasan gaji bagi Fasa 1 dan Fasa 2 ini anda boleh dapatkan maklumat tersebut di laman sosial JPA atau melalui dokumen infografik yang disediakan di bawah:

Pening nak kira berapa kenaikan yang akan anda terima? Rujuk je kalkulator gaji SSPA : Kalkulator SSPA

Soalan Lazim Kenaikan Gaji 2026

Apa itu kenaikan gaji SSPA 2026?

Kenaikan gaji SSPA 2026 merujuk kepada penambahbaikan struktur gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa tahun 2026.

Bila kenaikan gaji SSPA 2026 akan berkuat kuasa?

Pelarasan / kenaikan gaji akan bermula pada 1 Januari 2026, selaras dengan pengumuman dalam Belanjawan 2026.

Siapa yang layak menerima kenaikan gaji SSPA 2026?

Semua penjawat awam tetap dan kontrak di bawah SSPA adalah layak, termasuk perkhidmatan pendidikan, kesihatan, keselamatan, teknikal, serta kumpulan pelaksana.

Berapa kenaikan gaji yang akan diterima penjawat awam pada Januari 2026 (Fasa 2)?

Kenaikan gajiĀ Fasa 2 yang akan dibayar pada 22 Januari 2026 ditetapkan sebanyak 3% bagi kumpulan pengurusan tertinggi dan 7% bagi kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana.

Bagaimana nak kira berapa kenaikan gaji?

Kalkulator Gaji SSPA boleh diakses di pautan : https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.phpkalkulator gaji sspa

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut